PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

01 June 2013

Jemputan VVIP

Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pelawat sotonglaut.blogspot.com/. Pada post kali ini ambe ingin menjemput sesiapa sahaja untuk menjadi kenalan dalam blog buruk ambe ni... lebih kurang macam followers jugaklah tapi lain sikit.

Anda hanya perlu menghantar sekeping gambar (anto banyak pun boleh.... tp ambe pilih sekeping je)  melalui e-mail ambe.. colourless_orchid@yahoo.com. Gambar anda dengan sotong... tak kire sotong katak, torak, jarum, kurita di lokasi pancingan, pasar, rumah atau kat mana sahaja. Sotong mesti sotong betul le... mainan tak boleh. Untuk lebih adil kepada kaum hawa yang bukan semua boleh dapat pergi mencandat... masakan sotong pun boleh tapi gambar anda kena ada jugak le..

Gambar tu bior le kreatif sikit masa snap tu... Sume orang boleh hantar... kanak-kanak, bayi, orang tua, orang muda, datuk, nenek, pak cik, makcik, artis, bukan artis, yang tidak terkenal pun boleh... sotong pun boleh... kihkih.


Korang bagi sekali nama panggilan korang dan sedikit info... kalau korang bagi info yang banyak... jika sesuai ambe akan buat satu post khas untuk korang dan akan dipost dalam blog ambe. Emm... glamer lah korang nanti.

Sume gambar yang dipilih akan ambe publish di dalam ruangan kenalan seperti dalam gambar kat atas... dalam ruangan tu dah ada dua orang pemuda yang hantar e-mail pada ambo suatu ketika dulu... diorang ni macam perintis jugak le... lebih kurang.

Ambe harap... ia akan dimanfaatkan dan mencambahkan lagi idea dan kreativiti anda di dalam dunia fotografi. Opps.... sebelum ambe lupa... gambar menjolok mata dan kurang sopan...tak terima ye.. maaf bebanyok. Satu lagi gambar yang diedit secara ekstrim menggunakan software seperti fotoshop tidak digalakkan. Biar kamera murah dan tak cantik tapi original. Originality penting tau.

Selamat menge-mail gambar kat ambe
Abe Din

6 comments:

  1. Wah teringinnya nak mencandat.....dah musim sekarang ya...hingga kini belum berkesempatan...a

    ReplyDelete
  2. Ok abe Din. Kawe baru je lepas gi candat kat Marang ari tu. Kali pertama pegi laut bergelora. Habis semua tergolek termasuk la tekong..Kali kedua ambe pegi, laut ok, tenang, cuma hujan rintik2 jaa..Nanti ambe email gambo ambe gi candat tu...

    ReplyDelete
  3. eshard: Beres bos... 10Q kerana sudi berkongsi pengalaman anda. Semoga ada lagi yang akan hantar dan share pengalaman diorang kat sini. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. Tokan: Musim sotong dah tiba... cuma cuaca sekarang kerap berubah. kalau tak kena gaya... trip boleh gagal.

    ReplyDelete
  5. Mmg pengalaman betul candat sotong nih. Best tak terkira bila sotong memeluk candat. aAbis candat ambe koyak rabak termasuk la candat cap ayam ambe. habis kene gomo. Candat murah beli kat kedai Daisho japan tu jer. Kecik ke, besar ke harga RM5. Mmg ganas sotong nih. Syok betoi narik sotong....

    ReplyDelete
  6. eshard: Pengalaman yang best tu lah yang membuatkan Abe Din beriya-iya mempromosi pencingan sotong ini kepada pemancing di Malaysia. Semoga ramai lagi yang dapat merasakan pengalaman ini. 10Q eshard.

    ReplyDelete

Blogger Pancing