"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.
Showing posts with label Kekili. Show all posts
Showing posts with label Kekili. Show all posts

03 April 2014

Mesin Tempur 2014

Selamat berbahagia dan selamat sejahtera untuk semua pelawat blog sotonglaut. Pada hari ini aku nak share info tentang kekili yang baru aku beli. Selalunya... aku guna kekili murah jer... ada dalam harga RM50. Beberapa bulan tak pakai tak pakai sure rosak. Kikili sotong aku hampir 80% adalah jenis pakai buang yang murah.. kalau nasib baik sampai 3 tahun boleh pakai lagi.

Kali ni... aku nak ubah selera sikit. Nak cuba kekili yang dua kali lebih mahal dari kekili aku sebelum ini. Memang tauke cina tu pandai pujuk aku. Macam serangga jumpa cahaya... tawar lebih kurang... keluar duit bayar. Kalau dia tak bagi kurang pun aku memang tekad dah nak beli. Harga tauke tu letak RM90... kecek-kecek dapat RM75. Tamak sungguh aku... padahal kekili tahun lepas elok lagi. Cer korang tengok kekili aku kat bawah tu...


Jenis Ajiking. TomCat2000. Nampak macam cantik je..
Prestasi tak tau lagi. Nak kena uji dulu..

 
Sekali tengok nampak macam hebat jer...

Ciri dia lebih kurang macam ni... ada 3 ball bearing + 1. Gear ratio 5:2:1. Kalau guna tali berdiameter 20mm boleh isi sampai 90 meter. Aku tengok kat kotak tu banyak lagi info. Semua yang best... takde satupun menceritakan tentang keburukan tentang kekili tu... hihi.

Sebenarnya aku paling tertarik dengan bunyi dragnya. Kalau sotong tarik memang bunyi kuat. Dalam gelap pun orang buleh tahu yang kita sedang berlawan dengan sotong. Makin kuat dan makin kerap bunyi drag makin besar le mangsa yang kena. Tentu gang-gang aku akan jelous nanti. Hehe...

Lepas aku beli kekili baru... terus telefon Nuar, tekong bot... nak tanya perkembangan di Pulau. Menurut beliau, sekarang ni masa peralihan angin monson... cuacapun tidak begitu menentu. Tapi yang best sekali.. sotong dah ada. Dalam kepala ligat mencari tarikh-tarikh trip yang sesuai. Kerja pulak banyak... sampai masa cuti. Ahhh... tahun lepas pun aku sibuk gak tetapi sempat lagi menggewang sotong. Tungguuu... sebenarnya tak sabar dah nak tunggu ni. Hingga jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

13 June 2010

Pemilihan Kekili

Pada post yang lepas saya telah terangkan dengan ringkas prinsip-prinsip asas ketika memilih joran. Secara umumnya joran yang dipilih perlu sesuai mengikut lokasi dan saiz sotong yang hendak dipancing. Bagi saya yang banyak melakukan pancingan pesisir pantai, berat dan panjang joran dijadikan kriteria utama ketika memilih joran yang sesuai.

Joran yang dipilih tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika kekili yang dipadankan tidak sesuai. Kemungkinan kekili terlalu berat atau ringan. Prinsip utama pemilihan kekili ialah berat dan kekuatannya. Kekuatan kekili boleh dilihat pada bilangan bebola kekuli yang digunakan (ball bearings). Pancingan di unjam memerlukan kekili dari jenis kekili ikan bagi menahan tarikan sotong mabang yang besar. Saiznya perlu disesuaikan dengan panjang dan berat joran. Kekili yang lebih berat daripada joran akan mengakibatkan ketidakseimbangan ketika memancing.

Kekili yang terlalu ringan dan kecil akan menghadkan panjang tali yang boleh digunakan. Selalunya kawasan unjam memerlukan tali yang lebih panjang daripada pancingan di pesisir pantai.Pancingan pesisir pantai memerlukan kekili yang sederhana dan ringan. Bagi menambah panjang tali yang boleh digunakan, dapatkan kekili yang mempunyai lurah tali kekili yang lebih dalam dan luas. Bahan yang digunakan bagi membuat kekili juga berperanan dalam menentukan berat kekili.

Anda boleh melakukan ujian ringkas sebelum membeli sesuatu kekili. Cara melakukan ujian ditunjukkan seperti di bawah.

1-Menimbang kekili menggunakan tapak tangan bagi menganggar beratnya agar bersesuaian dengan tangan anda.

2-Menggunakan jari telunjuk dan jari tengah bagi mencangkuk penyendal kekili dengan membuat beberapa henjutan bagi menentukan kesesuaiannya dengan tangan anda.

3-Masih dalam aktiviti ke-2, buat pusingan pada pengayuh ke hadapan dan belakang bagi menentukan adakah jarak pengayuh dan badan kekili sesuai dengan tangan anda.

4-Pastikan pengayuh adalah selesa dengan anda ketika membuat kayuhan.

5-Mengetat dan melongarkan drag sambil memusing hadapan kekili secara sonsang bagi mendengar bunyi drag yang terhasil. Cuba anggarkan kekuatan drag kekili berkenaan.

6-Pastikan bilangan bebola (ball bearings) yang digunakan. Bilangan ball bearings selalunya tercatat pada badan kekili. Semakin banyak bilangan ball bearings semakin mahal harga kekili berkenaan.

7-Ada kekili yang disediakan dengan bekas tali tambahan. Bekas tali tambahan ini sangat penting ketika tali kusut atau putus kerana ia boleh ditukar dengan mudah.

8-Ujian yang paling penting ialah menguji tuan kedai agar memberikan diskaun bagi kekili berkenaan.

Shimano 2500 (3 ball bearings) yang mempunyai bekas tali tambahan

Kekili yang sesuai bagi kawasan unjam adalah berkekuatan 3000 dan ke atas manakala kekili pesisir pantai berkekuatan di antara 1000 hingga 2500. Berikut adalah kekili yang pernah saya gunakan bagi aktiviti pancingan sotong di kawasan pesisir pantai dengan harga sekitar RM30 hingga RM60.

1-Trophy VS05 (5 ball bearings)
2-Tomman Taiki TK2000 (6 ball bearings)
3-Shimano 2500 (3 ball bearings)
4-Tomman Expert3000 (4 ball bearings)

Tomman Expert3000 (4 ball bearings)


Tomman Taiki TK2000 (6 ball bearings)


Trophy VS05 (5 ball bearings)

Pemancing perlu rajin membuat tinjauan di beberapa buah kedai bagi tujuan bandingan harga sebelum membeli sesuatu kekili. Jangan segan untuk tawar-menawar kerana nilai sesuatu kekili tentunya berbeza di antara kedai. Ada juga beberapa kedai mengadakan jualan mega pada pertengahan dan hujung tahun dengan diskaun yang menarik. Semuanya bergantung kepada kemampuan dan citarasa anda. Bak kata pepatah "biar alah membeli tetapi menang memakai"- Abe Din.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing