PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 August 2011

Tinjauan Lokasi 4A

Salam blogging dan terima  kasih kepada semua pelawat dan yang sudi menjadi follower di sini. Kali ini, Abe Din akan memperkenalkan satu lagi lokasi candat sotong mabang yang berpotensi di Pantai Timur iaitu di Negeri Pahang. Lokasi yang dimaksudkan ialah Pulau Ular yang teletak di Sungai Ular, Cherating, Pahang.

Tiga minggu lepas, Abe Din sempat berkursus di salah sebuah Resort yang cukup hampir dengan lokasi pulau berkenaan. Disebabkan Abe Din pergi atas urusan kerja, maka niat untuk melawat pulau berkenaan masih menjadi impian hingga kini.

Bagi yang bercadang untuk memancing ikan atau mencandat sotong di sekitar pulau ini, anda boleh menggunakan lebuh raya menghala ke Cherating. Di sini juga Abe Din paparkan sekali maklumat berkaitan sewaan bot dan lokasi menginap yang paling hampir.


Pulau Ular : Pandangan dari Sanctuary Resort Cherating

Papan tanda berdekatan jalan masuk ke lokasi bot

Pemberitahuan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Pahang

Satu lagi papan tanda di lokasi bot

Maklumat kepada pelawat dan pemancing

Lokasi menginap : Sanctuary Resort Cherating

Papan tanda di Sanctuary Resort Cherating

Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu anda untuk bertandang ke sini.
Abe Din.

7 comments:

  1. abe din macey pemandu pelancaong dh rain tgk hehe..

    ReplyDelete
  2. Bleh tumpang skali dok pergi mencandat sotong... bila-bila lah, lepas raya ker... tapi nak bawa 2 org lagi... bleh...

    ReplyDelete
  3. Ajak kite(3 orang) skali pergi candat sotong bleh...kalu bleh brp bayaran yang kite kena bayar...

    ReplyDelete
  4. Salam Rain: Tak le sampai jadi pemandu pelancong...cuma nak bagi kemudahan dan bantu peminat2 sotong untuk ke lokasi... Rain xnak cuba ke..?

    ReplyDelete
  5. Min: Cadang nak wat trip lepas raya di pulau ular... sotong pun lum tau ada ke tidak?... kalau ikan sure ada kat pulau ular tu..kalau cak cari sotong torak Abe Din kena bincang ngan toke bot2 dulu.. lum kenal lagi pun...

    ReplyDelete
  6. Ikan pun ikan laa janji bleh mancing... kalu ada rezeki ajak la kite...

    ReplyDelete
  7. balas kinjungan sotg...:))follow u....

    ReplyDelete

Blogger Pancing