"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

20 October 2015

Sotong Goreng KFC

Selamat datang ke blog sotonglaut. Semoga semua sihat hendaknya. Baru-baru ini sempat ambe berjalan-jalan di sebuah pasar tani di bandar Chukai, Kemaman. Sambil meninjau-ninjau barang-barang yang dijual, mata terpandang kepada sebuah gerai yang menjual sotong goreng ala-ala ayam KFC.

Ambe dan rakan datang lebih dekat ke gerai berkenaan untuk melihat teknik masakannya. Apa yang ambe perhatikan, cara penyediaannya hampir menyerupai dengan cara ayam digoreng. Selepas beberapa minit, try tanya harga, RM8 seekor. Terus minta...

Ada dua perasa spicy dan biasa. Nampak memang sedap dan menyelerakan. Saing ambe tak sempat sampai rumah terus ngap. Kalau korang berpeluang ke Kemaman, jangan lupa singgah di sini... di Pasar Tani Chukai setiap Jumaat dan satu lagi lokasi di Pasar Malam Binjai. Memang sedap jika hendak dibandingkan dengan sotong goreng biasa yang mudah ditemui di Pantai Dungun dan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Bagi ambe sotong yang digoreng di sini lebih power.


Tak sempat-sempat sampai rumah


Label yang tertera pada gerai


Pandangan pertama sudah menyelerakan


Minyak disejat dahulu sebelum dibungkus


Perasa biasa dan spicy


Teknik goreng menggunakan minyak yang banyak


Mari-mari, cuba rasa sekali..


Kalau korang datang kemaman, cuba-cubalah cari sotong goreng di pasar tani. Kalau tak jumpa juga, boleh cari ambe...hehe. Ambe belanja terus. kukui... Hingga jumpa lagi-Abe Din

Read more >>

17 October 2015

Majalah UMPAN Volume 34

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini ambe nak bagi suprise kepada korang semua. Hehe... saje jer bagi suspen sikit. Untuk pengetahun korang semua, team tegar sotonglaut telah dipilih untuk mengisi salah satu slot yang terdapat di dalam Majalah Umpan Volume 34, Keluaran Oktober 2015.


Trip dirancang sekian lama setelah disapa melalui e-mail oleh penulis dengan nama pena Wan Tasek, telah selesai dilaksanakan pada pertengahan 2015. Perancangan yang tertangguh hampir setahun. Walaupun kumpulan ini tidak begitu ramai, kami dari team sotonglaut sangat berterima kasih kerana diberi peluang menghiasi Malajah UMPAN.

Artikel berkaitan trip telah dimuatkan pada halaman 24-29 di dalam Majalah UMPAN. Setidak-tidaknya ia menjadi satu pengenalan kepada pemancing baru dan lama untuk sama-sama mencuba casting sotong mengabang secara landbase. Walaupun banyak perkara yang perlu diceritakan berkaitan casting sotong tetapi ia sudah memadai sebagai permulaan. UMPAN sebagai salah satu media yang mampu memperkenalkan casting mabang secara landbase di Malaysia. Terima kasih dari kami semua




Di Jepun, telah ada majalah khas dan akhbar yang diwujudkan hanya untuk membincangkan tentang casting sotong. Kita di Malaysia, masih jauh walaupun permulaannya sudah terbuka luas. Jari-jari kecil ambe ini tidaklah begitu gagah untuk memperkenalkan casting mabang kepada seluruh pemancing di negara kita secara bersendirian. Sebab itulah ambe memerlukan satu medium yang lebih kuat untuk sama-sama mempromosi dan memperkenalkan teknik-teknik berkaitan casting sotong kepada umum.

Pernah dua tahun lepas, ambe cuba menawarkan diri untuk memperkenalkan maklumat berkaitan casting sotong kepada sebuah majalah memancing yang agak popular di negara kita tetapi tiada balasan. Mungkin juga cerita casting mabang tiada value keuntungan untuk majalah mereka. Mungkin kita tidak belajar dari negara-negara lain bagaimana mereka mempromosi sukan memancing dari soft plastic, jingging, light jigging, popping dan pelbagai lagi keadah-kaedah baru dan ternyata dia bukan sahaja menjadi ikutan pemancing di negara mereka tetapi juga di negara kita.




Di dalam bidang penerbitan, janganlah kita terlalu mengejar keuntungan tetapi tanggungjawab kepada pembaca juga perlu dilaksanakan. Maklumat terkini dan baru perlu didedahkan. Jika boleh diibaratkan seperti seorang ahli sains yang bertanggungjawab, tidak akan menyembunyikan segala penemuan baiknya untuk kebaikan umum. Segalanya akan diwar-warkan kerana sesuatu penemuan baru adalah hak orang ramai

Sehingga kini, ambe masih gigih menulis dan menaip untuk memperkenalkan kaedah casting sotong kepada penduduk negara kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Australia dan China. Dengan tujuan itu jugalah http://sotonglaut.blogspot.com masih gigih berkongsi ilmu dari tangan kecil ini. Blog sotong pertama di Malaysia dan di dunia yang dibangunkan khas untuk membincangkan subjek utama, sotong. Semoga ia terus kekal dengan misi dan visinya.





Bagi mereka yang masih belum membaca artikel ini, boleh dapatkan UMPAN Oktober. Semoga apa yang dikongsikan di sana, bukan sahaja casting sotong tetapi juga maklumat-maklumat berkaitan pancingan ikan dapat dimanfaatkan oleh anda. Dapatkan segera....





Di ruang yang kecil ini, ambe dan team sotonglaut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penulis, Wannazir Wanosman dengan nama pena Wantasek serta Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah, Editor UMPAN yang sangat prihatin, juga tidak lupa kepada tekong Nuar yang banyak membantu team kami. Semoga apa yang diusahakan akan memberi manfaat untuk semua. Terima kasih daun keladi, jumpa Lagi-Abe Din


Read more >>

Cucur Mabang Berlada Hitam

Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini ambe nak share satu resipi ciptaan ambe berasaskan bahan utama sotong. Untuk pengetahuan korang resipi ini ambe cipta untuk dimuatkan dalam Majalah Umpan keluaran Karangkraf. Alhamdulillah.. resipi ini telah diterima dan dimuatkan di dalam UMPAN Volume 34, keluaran Oktober 2015.





Jikalau korang berminat untuk mencubanya korang kena dapatkan Malajah UMPAN dahulu. Cucur Mabang Berlada Hitam direka untuk dimakan oleh penggemar-penggemar sotong dengan cara yang sedikit berbeza. Ambe memilih sotong mengabang kerana keadaan struktur isinya yang liat dan pejal. Korang boleh juga mencuba sotong jenis lain yang lebih lembut jika berminat.

Semoga apa yang ambe kongsikan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Hingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing