"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

28 August 2011

Kuasa Cougar

Selamat datang kepada semua pelawat, rakan-rakan blogger dan pencandat-pencandat tegar. Belum lewat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri. Kalau ada salah dan silap aku kat korang... aku mintak maaf bebanyak. 

Lepas raye nanti, boleh lah aktif balik mencandat sotong ni. Masa bulan puasa ni masa dan tenaga agak terhad sikit. Post kali ini nak bagi sedikit tips mencandat sotong di kawasan daratan untuk pencandat-pencandat baru. Kalau korang nak belajor mencandat, rajin-rajin lah korang baca post-post aku yang lepas. Kalau rajin,  cuba korang praktik kat lapangan. Mana tau nanti korang boleh jadi pro? Niat kena ikhlas beb... baru dapat pahala. Cuba korang perhati gambar kat bawah tu..

Member Abe Din.. Cikgu Lan sedang 
menahan asakan sotong mabang

Masa korang tarik-tarik jig, kalau ada tarikan keras dan kasar sambil membenam... haa. tahniah sotong dah bersalam raye dengan jig korang. Apa nak buat? Fisrt sekali jangan panik, jangan jerit-jerit pulak. Tengok abang kat atas tu.. releks je. Angkat joran korang tinggi-tinggi. Kalau boleh hingga 90 darjah. Kalau lebih... dah melampau le tu.. nak kena sekeh ke... nanti sotong terlepas. Satu lagi jangan ketatkan drag kekili korang. Aku selalu longgarkan drag dengan tegangan yang sesuai. Terlalu longgar pun boleh terlepas juga.

Korang kena tau... semakin kuat sotong menarik jig, maka semakin kukuhlah mata candat korang masuk dalam tantakelnya sotong. Kalau korang berani aplikasikan teknik PELUK JIG. Oppss.. aku belum ajar teknik ni. Nanti aku ajar lepas raye... Teknik PELUK JIG... sure sotong tak lepas.

Tahan joran dalam sudut 90 dan biarkan sotong tarik sorang-sorang sampai dia letih. Bila korang rase dia tak berapa nak melawan.. baru korang kayuh perlahan-lahan. Kalau dia lawan... korang bertahan. Jangan gopoh.. nanti terlepas. Sampai tepi ada beberapa cara untuk mengangkat sotong iaitu mengheret ke tepi, memegang bahagian leher, mencangkuk dengan gaik atau angkat terus macam member aku kat bawah tu. Haa... cara angkat terus tidak begitu digalakkan... hanya profesional saje leh wat macam tu. Kalau jig cougar leh wat cam ni... memang hebat.

Angkat stail profesional... dilarang tiru... 
risiko tanggung sendiri. Cougar.. beb..

Cuba korang lihat kawasan yang dibulatkan 
Tantakel sotong melekat pada jig caugar

Jika korang perhati betul-betul imej dalam bulatan, ia menunjukkan bahagian yang terkena candat. Ada beberapa bahagian tantakel sotong yang selalu terlekat pada mata candat. Gambar di atas menunjukkan cara sotong memegang candat TAHAP 2. Nanti aku cerita lepas raye.. TAHAP 2 menggambarkan peratus kekuatan benaman mata candat pada tantakel sotong.... nanti aku cite ye..

Masa korang hendak angkat sotong kena hati-hati sikit... kerana sotong selalunya simpan sedikit ink power dia untuk ditanda pada korang. Kalau kena baju, muka, kaki atau kat mana-mana je nanti bini korang masam muka lak. Sendiri tanggung tau.. Paling kurang sotong akan tembak sekali semasa kat atas darat.

Rasenya cukuplah kali ni... nak gi cari buluh lemang dengan daun ketupat plak. Raye dah dekat ni. Di kesempatan ini... aku menyusun sepuluh jari jika ada wat salah kat korang sume. Mungkin tulisan aku tak best.. atau terkata korang atau apa je yang korang tak puas hati... mintak maaf bebanyak. Aku juga nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf  Zahir & Batin. Moga-moga raye tahun ni lebih bermakna buat semua.
Berhati-hati semasa memandu... happy always.

Jumpe lagi...
Abe Din
Read more >>

Trip Mabang 12-2011

Salam ramadhan untuk semua pelawat. Minggu ke-2 dalam bulan puasa baru-baru ini, sempat juga ikut trip mencandat di kawasan pantai berbatu. Port biasa... pergi dengan sorang kawan.. cikgu Lan. Rezeki kurang sedikit tetapi bolehlah nak buat lauk. Sotong paling galak makan pada sekitar pukul 3 pagi ketika air sedang menyonsong surut.

Sotong yang berjaya ditangkap oleh aku

Antara peralatan yang dibawa aku.. sangat simple

Tiga ekor sotong yang cute..

Cikgu Lan punye kat atas tu...  3 ekor, tetapi dia juara. Tangkapan yang lain ada dalam kereta.. besar lagi. Candat yang paling disukai oleh member ni ialah couger pink. Abe Din biasa le... candat bola ciptaan terbaru dan sensasi.

Ok.. last kat sini dulu. Jumpe lagi..bye.
Abe Din
Read more >>

Memilih Sasaran

Selamat berpuasa kepada semua pengunjung beragama Islam. Pada kali ini, nak cerita sikit cara-cara memilih arah melontar jig udang. Sebelum lontaran dibuat ada beberapa faktor yang perlu diambil kira iaitu tahap kejernihan air, tahap ketenangan air dan kewujudan struktur di bahagian tepi serta tengah.

Keupayaan anda membaca faktor-faktor ini akan akan membuatkan anda sentiasa mendapat sotong yang diidamkan dengan kata lain... ia akan menjelouskan rakan-rakan candat anda yang lain.

Lokasi mencandat mabang

Gambar di atas menunjukkan kawasan batuan yang licin dan bahaya bagi mereka yang sudah biasa... kacang je.. itupun jatuh juga dua tiga kali. Pastikan anda menggunakan kasut anti-gelincir apabila meniti batuan seperti ini.

Arah lotaran jig udang

Gambar di atas menunjukkan kawasan air yang agak tenang dan jernih. Kawasan air yang tenang selalunya menjadi lapangan sotong-sotong bersaiz mega memburu mangsa dengan syarat kawasan itu tidak terlalu jernih atau terang. Oleh itu aktiviti mencandat di kawasan ini sangat sesuai dijalankan pada waktu malam kerana walaupun airnya jernih... suasana malam yang sedikit suram dan gelap akan menarik kedatangan sotong. Cahaya bulan tidak menakutkan sotong... cuma jangan main lampu suluh sudah le... kesian kawan-kawan lain. Lampu yang tidak statik akan menakutkan sotong mabang. Ada faham....

Arah lontaran jig 2

Jika anda mencandat di kawasan berbatu jangan terlalu cepat menaikkan candat kerana kadang-kadang sotong akan menyambar candat ketika candat menghampiri kawasan tepi batu. Ada juga sotong-sotong yang mengejar candat dari kawasan laut terbuka kemudian berhenti memburu candat sebaik sahaja candat melalui kawasan struktur berbatu. Sotong berkenaan akan berada berhampiran batu berkenaan dan akan menyambar jig apabila jig melalui lagi kawasan berkenaan. Perangai sotong ni lebih kurang macam perangai ikan haruan.

Apabila air bergerak pasang, jig sesuai dilontar menghala ke kawasan daratan manakala ketika air menyonsong surut lebih sesuai jig dibaling menghala ke arah laut. Keadaan ini akan memudahkan pencandat menarik dan menggayakan jig mereka. Tindakan yang berlawan akan memudahkan jig terbelit pada tali utama. Kalau guna tali benang... nasib korang le..


Arah lontaran jig 3

Bagi kawasan di atas... airnya sedikit bergelora. Balingan yang lebih sesuai adalah berdekatan atau selari dengan kawasan batuan. Selalunya sotong suka berlindung di kawasan yang berstruktur. Jika jig anda dari jenis yang berat... peluang tersangkut adalah tinggi. Dinasihatkan jig anda tidak ditarik melalui atas struktur batuan tetapi ditarik melalui tepian struktur batuan.

PETUA DAN TIPS 

1-Pada ketika air keruh sotong kerapkali berada di permukaan dan dipertengahan air. Sotong juga lebih suka merayau dalam wilayahnya yang lebih jauh.

2-Ketika air keruh sudut dan jarak perlihatan adalah terhad. Apabila musuh sukar dilihat... sotong lebih berani keluar ke tempat terbuka. Pada ketika ini, penggunaan jig cahaya adalah sangat efektif.

3-Ketika keadaan air jernih, sotong sedikit berhati-hati. Walaupun begitu pancingan pada waktu malam tidak akan menakutkan sotong.

4-Jika anda melihat anak ikan bermain pada malam hari, baling jig anda ke tengah-tengah kawanan tersebut... kalau ada rezeki, sotong besar adalah habuan anda. Anda perlu tahu tarian jig anda lebih menarik dari tarian ikan yang lebih liar dan laju berenang.

5-Struktur seperti batuan atau unjam adalah port perlindungan sotong. Jika anda mempunyai jig ringan, tarik jig melalui port berkenaan. Jika jig anda berat, tarik jig melalui struktur berkenaan dari kawasan tepi.

6-Ramai pencandat menarik jig dengan cepat dengan hasil yang kurang. Pencandat yang cekap akan menarik jig dengan sangat perlahan seolah-olah jig ditarik di dasar laut atau pasir. Untuk pengetahuan anda, sotong paling banyak berada di kawasan paling bawah dan peratusan untuk mendapatkannya dengan cara ini cukup tinggi.

Ok... jumpe lagi..bye
Abe Din
Read more >>

17 August 2011

Trip Mabang 11-2011


Salam sayang untuk sume rakan-rakan blogger, pelawat bukan blogger dan juga pencandat tegar yang tak jemu-jemu datang blog buruk aku. Selamat datang sume dan selamat berpuasa bagi rakan-rakan yang beragama Islam. Hari ini..aku dengan rela hatikan akan bagi sedikit bukti pada korang tentang keganasan candat design baru aku yang aku post gambar dia dalam entri yang lepas. Sebelum tu korang tarik nafas dalam-dalam dulu. Jangan buat-buat terkejut lak... bukan sotong mainan, sotong betul... tak tipu punye...

Hasil tangkapan bersama candat bola

Satu-satu sotong yang ditangkap seorang kawan mengunakan 
jig spesies sama tanpa bola.. apa yang aku merepek ni..

Jernih sungguh air laut malam tu.... 
nasib baik obor-obor tu tak kena candat bola.

Salah seekor mangsa candat bola

Antara sotong-sotong yang ditangkap kerana tidak berpuasa

14 ekor sotong menjadi mangsa candat bola.

Malam tu.. sampai lenguh tangan tarik sotong. Taruk makan, taruk makan.. anggaran tangkapan lebih 4 kg. Balik pukul 3.30 pagi... nak bersahur. Kalau tunggu...mungkin ramai lagi sotong yang kena tangkap. Masa tulis entri ni... lenguh tak habis lagi sebab tarik sotong... sakit sampai ketiak.

Tangkapan kali ini merupakan rekod peribadi aku pada 2011 dengan14 ekor tangkapan mengatasi 11 ekor tangkapan sebelum ini. Nak makan tentu tak habis.. bagi jiran sorang sikit, buat lauk berbuka dan bersahur. Kena stop dulu, nak gi pasar ramadhan cari juadah berbuka. Teruskan berpuasa... hingga berjumpa lagi di talian maya.
Abe Din
Read more >>

Candat Bola


Selamat datang kepada semua pelawat sotonglaut. Kali ini nak share sedikit penemuan baru dengan member-member sotong mania.. sebetulnya aku nak introduce dulu jig killer ciptaan aku. Dapat idea dalam puasa baru ni... mula-mula wat sekor je... pergi test.. memang gempak. Tewas semua jig mahal... walaupun jig yang aku guna... murah je ...RM15. R&D aku dimajukan lagi dengan mengubahsuai semua jig-jig murah aku. Fuhhh..

Kawan aku bagi nama candat bola... kih..kih. Mungkin rupa dia macam bola. Kali ni... tak mahu cerita camana nak buat. Rasa macam takde mood nak cerita.. tapi kalau korang nak tau jugak... kena hantar e-mail kat aku dulu... nanti aku share dengan korang. Kalau korang malas jugak... nantilah aku post... walaupun dulu, aku pernah post idea yang sama dalam blog ni... korang tak baca ye....kantoi.

Pe..pun... aku bagi tengok gambar dulu. Jig modified terganas setakat ini.. pertama di Malaysia dan dunia. Sekali tengok cam toyol ye...tapi dia punye aura... sotong je yang tau..

Kraftangan bulan pose..

Nampak cam hodoh je..tapi..kih kih

Kalau nak tahu cepat...baca post-post yang lepas

Masa aku mula guna jig ni... kawan aku sume tanya warna jig yang aku pakai... aku bagitau.. diorang tukar... tak dapat... yang bestnya aku sorang je dapat. Besar-besar lak tu. Nak balik.. baru aku pecah rahsia jahat aku kat diaorang. Best tak..

Nanti lah aku share dengan korang... malas nak tulis banyak-banyak.. letih puasa ni.. kih kih. Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

Trip Mabang 10-2011

Bertemu lagi di gelanggang maya ini. Trip terbaru diadakan di lokasi batu tambak. Seperti biasa turun ke lokasi pada pukul 10.30 malam. Korang boleh tengok sendiri sotong yang berjaya dicandat pada malam berkenaan. Walaupun hanya dapat 5 ekor... seekor bapak sotong berjaya ditangkap sudah cukup baik jika hendak dibandingkan dengan tangkapan sebelum ini.



Bapak mabang yang berjaya dicandat


Habis kotor candat aku..

Sotong yang menyambar jig cougar

Bersama dua ekor sotog jarum saiz besar

Bersyukur dengan hasil yang diperolehi. Mungkin trip akan datang hasilnya lebih lumayan lagi... siapa tahu? Pe.. pun, selamat berpuasa bagi yang beragama Islam.. jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

12 August 2011

Trip Mabang 9-2011

Salam untuk semua pengunjung dan Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam... Camana puasa tahun ni... semakin ok ke tidak ok?... sekali lagi aku datang ke laman maya yang buruk ni untuk share pengalaman aku dengan korang. Samada korang pencandat tegar, baru cuba-cuba nak berjinak dengan hobi ni, atau memang takde pengalaman langsung tentang hobi alien ni...korang boleh baca post baru aku ni..... percuma lagi. Bagi yang benci memancing atau mencandat... belajar-belajar le berkenalan sesikit... moga-moga persepsi korang akan berubah dan menjadi pemancing yang lebih tegar dari aku.

Macam biasa, aku and the gang menerjah ke lokasi biasa selepas sembahyang terawih... cakap pun tak guna... korang tengok je sendiri hasilnya... 7 ekor sotong mabang. Saiz leh tahan jugak le... dok le teruk sangat. Sekurang-kurangnya ada juga rezeki aku dan kawan-kawan untuk berbuka dan bersahur.

Rezeki bulan puasa

Saiz jig berbanding saiz sotong

Nak masak apa ye... Stok seminggu ni..

Aku rasa le kan... Mata hijau sotong 
mabang ni... Memang seksi

Masa gini.. sotong mabang memang banyak datang ke pantai terengganu. Sorang member laut.. beritahu, nelayan pantai baru sahaja membawa balik lebih dari 100kg sotong torak di perairan Kerteh dalam bulan puasa baru-baru ni. Bila tanya mana sotong tu ?... heh..heh.. eksport ke Singapura. Tak sangka sotong torak datang serang bulan puasa.. bertuah member tu...

Kalau korang tak pernah makan sotong celup tepung fresh dan teringin sesangat nak makan.. meh le datang Terengganu. Tapi masa bulan tak puasa le... aku belanja.... amacam baik tak aku.... Jangan datang satu bas dah le... bangkrap pulak aku nanti.

Pe..pun, hope u all success selalu, selamat berpuasa dan selamat beraya ... bagi yang puasa penuh je... Jumpa lagi,
Abe Din

Read more >>

10 August 2011

Tinjaun Lokasi4B


Salam untuk semua pelawat. Kali ini nak sambung cerita sebelum ini tentang lokasi mencandat di Cherating. Abe Din sertakan sekali gambar-gambar lokasi bot dan pantai yang menghala ke Pulau Ular. 

Sungai ular mempunyai muara yang cetek dan sukar untuk bot fiber keluar ke laut semasa air surut. Hanya dua cara untuk ke laut iaitu menolak bor fiber di atas pasir atau melabuhkan bot  di kawasan luar pantai. Jika bot dilabuhkan diluar pantai, sebuat bot fiber bersaiz lebih kecil digunakan sebagai pengangkutan untuk sampai ke bot fiber yang digunakan untuk ke laut.

Pandangan di kawasan lokasi bot


Cetek : Nelayan terpaksa menolak bot fiber untuk ke laut

Bot fiber dilabuhkan di luar pantai

Bot-bot fiber sedang berlabuh

Pandang dari atas Sanctuary Resort

Pandangan dari atas menghala ke laut

Pulau ular adalah lokasi yang terkenal sebagai tempat mencandat sotong mabang apabila tiba musimnya. Lokasi ini juga didiami oleh spesies-spesies ikan yang pelbagai. Trip-trip harian atau bermalam biasa diadakan di kawasan pulau ini.

Jika tiada aral yang melintang, satu trip bermalam akan diadakan selepas raya nanti.
Abe Din
Read more >>

09 August 2011

Tinjauan Lokasi 4A

Salam blogging dan terima  kasih kepada semua pelawat dan yang sudi menjadi follower di sini. Kali ini, Abe Din akan memperkenalkan satu lagi lokasi candat sotong mabang yang berpotensi di Pantai Timur iaitu di Negeri Pahang. Lokasi yang dimaksudkan ialah Pulau Ular yang teletak di Sungai Ular, Cherating, Pahang.

Tiga minggu lepas, Abe Din sempat berkursus di salah sebuah Resort yang cukup hampir dengan lokasi pulau berkenaan. Disebabkan Abe Din pergi atas urusan kerja, maka niat untuk melawat pulau berkenaan masih menjadi impian hingga kini.

Bagi yang bercadang untuk memancing ikan atau mencandat sotong di sekitar pulau ini, anda boleh menggunakan lebuh raya menghala ke Cherating. Di sini juga Abe Din paparkan sekali maklumat berkaitan sewaan bot dan lokasi menginap yang paling hampir.


Pulau Ular : Pandangan dari Sanctuary Resort Cherating

Papan tanda berdekatan jalan masuk ke lokasi bot

Pemberitahuan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Pahang

Satu lagi papan tanda di lokasi bot

Maklumat kepada pelawat dan pemancing

Lokasi menginap : Sanctuary Resort Cherating

Papan tanda di Sanctuary Resort Cherating

Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu anda untuk bertandang ke sini.
Abe Din.
Read more >>

07 August 2011

Trip Mabang 8-2011


Selamat berpuasa rakan-rakan sume...jangan bulan je puasa sudahle... Trip ganas 3 Ogos sudah berlalu, esoknya kami datang semula bersama seorang lagi rakan yang dah kena racun siang tadi. Kami bertiga masuk ke lokasi lebih kurang pukul 10.30 malam.

Tiba di lokasi, aku memilih bahagian selatan.. baling candat... dua kali terlepas... ganas. Memang ada sotong besar. Tukar candat lain... maka seekor bapak sotong terjerat. Ketorr.. tangan... memang kuat.. lebih kurang 15 minit seekor lagi ibu sotong naik.. tangan semakin ketorrr menahan asahan sotong. Terus candat... dapat lagi 3 ekor saiz kezil dan sederhana. Lebih kurang pukul 12 malam...sotong dah tak galak lagi menyambar candat. 

Bahari dan Mat hanya dapat beberapa ekor sotong saiz kecil dan sederhana. Pukul 2 pagi... balik. Singgah minum air kat kedai. Nampaknya... aku juara lagi hari ni..juara terbesar dan terbanyak sekali. (sombong sikit..jangan jelous ye..).. kih...kih

 Sotong Yang Dijerat Berbanding Saiz Jig Udang


 Saiz Sotong Berbanding Saiz Lampu


Inilah Sotong Yang Mengetorr..kan Tangan Aku


Corak Yang Sentiasa Dinantikan Kemunculannya

Rezeki ada di mana-mana... kalau rajin tentu dapat...jangan sampai lupa yang wajib dah le...Sotong memang tengah mengamuk... cuba korang survey lokasi kat kawasan korang. Siapa tahu... rezeki korang ada kat situ....jangan cari kat Tasik Kenyir dah le...jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

05 August 2011

Trip Mabang 7-2011

Selamat datang dan selamat berpuasa.... yang tak puasa tekleh raye... Rakan-rakan blogger sume, rajin-rajin lah update blog kerana ramai yang ada masa nak belek-belek blog anda di bulan puasa ini. Kalau malas... baik wat tukun tiruan je... boleh jugak sotong membiak.

Trip baru-baru ni, 3 Ogos 2011. Tengok jadual pasang surut lebih kurang 20.30 air maksimum. Sms Mat... kejap je dia balas. Malam seperti biasa, kami masuk mencandat lebih kurang pukul 10 malam.

Sotong Yang Berjaya Ditawan : 5 ekor

Sotong Disusun Depan Rumah

 Timum Laut Sesat

Tangah syok candat.. joran Mat melengkung tanpa melawan. Tarik... dia datang. Dalam kepala berkira-kira tentu sotong katak. Perangai semacam je.. naik kat atas..rupa-rupanya timun laut. Panjang lebih satu meter masa naik. Sampai rumah mengecut lebih kurang 30 cm je. Mat bawa balik... nak bagi kat sorang kawan. Korang mungkin tak tahu... haiwan ni boleh dimakan. Aku tak pernah makan... tapi ada orang makan. Kalau korang tau cara nak siang, masak dan makan.... bagitau le kat aku. Timun laut banyak kat sini.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
---------

Opps.. tak habis lagi. Korang ingat dah habis ke? Tadi yang kat atas tu... sume sotong dan haiwan yang diperolehi oleh Mat je.. kih...kih. Aku punye ada kat bawah tu. Korang jangan jelous lak... rezeki bulan puasa.  Saje je publish last... bagi gempak sikit. Tahun 2011... inilah antara tangkapan yang terganas sekali.

 Dipersembahkan: 10 Ekor Mabang + 1 Jarum

 Tengok puas-puas: Lauk berbuka dan bersahur

 Gambar Dekat : Jangan Jelous Ye...

Gambar Last ni Membuktikan 
Kejelouesan Korang Memang Berasas

Sorry bebanyak... tak leh nak ambil gambar masa sotong naik. Bukan apa.. sibuk banyak.. sotong memang tengah gila. Kalau aku menawarkan diri untuk ambil gambar.....sah aku akan berjaya dikalahkan oleh Si Mat dari segi tangkapan terbanyak dan terberat. kih..kih

Balik pukul 3.30 pagi... nak singgah kedai minum air... kedai makan sume tutup. Letih puasa kot.. balik rumah mandi... tidur. Esok nak tunjuk gambar kat member sorang lagi... Bahari. Biar dia kena racun sikit. Bila ajak mencandat jual mahal...letihlah.. macam-macam alasan. Jaga mu esok..

Paling best masa kat tempat kerja...mata masing-masing kuyu dan mengantuk. Bila orang tanya kata taddarus... kih.. kurus pahala puasa aku. Thats all.. Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing