"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

04 September 2010

Membuat Sotong Kering

Salam untuk semua sahabat Sotong Mania.
Pada post kali ini Abe Din akan cuba untuk memberikan serba sedikit panduan bagaimana untuk menghasilkan atau memproses sotong kering sebagai satu produk makanan.

Sotong yang biasa digunakan untuk menghasilkan produk sotong kering ialah sotong torak dan mabang. Sotong kurita pula digunakan untuk membuat sotong masin. Sotong-sotong bersaiz lebih kecil tidak sesuai digunakan untuk menghasilkan sotong kering.

Apabila tiba musim sotong, jumlah sotong torak dan mabang yang ditangkap semakin meningkat. Jika untuk kegunaan isi rumah tentunya lebih daripada mencukupi. Setiap hari makan sotong segar pun jemu juga. Sotong yang banyak juga boleh menyesakkan ruang beku peti ais anda serta menghadkan ruang untuk menyimpan makanan jenis lain.

Cara terbaik untuk memastikan agar bekalan sotong tidak putus ialah dengan menghasilkan sotong kering. Sotong kering yang dihasilkan juga boleh disimpan lama atau dijual untuk menambah sumber pendapatan anda.

Baru-baru ini Abe Din berjaya mengilat banyak sotong mabang pelbagai saiz. Untuk mengelak berlakunya pembaziran, sotong-sotong berkenaan telah dijadikan sotong kering. Sempat juga Abe Din ambil gambar proses berkenaan untuk tatapan semua. Walaupun proses di bawah mungkin agak berlainan dengan yang biasa dilakukan, sekurang-kurangnya niat Abe Din untuk membuat sotong kering tercapai juga akhirnya.

Gambar1-Sotong dibelah di bahagian bawah perut
Gambar2-Pandangan dalam perut sotong
Gambar3-Sotong-sotong yang siap dibelah
Gambar4-Sotong yang telah dibuang perut

Gambar5-Sirip renang dipisah dari badan
Gambar6-Badan sotong tanpa sirip renang
Gambar7-Kepala yang dipisah dari perut
Gambar8-Kepala yang dipisah dari badan

Gambar 9-Kepala dibelah dua
Gambar10-Kepala yang siap dibersihkan
Gambar 11-Mata dan gigi yang dibuang
Gambar 12-Gigi sotong mabang

Gambar13-Isi perut sotong
Gambar14-Tulang sotong mabang
Gambar15-Sotong yang siap dibersihkan
Gambar16-Disusun di dalam bekas jemuran
Gambar 17-Ditutup bagi menghalang lalat

Sotong kering yang dihasilkan di luar negara.

Di Terengganu, sotong kering yang dihasilkan bagi tujuan komersial dibelah dua, dibersihkan dan dijemur di atas pelapik buluh khas atau jaring dawai. Harga pasaran sotong torak kering boleh mencapai diantara RM15 hingga 25 bagi 3 hingga 5 ekor sotong dewasa. Sotong kering ini mudah ditemui dijual di Pasar Payang, Kuala Terengganu atau gerai-gerai keropok lekor di tepi-tepi jalan utama.

Musuh utama ketika menjemur sotong ialah lalat, tebuan, bari-bari, semut dan yang paling ganas sekali ialah kucing. Jika anda mampu mengawal makhluk perosak ini, sotong anda akan kering dengan secukupnya dalam masa 2 atau 3 hari sahaja jika dijemur di bawah panas terik matahari. Selamat mencuba-Abe Din

7 comments:

  1. Salam Abe Din, sotong yg dibersihkan terus dijemur tanpa digaul dengan garam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seelok-eloknya sutong tadi dibersih dan dibilas dengan air laut..air laut merupakan pengawet semulajadi..memastikan sutong tadi tidak berbau busuk dan cantik semasa kering..

      Delete
  2. Ya..sotong kering memang macam tu. Kalau sotong masin kena gaul garam kasar dulu. Sotong yang biasa digaul garam ialah sotong kurita.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya dpt jgk panduan cara buat sotong kering..trima ksih info..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan. Jika hari panas terik 2@3 hari dah kering.

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing