"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

22 April 2015

SCT Pertama 2015

Salam kunjungan untuk semua pelawat dan rakan-rakan blogger. Post kali ini nak share le dengan kekawan semua sedikit tips untuk menggoreng SCT (Sotong Celup Tepung). Ramai yang memang dah pakar goreng sotong ni... post tahun lepas juga banyak menu dan teknik masakan sotong yang ambe share di blog sotonglaut.

Pada kali ini... ambe nak kongsi cara untuk menjadikan sotong lebih menarik selepas digoreng. Kebiasaannya sotong yang telah digoreng akan kelihatan lebih melengkung dan membulat. Bentuk sebegini nampak tidak begitu cantik. Bagaimana cara untuk mendapatkan bentuk sotong yang lebih lurus dan panjang?

Caranya mudah sahaja... ketika korang membersihan sotong yang hendak digoreng, pastikan korang tidak membuang tulang sotong yang kelihatan seakan-akan plastik. Biarkan tulang sotong berkenaan pada kedudukan asalnya. Hanya perlu keluarkan dan bersihkan bahagian lain seperti perut, insang dan dakwatnya sahaja. Ketika mengelar... pastikan tidak terlalu kuat. Jika tidak korang akan terpotong atau memutuskan tulang sotong yang berada di bahagian dalamnya.




Tulang sotong tidak dibuang kerana ia berperanan untuk memegang dan mengekalkan bentuk sotong agar lebih lurus. Tanpa tulang sotong... berkemungkinan sotong yang digoreng akan membulat seakan-akan ulat gonggok. Teknik ini juga boleh digunakan untuk semua jenis sotong kecuali sotong katak dan sotong kurita. Sotong katak perlu dibuang tulangnya kerana tulangnya terbina daripada kapur yang lebar dan besar manakala sotong kurita tidak mempunyai tulang dan belum pernah lagi ambe terjumpa ada orang yang menggorengnya kecuali setelah dibuat sotong kering.




Masa nak makan nanti, jangan pula korang makan tulang sotong tu. tercekik ambe tak bertanggungjawab. Kalau yer pun lapar... biar le senonoh sikit. Orang tak makan tulang sotong dik oi. Nanti cuba cubalah korang praktikan apa yang ambe kongsi kat sini. Selamat mencuba dan sehingga berjumpa lagi.-Abe Din
Read more >>

16 April 2015

Rezeki di mana-mana

Salam Kunjungan untuk semua. Kali ini ambe nak share gambar-gambar ketika ambe pergi menyelongkar khazanah laut Kerteh bersama dua orang kenalan. Biarlah gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya sebab ambe sebenarnya dah penat nak menaip... kehkeh. Nanti kita jumpa lagi dan ambe akan berceloteh di post yang berikutnya-Abe Din

Tengiri pertama yang menyambar umpan tamban


Todak yang putus ekor


Kerapu minyak yang pelahap


Talang tunggal yang berjaya didaratkan


Ikan tenggiri ke-2 yang berjaya digaik naik


Jenahak saiz sedap makan.. 
rakus menelan umpan sotong


Himpuan hasil besar yang berjaya didaratkan
2 tenggiri, 3 kerapu, 1 todak, 1 talang, 1 jenahak, 4 pecah periuk,
1 sotong mabang
Alhamdulillah.
Read more >>

Uji Jig Anda

Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini ambe akan paparkan satu teknik untuk menguji kedudukan jig anda di dalam air. Ambe menggunakan dua jenis jig yang ambe beli baru-baru ini.

Korang perlu meletak jig yang hendak diuji di dalam bekas berisi air yang jernih dan perhatikan keadaan jig ketika dilepaskan dari permukaan air dan ketika ia berada di dasar bekas. Kedua-dua maklumat ini akan membantu kita memahami gaya renangan jig. Untuk lebih berkesan... gunakan bekas yang lebih besar dan ikat jig menggunakan tali pancing. Buat henjutan untuk melihat cara jig turun dan naik.

Kedudukan dua jenis jig yang berbeza


Dari sudut pandangan yang lain


Sudut pandangan sisi


Pandangan dari bahagian belakang


Untuk makluman korang.. sotong lebih tertarik kepada jig yang berenang dengan keadaan pada bahagian ekornya yang lebih tinggi dan dapat turun naik dengan cepat. Tarian pada bahagian ekor mampu menarik perhatian sotong untuk mengejar jig

Ambe menggunakan air paip untuk ujian kali ini. Jika keadaan sebenar di lapangan... kedudukan ekor jig akan naik sedikit ke atas kerana ketumputan air laut yang berbeza. Daya apungan air laut lebih baik berbanding air tawar. Semoga apa yang ambe kongsikan ini dapat membantu korang untuk memilih jig yang sesuai bagi digunakan di lapangan. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din.
Read more >>

Jig Ekonomi 2015

Salam kunjungan untuk semua pelawat terutamanya kepada pencandat-pencandat tegar sotong mabang. Kali ini ambe nak share sejenis jig yang ambe jumpa dijual di sebuah kedai pancing. Jig yang bagi ambe memang cantik dan murah. Ketika harga jig Yamashita dan jig berjenama lain sedang melambung naik... kita perlu mencari alternatif lain yang lebih murah. Jig berkenaan dipasarkan dengan jenama ILUMA.


Insyaallah pada tahun ini... ambe akan cuba untuk post sebanyak mungkin teknik modifikasi jig murah agar menjadi lebih efektif dan berkesan. Jika korang ada teknik yang korang biasa praktikan... ambe mengalu-alukan perkongsian pengalaman korang di dalam blog ini. Boleh hantar bahan ke blog sotonglaut menggunkan emai. Kesan daripada GST... jig sotong juga tidak lari daripada kenaikan harga. Oleh sebab itu, pencandat perlu lebih kreatif agar kita terus dapat bertahan kesan daripada kenaikan harga jig di pasaran.

Set killer yang menunggu masa untuk diuji di lapangan.



Jig-jig di atas bersaiz 2.5 sahaja yang boleh ditemui. Ringan dan sesuai dipadankan dengan set joran aksi sederhana. Pada post berikutnya... ambe akan cuba mengupas kemenjadian jig ini ketika beraksi di dalam air. Sehingga berjumpa lagi.-Abe Din
Read more >>

Trip3: 2015-Daratan

Salam salam kunjungan untuk semua... trip berikutnya ini merupakan trip memburu lesen untuk saing ambe.. Man. Dia dapat lesen 2015 masa ni le... tangkapan lebih kurang 5 ekor. Saiz biasa-biasa sahaja. Lokasi : Kijal, Kemaman. Korang tengok-tengok lah gambar kat bawah tu sementara ambe nak cari dan update bahan-bahan terbaru. Bye-Abe Din


Saiz yang sederhana.. sedap makan.

Gembira dengan lesen baru beliau

killer Jig : Pink colour

Sotong spesies bintik
Read more >>

Ketam Masak Sos Tomato

Salam kunjungan untuk semua. Kali ni ambe nak kongsi resipi untuk orang bujang yang pemalas nak masak. Masak cincai-cincai je.  Masakan kali ini...ketam masak sos tomato. 

Mudah je nak buat... potong bawang besar dan bawang putih. Sediakan sos tomato, garam secukup rasa boleh juga tambah sos tiram. Jangan lupa bersihkan ketam berkenaan terlebih dahulu. Kalau korang beli ketam yang masih hidup...korang kena matikan dulu. Macam-macam cara orang buat. Ambe senang je.. basuh bersih-bersih, letak dalam beg plastik dan sumbat dalam peti ais. Tunggu setengah jam. Lepas mati baru boleh nak siang dan bersihkan



Cara untuk masak... senang je. Panaskan minyak sedikit... goreng semua bawang jangan sampai hangit. Masukkan sos tomato dan tiram dan tambah garam jika rasa kurang masin. Tambahkan air sedikit...selepas mendidih, masuk ketam dalam kuali. Masak jangan lama sangat...bila kulit ketam dah bertukar semuanya menjadi merah kira dah ok lah tu. Angkat. Kalau masak lama sangat, kemanisan isi ketam akan hilang ke dalam kuah. Gambar masakan macam kat bawah tu.

Kalu korang nak masakan korang lebih kaw lagi.. letak cili kering yang ditumbuk. Pastikan korang goreng dahulu cili berkenaan bersama bawang sehingga campuran cili menjadi pecah minyak... kemudian baru masukkan air dan ketam.


Sebelum ambe terlupa... sebelum ketam dimasuk dalam kuali... ketuk tangan ketam yang besar sekali menggunakan lesung. Ketuk sikit sahaja. Jangan ketuk sampai hancur pula. Ok lah selamat makan dan selamat mencuba... jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

The King Of Nipah

Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini...ambe nak tunjuk raja ketam air payau yang memang terkenal dengan ganasnya...ketam nipah. Ketam nipah kat bawah tu ambe beli daripada seorang pencari ketam nipah di sungai Kerteh. Masa tu ambe tengah memancing gelama.... tengah tunggu gelama tak nak makan pancing, lalu sebuah bot fiber baru nak pergi angkat perangkap ketam. Ambe terus tempah... dalam masa lebih kurang setengah jam..tuan tu datang semula bawa ketam macam kat bawah tu. Terus beli. Semua ada 6 ekor.. harga RM12. fuhh memang murah. Kalau kat tepi jalan tu, jangan harap nak dapat harga macam ni.







Semua ketam yang ditangkap... sudah siap diikat menggunakan tali pastik. Kalau tak ikat jangan harap le ambe nak pegang macam tu. Kalau sepit..boleh putus jari. Ambe dah kena dah sekali...tapi tak putus. Luka je...darah lagi. Ketam nipah ni orang kata boleh buat ubat denggi. Tak tau betul ke tidak... sebab ambe tak pernah nak test. Hobi ambe makan je..







Dalam perjalanan pulang... tengah dok pikir nak masak apa ketam ni. Semua hidup lagi. Nak tunggu dia mati satu hal. Camne nak buat eek. Kalau korang nak kenal ketam jantan dengan betina senang je... cuba korang tengok di bawah perut ketam... ada selaput seperti piramid...tiga segi. Betina selaputnya lebih besar dan lebar manakala jantan selaputnya lebih panjang dan runcing. Semoga ia dapat memberi panduan kepada semua.

Ok lah nanti jumpa lagi.-Abe Din
Read more >>

14 April 2015

Trip-2 :2015-Daratan

Salam kunjungan untuk semua. Sotong yang ambe tunjuk kat bawah tu adalah hasil trip mencandat ke-2 ambe di Kijal. Alhamdulillah... dapat le 6 ekor semuanya. Lepas buat lauk minggu ini. Sotong memang sudah sampai ke perairan Terengganu. Jika kena cuaca dan keadaan air hasil tangkapan mungkin akan meningkat.

Pada lawatan kali ini... sotong tidak begitu galak menyambar jig. Kehadiran bulan yang terang menyebabkan sambaran berlaku pada kedudukan yang jauh dari tepi. Pada keadaan dan ketika ini... balingan jarak jauh sangat membantu. Joran paling sesuai digunakan adalah joran dengan panjang antara 7 hinga 9 kaki.


Hasil yang boleh tahan

Harap-harap trip selepas ini akan membuahkan hasil yang lebih baik. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang...bye-Abe Din
Read more >>

Jig Pertama 2015

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada kali ini ambe ingin share satu jenis jig sotong yang ambe beli di Kuantan, Pahang. Apa yang menariknya jig berkenaan dilengkapi guli kecil yang dipasang di dalam badan jig. Apabila jig ditarik.. bunyi akan dihasilkan akibat daripada pelanggaran guli berkenaan. Bunyi yang dihasilkan dikatakan mampu untuk menarik perhatian sotong.

Goncangan yang menghasilkan bunyi

Untuk pengetahuan semua, jig ini dijual dengan harga RM4 bagi setiap unit. Harga yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan jig echo yang lain.  Kebiasaannya jig yang boleh menghasilkan bunyi sangat mahal. Harganya diantara RM30-RM50 bagi setiap unit.

Harga memang murah
 
Dua jenis sahaja warna yang dijumpai
Saiz 2.0

Setakat ini, keberkesanan jig ini masih diperingkat ujian. Paling malang ketika ambe melakukan ujian di lapangan salah seekor jig ini telah ditelan batu karang...batu belah, batu bertangkup. Tak sempat dan dapat sotong. Ketika percubaan, ambe dapat rasakan jig ini adalah jenis yang mempunyai kadar selaman yang sederhana laju. Purata berat jig tertumpu pada bahagian tengah menyebabkan kedudukannya ketika di dasar dan semasa menyelam menjadi sedikit mendatar. 

Pada post yang akan datang... ambe akan cuba paparkan keputusan ujian selaman jig ini... insyaallah. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>

Jalan-jalan 2015

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada awal Februari baru-baru ini, ambe sempat berjalan-jalan dan ronda-ronda sepanjang laluan pantai di Terengganu. Singgah di sebuah kawasan di dalam daerah Dungun. Nama tempat tak ingat...hehe. Kawasannya cantik. Sebenarnya ambe singgah sembahyang di sebuah masjid yang kebetulan berhampiran dengan pantai. Selesai sembahyang...ambe menyusuri laluan belakang masjid menghala ke pantai dengan niat untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Kat bawah tu.. ambe tepek sekali beberapa panorama cantik di kawasan berkenaan. Jumpa lagi-Abe Din








...................................
Read more >>

LESEN 2015

Salam pertemuan buat semua pelawat. Lama ambe tak blogging... rindu pulok. Asyik main FB jer. Bukan apa... bahan nak tulis dah tak ada. Sotong musim-musim tengkujuh memang payah nak dapat. Kalau ada pun saiz besar jari. ibu-ibu, bapak-bapak semua dah menghilang ke tengah laut.

Lama menyepi...haa, hari ini dan saat ini, ambe menjengah semula ke alam maya untuk berkongsi saat dan pengalaman menyotong di sekitar tempat ambe lebih tepat lagi di negeri Terengganu. Kalau korang tengok kat bawah tu... tu le gambar sotong pertama yang berjaya ambe jerat di tahun 2015. Kira macam renew lesen lagaknya. Sebelum tu... ambe dah pergi meninjau lesen ni kat kawasan ambe... tapi sekor pun tak dapat. Dengar kabo... dah ada orang yang dapat mencandat sotong mabang sejak dari bulan lepas lagi. Ambe je lambat dapat lesen.

Dengan kejayaan mendapat lesen ini... dengan ini ambe sahkan bahawa sotong telah mula kembali ke perairan Pantai Timut terutamanya di Terengganu. Kawan-kawan, saing-saing baru dan lama, hardcore sotong bolehlah mula mempersiapkan kelengkapan perang untuk bersama-sama kita mengharungi tahun 2015 ini dengan spesies-spesies sotong.

 
Jig biru yang jarang ambe guna

Lama sungguh tak menatap si mata hijau ni

Lebih manis lagi...lesen kali ini diperolehi bersama seorang hardcore sotong... Zul Dungun. Zul pun dapat lesen juga... tapi saiz lebih kecil lagi. Ahhh... tak kira lah janji sotong. Lesen tetap lesen. Lokasi tangkapan... Kijal, Kemaman.Nantikan info-info baru yang bakal muncul di dalam blog sotonglaut sepanjang tahun 2015 ini. 

Di kesempatan ini juga... ambe ingin menjemput semua peminat-peminat sotong seluruh Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan lagi dua eging sotong di negara kita. Ekoran dari itu satu group whatsApp akan diwujudkan dengan ambe sebagai admin. Group yang telahpun diwujudkan itu diberi nama "Eging Club-Malaysia". Kepada yang berminat untuk bersama-sama dalam group ini bolehlah menghantar No. whatsApp kepada ambe melalui E-mail sahaja. Ambe harapkan dengan kewujudan group ini, info dan maklumat berkaitan sotong akan dapat disebar luas dengan lebih cepat dan pantas. Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing