"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

Rahsia Dakwat Hitam


Menurut Wikipedia Indonesia yang merupakan sebuah eksiklopedia bebas mendefinisikan sotong sebagai ikan 'nus' bertubuh pipih dengan tulang dalam badan yang terbina daripada kapur. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai sotong katak.

Di Malaysia, sotong dikenali dengan lebih luas merangkumi pelbagai spesies seperti torak, katak, jarum, kurita, ketupat, cumi-cumi dan mabang.

Menurut tafsiran daripada Wikipedia The free Encyclopedia, sotong merupakan haiwan invertebrata (tidak bertulang belakang)  yang digolong di dalam kumpulan cephlopod. Kumpulan utamanya termasuklah Squid (sekitar 300 spesies), Cuttlefish (sekitar 120 spesies), Octopus (sekitar 300 spesies), dan naulitus (hanya 6 spesies masih wujud).

Cuttlefish dan Octopus adalah haiwan invertebrata (tidak bertulang belakang) yang paling bijak di dunia. Cuttlefish merupakan kumpulan yang mempunyai relatif otak yang paling besar berbanding badannya jika dibandingkan dengan invertebrata lain.

Di Malaysia kumpulan Squid menyamai sotong torak, cumi-cumi, ketupat dan jarum. Cuttlefish lebih menyerupai sotong katak dan sotong mabang manakala Octopus lebih mirip kepada sotong kurita. Kumpulan Nautilus pula merupakan sotong purba yang hanya boleh ditemui di jurang dalam lautan di kawasan Indo-pasifik.

xplore.18/6/2010-Abe Din

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing