"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

06 August 2013

Sotong Ramadhan

Selamat datang kepada semua pengunjung. Baru-baru ni selepas aku ubahsuai candat.... apa lagi, esokya aku terus pergi test power candat bola ni kat lokasi mencandat. Aku memilih kawsan Chagar Hutan, Kerteh.

Masa tu dah petang... sementara nak tunggu waktu berbuka, aku dan mamber terus ke lokasi. Dapat baling sekali dua jadilah.. nak test power je. Aku menggunakan candat yamashita hijau 2.0 yang sudah dimodified. Bahagian kulit dan mata telah diubah dan sedia untuk berjuang. Bahagian selatan, laut agak bergelora dan berangin, aku memilih bahagian utara untuk membaling candat.


Sotong pertama yang berjaya dijerat.
Pegangan kemas pada jejari sekunder

Sotong ni ... sama macam kat atas tu.
Mata dan perutnya berwarna hijau..

Penat juga baling... sekor pun tak dapat. Maklumlah pada ketika tu... air laut sedang surut. Aku meramalkan sotong telah mula bergerak ke tengah. Jika sotong jauh ke tengah laut, peluang untuk mendapatkan sotong memang tipis. Tapi kalau dah rezeki tetap rezeki jugak... tidak berapa lama selepas aku mula bersungut dalam hati... candat yang aku baling telah menerima salam pertama. Candat aku memang baik... lepas bersalam, dia terus tak lepas... dan aku berjaya membawa naik sekor sotong bersaiz sederhana.

Memang betul tekaan aku, sotong memegang candat dari jarak yang jauh. Seketika kemudian, seekor lagi cotong bersaiz lebih kecil berjaya dinaikkan. Bila hari semakin petang sekumpulan sotong bersaiz kecil mengejar candat sehingga ke tepi batu. Malangnya tiada sekor pun yang sudi bersalam dengan candat aku.

Aku meramalkan jika aktiviti dijalankan hingga matahari terbenam... banyak lagi sotong bersaiz besar akan dinaikkan. Tapi.... kami kena balik untuk berbuka puasa dan bersolat tarawikh. Berdasarkan pengalaman aku, pada hari itu sotong memang galak. Cara pegangan candat adalah kemas. Candatkukuh tertancap pada jari sekunder sotong. 


Candat yang dipilih untuk diuji di lapangan

Candat hijau sangat sesuai digunakan ketika air laut jernih dan ketika bulan mengambang. Candat 2.0 selalu dimainkan ketika air cetek. Di kawasan air yang dalam, candat bersaiz 2.5 lebih sesuai digunakan. Aku bercadang untuk sekali lagi menguji keberkesanan candat ini pada trip lepas raya di Pulau Ular.

Hari semakin gelap, kami berpakat menamatkan trip singkat pada pukul 7 petang. Kami mesti keluar awal untuk mencari kedai bagi berbuka puasa. Kami sampai kedai tepat pada masanya. Duduk sekejap... dah azan, tanda tiba waktu berbuka. Kami pulang ke lokasi masing-masing lebih kurang pukul 8 malam.
Abe Din

2 comments:

  1. waah rupenye sukan eging ni mmg ada pemes gak...sy minat betol eging ni..insyallah raya ke-5 smpai ke 10 ada di dungun nk balun eging..gian betol ni..tahun2 lepas eging kat kapas je..first time nk try area pesisir darat lak..tq bro byk info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahrul: Terima kasih datang sini. Sama-sama kita berkongsi maklumat dan info untuk membantu rakan2 yang baru menceburi bidang ini. Mungkin Sayahrul nak share pengalaman kat sini.. thanks sekali lagi di atas lawatan anda.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing