"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 March 2011

Melembut Sotong

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. 

Pada kesempatan ini, Abe Din ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih semua pengunjung terutama individu yang sudi menjadi pengikut blog sotonglaut ini. Abe Din berharap semua info yang terdapat di laman ini akan dapat disebar luas dan dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan melawat blog kecil ini kepada

Pada post kali ini, Abe Din akan menerangkan serba sedikit petua bagi melembutkan daging sotong. Sotong sememangnya satu hidangan yang istimewa bagi penggemarnya. Ramai di antara kita yang tidak begitu mengambil tahu tentang cara dan teknik penyediaannya. Antara cabaran memasak sotong ialah letupan minyak panas dan kesabaran melembutkan dagingnya.

Di antara beberapa jenis sotong, sotong mabang, sotong katak dan sotong kering mempunyai daging yang agak liat. Jika tidak kena cara penyediaannya, memang sukar untuk dimakan. Sotong jenis lain seperti sotong jarum, cumi-cumi, ketupat dan torak mempunyai struktur isi yang lebih lembut dan sedap dimakan.


Gambar di atas menunjukkan dua jenis sotong di dalam kategori yang keras dan liat struktur  dagingnya iaitu sotong mabang dan katak.  Sotong jantan bersaiz besar lebih liat dari sotong betina. Sotong bersaiz kecil pula lebih lembut dagingnya.

Cara melembutkan sotong katak dan sotong mabang
1-Bersihkan sotong dan buang kulitnya
2-Belah sotong kepada dua bahagian dan buka isinya
3-Ambil kayu atau lesung batu bersih
4-Ketuk setiap bahagian daging (jangan ganas... nanti hancur)
5-Basuh sekali lagi dan potong ikut citarasa kita sebelum dimasak
6-Cara lain : Mengelar daging secara halus dan rapat tanpa putus
7-Buat bentuk seperti jaring pagar
8-Potong ikut saiz dikehendaki dan masak.

~Jika sotong berkenaan bersaiz besar dan tentunya liat, elakkan memasaknya dengan kombinasi masam kerana masakan masam seperti tomyam akan menyebabkan dagingnya semakin mengecut, memendek dan liat

 ~Jangan masak sotong terlalu lama-kalau buat gak.. sah liat
~Di negara barat, penduduknya mencampur beberapa jenis bahan kimia yang bertindak sebagai enzim pelembut daging.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sukar untuk dinafikan bahawa sotong kering memang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun diwar-warkan akan bahaya sotong kering, peminatnya macam tidak ambil kisah. Di Terengganu, untuk membeli sotong kering memang mudah. Ada yang dijual di tepi-tepi jalan sahaja. Pusat jualan tentunya di pasar payang, Kuala Terengganu. Harganya pula boleh dikira berpatutan dan boleh tawar menawar macam beli kain. Memang best..



Cara melembutkan sotong kering
1- Cara turun-temurun : Rendam sotong di dalam air panas. Biarkan lembut seketika kemudian dipotong mengikut citarasa sebelum dimasak.
2- Cara lain-Rendam sotong kering di dalam abu tanah bakar atau abu kayu pun boleh dalam masa lebih kurang setengah jam sebelum dipotong ikut citarasa dan dimasak.

Info tambahan: Abu yang digunakan perlu dilarut dalam air dulu (lagi pekat lagi bagus).. lepas tu, rendam sotong kering korang dalam larutan berkenaan. Sebelum masak korang basuh le dulu, kemudian potong ikut citarasa korang dan terus buleh masak. Beres...

Diharap info yang diberi dapat digunakan oleh tukang masak terutamanya suri rumah. Jika ada teknik dan cara lain boleh hantar komen anda untuk kita sama-sama berkongsi. Jangan sorok ilmu... tak baik

Hingga berjumpa lagi pada post akan datang. Jaga diri..
Abe Din

18 comments:

  1. Thаnks , I hаve јust been lоoking for
    іnformatiοn apрroximаtely thіѕ topiс foг a while anԁ yоuгs іs the greatest
    I hаѵe dіscovered ѕo far.

    Вut, what about the bottom line? Arе уоu positivе in regаrԁs to thе ѕourcе?
    My blog :: forexbroker.info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous: Semua info adalah sekadar petua, dan dari sedikit pengalaman hidup Abe Din. Selamat mencuba. ThanksForVisit..

      Delete
  2. Syukran abe din...amvo kat cairo no klaw nk beli air abu memey x dok...boleh guna tknik abg din...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-faqir: Apa khabar ore jauh... takdok ke gambor candat sotong kat sana. Kalau ada send le kat ambe. Buleh share dengan gang-gang kat sini.

      Delete
  3. Info sangat berguna, terima kasih saya akan kongsikan juga

    ReplyDelete
  4. Tima kasih atas info...bru je bli sotong katak semalam...xtahu plak dia nie spesis liat...

    ReplyDelete
  5. Abu rokok boleh ker?
    Abu kayu susah nak cari,maklumlah disini pakai dapur gas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambe tak pernah cuba. Jangan le pakai abu rokok... banyak bahan beracun dalam tu. Takut jadi lain nanti. Huuuu...

      Delete
  6. Assalamu'alaikum. Nak tanya... adakah sotong mabang yg kembang tu merupakan sotong kering yg telah direndam sampai kembang? Di Australia ni takde sotong kembang. Yg ada sotong kering je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong basah yang kembang adalah sotong yang diawet menggunakan cecair dan sedikit pengawet agar tahan lebih lama. Sotong kembang tidak semestinya dihasilkan dari sotong mabang... spesies sotong besar yang lain juga boleh diawet menggunakan kaedah berkenaan.

      Delete
  7. rendam sotong dgn kiwi merupakan salah satu cara melembutkan sotong
    . #mykitchenrules

    ReplyDelete
  8. Abe Din, bolehkah kita melembutkan sotong besar dan daging lembu dengan induction cooker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tek pernah cuba lagi guna induction tapi kalau pressure cooker memang boleh sangat.

      Delete
  9. sy xjupe kedai yg jual abu utk lembutkn sotong kering... sy hanya rendam semalaman ngn air biasa... agak2 ptg ni nk masak, liat x sotong nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abu tak perlu beli..cukup sekadar abu dari bakaran kayu api.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing