PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 October 2013

Kuala Kemaman

Salam kunjungan untuk semua... semoga korang sume sihat-sihat belaka. Pada post kali ini... ambe nak perkenalkan pada korang, yang belum kenal le... satu tempat yang ambe selalu singgah iaitu Kuala Kemaman. Biasa-biasa ambe datang ke kawasan Kuala Kemaman melalui Geliga. Bagi anda yang ingin melihat suasana perkampungan nelayan boleh le datang berkunjung ke sini. Orang kata satar di sini sedap. Betul ke? Emm... memang sedap sebab ambe dah cuba. Perghh..


Pantai yang ditambak dengan batu bagi 
menggurangkan kesan hakisan

Pernah satu ketika dahulu kuar paper cerita tentang hakisan di Kuala Kemaman. Sekarang ni nampak Kerajaan dah tambak dengan batu-batu bagi menahan hakisan ombak Laut China Selatan. Ambe memang sokong usaha murni ni... kalau tidak dah tentu Kuala Kemaman hanya tinggal namanya sahaja.

Sebilangan besar penduduk kat sini adalah nelayan. Kalau korang nak tengok kegigihan nelayan, buleh datang sini. Mereka susah payah bekerja nak sara keluarga. Kalau musim angin dan laut gelora tak boleh nak pergi laut. Susah le sikit nak cari rezeki. Sekarang ni dah ramai dah anak-anak nelayan yang mempunyai kerjaya yang lebih baik. Peratus yang masih menjadi nelayan telah menurun. Saing ambe yang berkerja di sini kabo... ada di antara anak-anak nelayan kat sini dah boleh berdikari tanpa bergantung kepada kerja-kerja sebagai nelayan. Bagus le macam tu..

 
Aktiviti mengorek pasir bagi mendalamkan kuala

Dari pemerhatian ambe... projek pembangunan yang begitu pesat di daerah Chukai pada masa ini sedikit sebanyak mengubah kualiti air sungai Kuala Kemaman. Masa ambe datang sini... sempat singgah di sebuah kedai makan tepi sungai... tengok air sungai cukup keruh. Air keruh ini akan mengalir ke laut. Jika korang perhati ke kawasan kuala... korang akan nampak perbezaan ketara warna air laut dan sungai yang bercampur. Percampuran air keruh dan air laut yang jernih sedikit sebanyak telah menjejaskan keindahan pantai Kuala Kemaman. 

Di seberang sungai pula... aktiviti mengorek pasir sedang giat dijalankan. Jika keadaan seperti ini tidak dikawal, kawasan pesisir pantai akan tercemar teruk. Ikan dan batu karang tentu terjejas. Nelayan pantai terpaksa pergi jauh dari pantai untuk menangkap ikan dan mencari rezeki.


Kawasan yang berpotensi untuk memancing ikan


Pasar ikan Kuala Kemaman

Dari pengamatan ambe, Kuala Kemaman adalah salah satu kawasan yang sangat berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong bagi tujuan perkelahan dan memancing. Pihak berwajib perlu pelihat potensi kawasan ini sebagai salah satu kelebihan yang sepatutnya diurus dengan baik dan berkesan. Mungkin satu masa nanti... bila ambe sampai lagi ke sini, diharapkan akan berlaku perubahan yang besar di kawasan ini. Penduduknya tidak lagi bergantung hanya semata-mata mencari rezeki sebagai nelayan tetapi diperluaskan, selari dengan potensi yang ada di kawasan ini.
Hingga berjumpa lagi.
Abe Din.


Read more >>

19 October 2013

Jarum Dungun

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Moga-moga anda semua gembira dan dirahmati-Nya selalu. Mungkin masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Aidil Adha kepada semua pelawat yang beragama Islam. 

kali ni.. aku nak kongsi pengalaman aku semasa melakukan ujian mencandat di Teluk Lipat, Dungun. Walaupun masa kunjungan sangat singkat... pengalaman mencandat di sana adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Dengan keindahan pantai dan sinaran lampu jalan serta lampu dari kedai makan memang cantik dan mengasyikkan. Selalunya kalau aku turun mencandat... kawasannya agak tersorok dan jauh dari kesibukan kenderaan. Berbeza sedikit di sini.... proses mencandat memang tidak dapat hendak dipisahkan dari kesibukan aktiviti lain yang dilakukan manusia.

Trip yang disertai oleh lima gang sotonglaut ini tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Semua ahli tidak berjaya menjerat sotong pada malam berkenaan. Mungkin juga keadaan laut yang bergelora... sekali-sekala nampak kelibat anak-anak gelombang musim tengkujuh sudah mula datang menyapa kawasan pantai. Memang peluang untuk mendapatkan sotong sedikit tipis.

Gang yang menyetai trip kali ini memang rajin-rajin belaka. Walaupun tidak dapat sotong... (sebenarnya tarikan sotong pun tak merasa), mereka masih terus gigih membaling candat dan membuat karauan. Pelbagai teknik karuan dan henjutan dilakukan, semuanya tidak membuahkan hasil. Kami membuat kesimpulan tiada sotong yang menghampiri kawasan pantai.

 Sotong tunggal pada pagi berkenaan

Ketika hampir subuh... Seekor sotong jarum telah sudi menangkap candat aku. Pada hari itu... aku sorang je dapat sotong. Sotong jarum sesat berkenaan sangat berminat kepada candat Yamashita yang telah dibuat sedikit modifikasi. Bila aku dah dapat sekor... rakan lain yang telah letih, mula gagah membaling umpan menghala ke laut.... malangnya kami telah ditakdirkan mendapat seekor sotong sahaja. Selepas ditunggu sotong berikutnya tidak muncul-muncul, kami sedekahkan sotong tunggal kami pada seekor kucing yang memang sedia menunggu di lokasi. Kalau nak di bawak balik ke resort memang tak padan. Buat kawan gelak je.... dah memang rezeki kucing kat situ.

Tertancap kukuh pada pangkal lengan utama

Bagi korang yang tak pernah rasa camane tarikan sotong jarum... bila lagi nak cuba. Kali juga aku nak share beberapa tips untuk memancing sotong jarum. Hok pertama sekali sotong jarum kerap muncul ketika air bergelora. Candat yang paling digemarinya ialah warna merah dan pink. Dua warna ni adalah warna universal bagi sotong. Walaupun begitu warna lain juga boleh membuka selera sotong jarum seperti hijau dan oren. Warna selain merah dan pink sangat bergantung kepada keamatan cahaya dan kejernihan air. Kalau ada bulan mengambang... lagi best. Gabungan air yang sedikit bergelora dan cahaya bulan adalah petunjuk tentang kehadiran sotong jarum. 

Spesies "straw" ini selalunya hadir berkumpulan. Jika korang dapat sekor... tentu ada lagi kawanan sotong yang mencari makan. Baling candat menghala ke laut. Tarikan jarum tidaklah sekuat sotong mabang. Tarikannya terasa sedikit kuat di permulaan dan lemah pada peringkat pertengahan dan akhir tarikan.

Saiz sotong jarum boleh dijangka dan dibezakan berdasarkan cara tarikan sotong berkenaan. sotong jarum yang besar selalunya akan melendutkan joran anda dalam tempoh lama  sebelum tarikan diperlahankan. Selalunya satu hingga tiga kali pecutan atau lendutan joran akan terjadi. Panjang badan jarum boleh dijangka mengikut lama setiap sela pecutan yang dilakukannya. Semakin lama tempoh pecutan setiap satu sela... semakin panjanglah sotong berkenaan. Berbeza dengan sotong mabang yang melakukan pecutan-pecutan pendek tetapi kuat dan berat. 

Jika pecutan yang dilakukan lebih lama dan banyak tali dibawa keluar... ada dua kemungkinan yang biasa berlaku. Bagi menjangkakan kemungkinan yang berlaku, anda harus peka pula pada arah tali dilarikan. Jika tarikan talinya tidak sekata, ke bawah, ke kiri atau kanan... kemungkinan makhluk yang menyambar candat anda adalah ikan. Jikalau arah tali yang dibawa lari lurus ke hadapan dan ke atas dengan sela pecutan yang lama dan berat,  berkemungkinan spesies yang melarikan candat anda adalah "sotong torak".

Sekian untuk kali ini... hingga berjumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

11 October 2013

Menu Teluk Lipat

Salam kunjungan untuk semua.. post kali ini adalah sambungan daripada dua post sebelumnya. Saja aku nak berkongsi pengalaman aku dengan korang masa aku melawat ke Pantai Teluk Lipat, Dungun. Walaupun kunjungan kali ini tidak membuahkan sebarang hasil dari mencandat tetapi kami dapat juga rezeki sotong. Sotong celup tepung yang dijual sepanjang Pantai Teluk Lipat. Kihkih.. Kenyang perut... 

Sepanjang aku di Dungun, rasanya tiga kali aku berulang-alik ke gerai sotong goreng hanya untuk makan sotong celup tepung dan pelbagai lagi menu yang dijual di sana. Sesaper yang belum sampai ke sini... mari lah datang. Best sungguh.

Sotong celup tepung yang ranggup

Sotong celup tepung kedai sebelah.. kurang power

Sotong dan ketuka celup tepung

Makanan wajib kat sini.. kepok lekor goreng

Ikan celup tepung. Sedap sungguh

Minuman kelapa muda yang sungguh menyegarkan

Sepanjang aku kat sini... aku sempat cuba sotong goreng dari beberapa kedai yang berbeza. Walaupun nampak macam sama... tetapi rasa setiap satu sangat berbeza. Aku suka satu kedai tu... hok tepi sekali. Sotong torak yang digoreng cukup ranggup dan lembut. Kalau aku datang lagi ke sini... inilah satu-satunya kedai pilihan aku. Aku citer kat korang pun dah meleleh air liur... sodap sungguh. 

Korang yang belum sampai sini... cepat-cepat datang. Aku bimbang musim tengkujuh nanti sume kedai ni dah tak wujud. Kena pukul ombak Laut China Selatan yang cukup ganas. Kihkih... tu sume imiginasi aku je.. datang, jangan tak datang. Hingga jumpa lagi.

Selamat menyambut Aidil Adha.
Abe Din
Read more >>

Ronda ke Teluk Lipat

Selamat datang untuk semua. Kali ni... aku nak sambung story tentang kunjungan aku ke Dungun. Masa free sempat aku ronda-ronda dengan kengkawan untuk survey lokasi mencandat. Dengar kata kat sini banyak sotong. Kami nak cuba je... kalau dapat banyak. Kami nak datang lagi... hehe.

Jalan masuk ke satu lokasi

Kawasan yang kami pilih terdapat banyak batuan dan rasanya memang ada sotong. Ada dua orang dilihat berjalan di kawasan pantai sambil melontar candat. Ada sotong rasanya... 

Lokasi yang nampak berpotensi.. tapi berpagar

Masa mencandat... bulan mula naik. Malangnya air laut pulak bergelora. Penat mencandat sampai pagi... sekor sotong pun tak sudi menyambar umpan.  Tempat punya cantik, mustahil takde sotong. Risikan sebelumnya dikhabarkan memang kawasan ini merupakan lokasi sotong mabang bermain. Mungkin rezeki kami takde lagi.

Lokasi tempat percubaan dilakukan
Susunan batuan buatan manusia cukup mengujakan kami.

Lokasi yang cukup berpotensi

Mungkin rezeki kami takde. Kami bercadang untuk cuba lagi pada masa akan datang. Harap-harap pada kunjungan berikutnya... dapat sotong. Selepas pagi muncul... kami semua berangkat pulang ke resort. Walaupun sotong takde... kami tetap dapat sotong.. "sotong goreng celup tepung" Hehe..

Jumpa lagi..
Abe Din
Read more >>

Bali di Dungun

Selamat dan dan selamat berkunjung kepada semua pelawat. Lama juga aku tak jenguk blog sotonglaut. Penghujung tahun macam ni... aku memang sibuk dengan kerja. Nak pergi mencandat pun takde masa.

Baru-baru ni... aku terlibat dengan tugasan di luar... di Dungun, Terengganu. Lokasi di Mayang Sari Resort, Pantai Teluk Lipat, Dungun. Dalam kepala dah mula mencongak untuk bawa pancing. Maklumlah... kawasan resort berhadapan dengan Laut China Selatan. Apa lagi... ni le masa nak test power.

Pintu masuk ke Mayang Sari Resort

Mula-mula sampai... memang aku kagum dengan resort ni. Menawarkan konsep dan pengalaman Bali. Sapa-sapa yang tak pernah pergi ke Bali.... boleh datang sini. Kalau best baru gi Bali, Indonesia. Kawasan persekitaran memang cantik...


Gambar hadapan salah satu rumah Bali

Sekitar kawasan resort banyak terdapat tumbuhan-tumbuhan yang hijau dan cantik. Berbaloi jugak datang sini. Dalam 3 hari dua malam kat sini apa le aku  nak buat... mungkin jalan-jalan kat bandar Dungun... mencandat sudah semestinya. bila..

Permandangan Laut China Selatan dari Cafe

Ruang rehat di Resort

Masa nak masuk bilik...rupa-rupanya pintu dia kat belakang. Bilik boleh le tahan.. masa nak gi mandi...bilik air pulak takde dinding. camne nak mandi. Kalu ada orang ngintai macamane. Last sekali pakat terjun kolam kat belakang rumah. Puas jugak aku mandi sampai merah bijik mata. Lepas tu nak bagi kursus pulak... budak-budak aku tu perasan ke mata aku merah? Lantak le diorang. Masa mandi kolam tu teringat zaman budak-budak dulu.

Kolam mandi resort berkonsepkan "Bali"

Lepas habis tugas... tidur. Memang best. Malam nanti dah plan nak gi candat kat pantai.. Makan kat sini biasa-biasa saja... tak rasa macam Bali pun. Rasa macam dok Malaysia jugak. Disebabkan makanannya biasa saje... aku dengan kekawan banyak pergi makan kat luar... bandar Dungun. Boleh gak jalan-jalan hilangkan boring.. Tak sabar nak tunggu malam. mencandat..

Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

04 October 2013

Salam Dari Kuantan

Selamat berkunjung kepada semua pengunjung dan pelawat. Pada post kali ini, aku nak perkenalkan kepada korang sume dengan seorang lagi sahabat baru sotonglaut. Sahabat yang aku maksudkan itu ialah Mohd Zulkifly dari Kuantan, Pahang.

E_mail, aku terima pada 5.57PM, 24 September 2013 bersamaan hari selasa. Beliau boleh dikatakan kerap juga mencandat dan mengewang sotong sekitar Benteng Pemecah Ombak Gebeng, Pantai Pelindung Beserah dan teluk Tongkang Pelindung. Beliau juga menyertakan dua keping gambar digital untuk tatapan korang sume.

 Mohd Zulkifly dari Kuantan

Jika korang berminat untuk menghubungi beliau, bolehlah menghantar e-mail menggunakan alamat bigbug_yn@yahoo.com. bukan apa.... kalau korang tersesat ke Kuantan boleh juga le ajak Zul melawat dan mencuba lokasi terbaik di sana. Orang kata sotong pemecah ombak kat sana... memang power giler. Bila lagi korang nak test..

 Mabang yang berjaya beliau candat

Bagi korang yang masih belum hantar gambar korang bersama sotong ... bile lagi nak hantar. Kongsi-kongsi le dengan orang lain. Jangan kedekut sangat pengalaman tu.... kalau ada story berkaitan sotong pun ok gak. Blog buruk aku ni... tanpa segan silu akan publish pengalaman korang dengan syarat ia bersesuaian dengan tema blog sotonglaut.

Salam perkenalan bagi pelawat yang baru tiba ke sini. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.
Abe Din.
Read more >>

Blogger Pancing