"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.
Showing posts with label Blog Sotonglaut. Show all posts
Showing posts with label Blog Sotonglaut. Show all posts

17 October 2015

Majalah UMPAN Volume 34

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini ambe nak bagi suprise kepada korang semua. Hehe... saje jer bagi suspen sikit. Untuk pengetahun korang semua, team tegar sotonglaut telah dipilih untuk mengisi salah satu slot yang terdapat di dalam Majalah Umpan Volume 34, Keluaran Oktober 2015.


Trip dirancang sekian lama setelah disapa melalui e-mail oleh penulis dengan nama pena Wan Tasek, telah selesai dilaksanakan pada pertengahan 2015. Perancangan yang tertangguh hampir setahun. Walaupun kumpulan ini tidak begitu ramai, kami dari team sotonglaut sangat berterima kasih kerana diberi peluang menghiasi Malajah UMPAN.

Artikel berkaitan trip telah dimuatkan pada halaman 24-29 di dalam Majalah UMPAN. Setidak-tidaknya ia menjadi satu pengenalan kepada pemancing baru dan lama untuk sama-sama mencuba casting sotong mengabang secara landbase. Walaupun banyak perkara yang perlu diceritakan berkaitan casting sotong tetapi ia sudah memadai sebagai permulaan. UMPAN sebagai salah satu media yang mampu memperkenalkan casting mabang secara landbase di Malaysia. Terima kasih dari kami semua




Di Jepun, telah ada majalah khas dan akhbar yang diwujudkan hanya untuk membincangkan tentang casting sotong. Kita di Malaysia, masih jauh walaupun permulaannya sudah terbuka luas. Jari-jari kecil ambe ini tidaklah begitu gagah untuk memperkenalkan casting mabang kepada seluruh pemancing di negara kita secara bersendirian. Sebab itulah ambe memerlukan satu medium yang lebih kuat untuk sama-sama mempromosi dan memperkenalkan teknik-teknik berkaitan casting sotong kepada umum.

Pernah dua tahun lepas, ambe cuba menawarkan diri untuk memperkenalkan maklumat berkaitan casting sotong kepada sebuah majalah memancing yang agak popular di negara kita tetapi tiada balasan. Mungkin juga cerita casting mabang tiada value keuntungan untuk majalah mereka. Mungkin kita tidak belajar dari negara-negara lain bagaimana mereka mempromosi sukan memancing dari soft plastic, jingging, light jigging, popping dan pelbagai lagi keadah-kaedah baru dan ternyata dia bukan sahaja menjadi ikutan pemancing di negara mereka tetapi juga di negara kita.




Di dalam bidang penerbitan, janganlah kita terlalu mengejar keuntungan tetapi tanggungjawab kepada pembaca juga perlu dilaksanakan. Maklumat terkini dan baru perlu didedahkan. Jika boleh diibaratkan seperti seorang ahli sains yang bertanggungjawab, tidak akan menyembunyikan segala penemuan baiknya untuk kebaikan umum. Segalanya akan diwar-warkan kerana sesuatu penemuan baru adalah hak orang ramai

Sehingga kini, ambe masih gigih menulis dan menaip untuk memperkenalkan kaedah casting sotong kepada penduduk negara kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Australia dan China. Dengan tujuan itu jugalah http://sotonglaut.blogspot.com masih gigih berkongsi ilmu dari tangan kecil ini. Blog sotong pertama di Malaysia dan di dunia yang dibangunkan khas untuk membincangkan subjek utama, sotong. Semoga ia terus kekal dengan misi dan visinya.





Bagi mereka yang masih belum membaca artikel ini, boleh dapatkan UMPAN Oktober. Semoga apa yang dikongsikan di sana, bukan sahaja casting sotong tetapi juga maklumat-maklumat berkaitan pancingan ikan dapat dimanfaatkan oleh anda. Dapatkan segera....





Di ruang yang kecil ini, ambe dan team sotonglaut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penulis, Wannazir Wanosman dengan nama pena Wantasek serta Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah, Editor UMPAN yang sangat prihatin, juga tidak lupa kepada tekong Nuar yang banyak membantu team kami. Semoga apa yang diusahakan akan memberi manfaat untuk semua. Terima kasih daun keladi, jumpa Lagi-Abe Din


Read more >>

04 October 2013

Salam Dari Kuantan

Selamat berkunjung kepada semua pengunjung dan pelawat. Pada post kali ini, aku nak perkenalkan kepada korang sume dengan seorang lagi sahabat baru sotonglaut. Sahabat yang aku maksudkan itu ialah Mohd Zulkifly dari Kuantan, Pahang.

E_mail, aku terima pada 5.57PM, 24 September 2013 bersamaan hari selasa. Beliau boleh dikatakan kerap juga mencandat dan mengewang sotong sekitar Benteng Pemecah Ombak Gebeng, Pantai Pelindung Beserah dan teluk Tongkang Pelindung. Beliau juga menyertakan dua keping gambar digital untuk tatapan korang sume.

 Mohd Zulkifly dari Kuantan

Jika korang berminat untuk menghubungi beliau, bolehlah menghantar e-mail menggunakan alamat bigbug_yn@yahoo.com. bukan apa.... kalau korang tersesat ke Kuantan boleh juga le ajak Zul melawat dan mencuba lokasi terbaik di sana. Orang kata sotong pemecah ombak kat sana... memang power giler. Bila lagi korang nak test..

 Mabang yang berjaya beliau candat

Bagi korang yang masih belum hantar gambar korang bersama sotong ... bile lagi nak hantar. Kongsi-kongsi le dengan orang lain. Jangan kedekut sangat pengalaman tu.... kalau ada story berkaitan sotong pun ok gak. Blog buruk aku ni... tanpa segan silu akan publish pengalaman korang dengan syarat ia bersesuaian dengan tema blog sotonglaut.

Salam perkenalan bagi pelawat yang baru tiba ke sini. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.
Abe Din.
Read more >>

14 January 2012

Evolusi Blog 2

Selamat datang sume pengunjung sotonglaut. Korang apa khabo?
Lama sungguh ambo dok gi mancing sotong...musim sejuk dan banjir sekarang ini semakin membataskan pergerakan dan aktiviti ambo. Sotong memang dak singgah di pantai musim ni. Ombak setinggi galah memang menakutkan. Korang jangan ke pantai..bahaya. Malang memang tak berbau.
 
Boring dok saje.. ambo rajinkan diri untuk bagi sedikit info ringkas tentang blog ambo ni. Sekian lama sejak blog ini mula berada di zon maya semenjak April 2010... dah macam-macam yang dimuatkan di sini. Blog Google ni pun dah beberapa kali mengalami perubahan dari segi penampilan dan pengisiannya. Seiring dengan perubahan ini, ambo juga beberapa kali membuat pembaharuan kat blog ambo ni.. terutamanya dari segi kandungan dan pengisian. Paling ketara adalah perubahan header yang menjadi pengenalan pada blog.


 Header Pertama yang Digunakan

Header pertama yang ambo gunakan diberi nama Sotong Mania yang menggambarkan peragai gila mencandat sotong. Latar belakang bulan menunjukkan sifat dan perangai sotong yang kerap keluar pada waktu malam dan paling galak ketika bulan mengambang. Dua jenis sotong dipaparkan sekali iaitu sotong mabang dan jarum.


 Header berikutnya yang Ambo Guna

Header kedua pula dicipta mungkin sebab ambo dah boring kat header lama tu..Header baru ini diletak latar belakang biru laut bagi memberi gambaran tentang habitat sotong. Ambo dah tak guna nama Sotong Mania.. kerana bagi ambo istilah berkenaan nampak terlalu fanatik... mancing dok kira makan dan dok ingat rumah tangga. Ambo kalau boleh tak mahu orang ikut perangai dok molek tu... ambo nak korang menjadi pemancing dan pencandat yang lebih profesional.

Gambar sotong telah ditambah iaitu sotong kurita dan sotong katak juga sotong torak. Sume gambar diframekan bagi memberi gambaran tentang siri-siri atau tajuk-tajuk yang bakal ambo paparkan kat dalam blog ni. Ambo juga letak alamat blog (takut korang lupa) dan E-mail.. mana tahu kalau korang nak tanya apa-apa. Bendera dan logo Terengganu ambo tambah sebagai tanda penghargaan ambo pada negeri Terengganu tempat lahirnya blog ini dan tempat bermulanya pengalaman ambo. 10QQQ.


 
 Dua Header Pada Tahun 2011

Dua header di atas pula seakan-akan serupe je.... bezanya ialah background header. Header tahun 2011 ni nampak lebih meriah dan ceria sedikit seiring dengan semangat ambo dalam berblogging. Cuma pada header ke dua..ambo delete dia punye background kerana pada masa tu background blog ambo juga telah ditukarkan kepada putih. Bukan apa, supaye ia nampak lebih sedondon.


 Header terbaru blog Sotonglaut

Pada tahun 2012...ambo tukar lagi header Sotonglaut. Bukan ape... korang yang datang kat sini sekali-sekali pun rase jemu juga kalau tengok header yang sama je...Ambo pun jemu gak.. langsir rumah pun orang tukar. Pada kali ni ambo letak gambar orang sedang mencandat bagi memudahkan pengunjung baru memahami jenis blog ini... kihkih... blog pancing sotong. Ambo juga letak surat beranak blog ni..17 April 2010 iaitu tarikh blog ini dilahirkan ke dua maya. Lahir tanpa ibu...kuikui.

 Logo Terengganu Kite

Aku bercadang tahun 2012 ini..ambo akan tambah logo ini bagi menghargai negeri tempat aku menimba dan mengaplikasi ilmu menyotong. Ambo pun nak kabo kat korang bahawa negeri Terengganu ini ialah salah satu negeri yang kaya dengan sumber dan spesies sotong. Best ooo...

Dulu, Kini dan Esok Lum Tahu Lagi..

Sehingga kini dan saat ini...ambo tetap tokse tukar logo yang memaparkan gambo ambo...Logo ni ambo jumpe dalam google...dok come pun...tapi ntah nape, ambo sayang sungguh dengan logo ni walaupun die dok le come mane..Ambo pun dok bercadang nak gantikan logo ni dengan gambo sebenar ambo..bukan ape takut nanti jadi glamer lak... Sekarang mungkin tidak..satu hari nanti mungkin ambo akan replace gambar ambo dengan logo ni. Bile yer..Emmm..

Buat masa ni, bior le ambo tidak dikenali melalui gambor sebenar....bagi ambo siape itu tidak penting...yang penting apa yang ditulis dan sejauh mane ia bermanfaat untuk orang lain. Penat dah merepek...nanti kalau panjang umo kita bersua lagi..bereh. Bye.
Abe Din
Read more >>

10 March 2011

Evolusi Blog

Salam sejahtera untuk semua pengunjung sotonglaut.blogspot.com/
Pada kali ini, Abe Din akan menceritakan serba sedikit mengenai penghasilan blog sotonglaut pada peringkat awal pembinaan.

Dahulu blog sotonglaut dikenali sebagai blog SOTONG MANIA. Blog ini mula dibangunkan pada hari Sabtu, 17 April 2010. Misi utama pembinaan blog ini adalah untuk memberikan sebanyak mungkin input kepada pengunjung di Malaysia dan Nusantara berkaitan dengan pancingan sotong yang lebih dikenali sebagai "candat sotong" di Terengganu.

 Blog pertama yang dihasilkan pada April 2010

Rakan-rakan pancing terdekat agak sedikit terkejut di atas penghasilan blog sotong ini kerana mereka semua tahu bahawa Abe Din adalah kaki pancing ikan yang sudah sampai ke tahap mania. Mereka berpendapat sepatutnya blog ikan yang dihasilkan dahulu.

Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa disamping memancing ikan, Abe Din juga telah mula melakukan pancingan sotong sejak lebih 10 tahun. Bermula dari modal kecil sehingga modal yang besar dengan menyewa bot untuk pergi memancing. Selalu juga Abe Din dipelawa oleh nelayan tempatan pergi memancing di laut. Dari situlah Abe Din mengutip dan mengumpul satu persatu pengalaman hidup orang laut.

Abe Din juga mula melihat gelagat pemancing-pemancing baru yang kecundang di laut disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang pancingan sotong. Mereka mengeluarkan belanja sewaan dan perjalanan yang bukan sedikit hingga mencegah ribuan ringgit sekumpulan hanya untuk mencandat sotong. Paling menyedihkan hasilnya tidak setimpal dengan pelaburan yang dibuat. Ada juga yang mengikut trip hanya disebabkan terpengaruh dengan cerita kawan yang menyertai trip sebelumnya. Muntah, letih, lesu,  kekecewaan adalah perkara biasa yang Abe Din perhati dan lihat.


Bertitik tolak dari situ, Abe Din membulatkan tekad untuk membangunkan blog khusus tentang pancingan sotong bagi memberikan sebanyak mungkin info berguna kepada semua pemancing sotong yang lahir bagai cendawan tumbuh. Tambahan pula tiada blog atau laman web yang membincangkan teknik pancingan sotong secara terperinci dan konsisten.

Sesungguhnya penghasilan blog ini bukan untuk tujuan komersial atau mahu menyaingi sesiapa. Lebih tepat lagi ia hanyalah satu tanggungjawab sosial Abe Din kepada golongan pemancing di Malaysia dan Nusantara. Ilmu yang ada tidaklah banyak, Abe Din hanya ingin berkongsi dan membantu.

Dengan lahirnya blog ini, Abe Din telah mendapat ramai kenalan dan kawan dari merata pelusuk termasuk Singapura dan Brunei. Banyak juga soalan yang ditanya dan proses bertukar fikiran berlaku cukup baik. Abe Din tetap berharap suatu hari nanti, aktiviti pancingan sotong akan mencipta rekod dan sejarahnya yang tersendiri dalam dunia pancingan di Malaysia.

17 April 2011, blog ini genap setahun berada di alam siber. Terima kasih kepada semua pelawat. Semoga sokongan anda akan memberi semangat kepada Abe Din untuk terus bercerita dan berlipurlara tentang sotong. Doakan kejayaan sotonglaut.blogspot.com/  
-Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing