PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 January 2017

Fenomena Jig Vietnam

Salam kunjungan buat semua pelawat dan rakan-rakan blog sotonglaut. Selamat menyambut tahun baru 2017 untuk semua. Bila masuk tahun baru, persediaan menyambut musim eging dibuat dengan rapi. Ada yang tambah mesin baru, joran baru dan tak kurang juga yang mengumpul jig-jig terbaru sebagai persediaan menyambut musim eging di Pantai Timur yang dijangka bermula pada bulan Mac.




Rakan-rakan di Pantai Timur hanya mampu memandang gelombang kuat yang sedang melanda. Nak mancing ikan pun takde mood.. eging lagi le tak boleh. Pada post kali ini, aku nak berkongsi tentang kehadiran jig Vietnam yang secara senyap telah mula menembusi pasaran tempatan. Jig jenis ini banyak digunakan oleh nelayan-nelayan bagi menjerat sotong mabang. 

Dalam bulan Januari baru-baru ini, aku sempat merayau-rayau di kawasan pantai berdekatan dengan tempat kerja. Secara tidak sengaja bertemu beberapa ekor jig Vietnam yang hanyut ke pantai. Jig jenis ini sebenarnya digunakan secara meluas oleh nelayan pesisir. Salah satu punca jig ini menjadi pilihan adalah kerana harganya yang murah iaitu diantara RM5-6 bagi seekor jig bersaiz 3.5.








Walaupun jig ini tidak semahal jig Yamashita, kemampuannya menjerat sotong mabang tidak boleh dipandang ringan. Telah terbukti keberkesanannya hinggakan ada pencandat landbase yang sudah mula menggunakan jig jenis ini. Dari sedikit pemerhatian yang dijalankan, didapati jig jenis ini sangat ringan dan mempinyai daya apungan yang sangat tinggi. Mudah nak beritahu, jig Vietnam adalah jig dari kumpulan slow sink. Walaupun luarannya tidak begitu menarik, penambahan plastik warna di belakang kain mampu menarik pehatian sotong dengan cukup berkesan.






Aku berpendapat, jig ini memang sesuai digunakan oleh nelayan laut memandangkan harganya yang murah dan jika tersangkut masih berbaloi berbanding jig lain seperti Yamashita. Jig ini juga sesuai digunakan apabila kita berada seorang di lapangan eging. Jika eging dalam jumlah yang ramai, jig mahal masih berada di puncak pilihan sotong. Jig Vietnam akan lebih berkesan jika dibuat pengubahsuaian seperti penambahan luminous paint dan sticker yang sesuai. Kalau terjumpa.. cuba beli dan test di lapangan. Jika ada jig yang mampu menarik perhatian sotong dengan baik apa salahnya kita mencuba. Tambahan pula harga jig ini sangat murah. Selamat eging untuk semua-Abe Din.


Read more >>

Hujung 2016 Dari Kota Singa

Salam kunjungan untuk semua. Belum habis hidung berdarah tengok post Ikhwan dari Sabah. Masuk pula gambar racun dari Singapura. Apiz dan Suad tak habis-habis bawa naik sotong mabang. Nampaknya terus berdarah le hidung jawabnya. 

Pantai Timur bergabung eging, Singapore dan Sabah makin menjadi-jadi pula sotong kat sana. Mungkin sotong pantai timur menyorok di pulau-pulau kat sana.

Maklumat eging dari kota singa
Rod: Evergreen Poseidon Imperial Squidlaw 86L
Reel: Daiwa Luvias 2508PE-H
Line: Duel x-wire4
Leader: Unitika Snap
Jig: Daiwa dart II 3.0 Basic, Egimaru 3.5, Yamashita 3.0 Rattle.

Walaupun tak dapat nak eging, dapat tengok gambar hasil orang pun jadilah-Abe Din


Tarikh  Berita Masuk : 11 Desember 2016










Tarikh  Berita Masuk : 6 Januari 2017


Tarikh  Berita Masuk : 22 Januari 2017


Read more >>

22 January 2017

Penghujung 2016 Dari Sabah

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Sejak penghujung Oktober 2016, aktiviti eging di kawasan pesisir Pantai Timur mula menunjukkan tanda-tanda melabuh tirai. Nak dapat sekor dua sotong mabang memang susah kalau eging dari pesisir pantai. kalau ke unjam mungkin boleh lagi nak merasa tarikan mabang. Gang-gang Pantai Timur dah mula nak berkemas peralatan dan mesin. Tengah-tangan dok ketar nak tarik mabang, datang berita dari Ikhwan di Sabah yang sedang bercuti di kampung. Dia tengah pulun mabang kat sana. Kita yang ada kat sini, tengok saja gambar yang dihantar. Rasa macam nak terbang ke Sabah eging sekali. Nak buat macam mana. Telan air liur je la kita. Ramai kaki eging Pantai Timur dah mula beralih kepada pancingan ikan untuk melepaskan gian tak dapat eging. Jadilah sebagai pengubat rindu.

Ikhwan yang sedang bercuti sempat kirim gambar dua tiga keping sebagai tatapan rakan-rakan lain. Lokasi eging, Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah. Tarikh eging : 6 Disember 2016, Jam: 11.00 am-3.00 pm.

Kaum kerabat di Semenanjung, bersabarlah menunggu musim eging yang dijangka akan bermula pada Mac 2017-Abe Din

 Jinak-jinak Sotong Kat Sabah

 Hasil Dari Jig Hadiah

 Umpan Badan Licin pun Boleh Tipu Sang Lembut

 Seekor Mabang Didaratkan Dari Atas Jeti


Read more >>

Blogger Pancing