"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 September 2014

Trip 21/2014B-Pulau

Salam pertemuan kepada semua pengunjung. Seperti yang ambe janji pada post yang lepas... kali ni nak tunjuk hasil yang kitorang dapat kat pulau. Bukan nak menyombong.... nak bagitau kat korang bahawa negara kita yang tercinta ni banyak sotong... cuma orang kita ni tak ramai yang suka mencandat. Ambe ingin mempelawa korang semua... dimana sahaja korang berada agar menjadikan eging sotong sebagai salah satu hobi baru korang yang tentunya boleh dijadikan punca rezeki. 

Tolong le ambe untuk majukan lagi eging sotong di Malaysia. Kalau kat Jepun, Australia, dan beberapa negara lagi... eging sotong ni dah jadi macam satu sukan rekreasi. Kat Malaysia eging sotong masih baru... walaupun blog buruk ambe ni dah beroperasi sejak tahun 2010 lagi. Masih tak jemu-jemu mencurah ilmu sedikit sebanyak agar ramai lagi pencandat sotong akan lahir di Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi membantu. Istimewa kepada majalah kesukaan ramai kerana membantu memeriahkan lagi eging sotong di Malaysia... Malajah UMPAN. Thanks

Haaa. kat bawah tu... hasil kitorang selama sehari semalam di pulau. Tangkapan tak le banyak sangat tetapi trip sekali ni sungguh seronok dan mencabar. Kadang-kadang ambe tersenyum bangga... beberapa saing ambe dah pandai mencari sotong sendiri. Kalau dulu diorang baling jig udang... dapat jig udang semula ataupun dapat tali je... Kali ni, ketika ini, saat ini... setiap balingan kerap disambut sotong-sotong yang terpesona dengan gaya tarian candat mereka. Kerajianan mereka belajar, meniru dan membuat rujukan di internet telah mula membuahkan hasil. Tahniah untuk mereka semua.



Abang Suhaimi bersama sotong saiz boleh tahan
Pendekar kaki sakit dengan ubatnya.. hehe


Hasil sampingan... ikan kerapu. 
Kerapu besar tu.. .tekong Nuar bagi.
Ada lagi tak sempat ambil gambar... pari lalat, pari lang, yu
dan macam-macam ikan lagi le. Alhamdullilah


Sotong yang dibawa bali ke "base camp"
Tuan dia bawa balik... jauh lagi dah senyum. 
Tinggi angkat.. nak suruh mamber tengok


Tangkapan salah seorang peserta trip
Boleh tahannn hasil.


Tangkapan seorang lagi peserta
Boleh tahan juga hasil..


Saiz sotong yang boleh tahan... 
sakit tangan nak naik sekor-sekor
Kalau dah rezeki... tak ke mana.


Tangkapan seorang lagi peserta trip.
Tengok betul-betul... ada ikan yu.
Dia kata sedap buat kari..


Ambe sebenarnya tak sempat nak ambil gambar di lokasi ketika sotong makan... terlalu sibuk melayan sang lembut. Banyak gambar yang dihantar selepas diorang balik ke rumah masing-masing. Seorang peserta .... tak send gambo sebab..hehe, telefon "dua singgit". Sorang lagi tak send sampai bila-bila... sebab.. sekor sotong pun dia tak dapat. Kihkih... sian juga. Korang jangan kata apa-apa. Ambe dah bagi kat dia sotong besar 5 ekor. Ambe dah ajar... tapi dia sorang ni... lambat sikit pandai. Biasa le... kelas hujung sekali. Kihkih. Saborrr..

Pada trip kali ni... jumlah sotong yang berjaya ditangkap lebih kurang 42 ekor sotong pelbagai saiz. Campur ikan lagi... juga pelbagai saiz dan jenis. Kira ok sangat.... penting sekali tak kumpau. Mungkin next week nak pergi lagi. Ready semua "memerang laut"... tunggu ambe hello. Ok hingga kita bertemu lagi-Abe Din
Read more >>

Trip 21/2014A-Pulau

Salam pertemuan di alam maya... Apa khabar korang. Banyak tulis pun tak guna. Pendek cerita... Hari tu kan... ambe gi pulau dengan hardcore sotonglaut. Biasa le candat dan memancing. Mencandat kat pulau memang best sotong banyak. Petang makan ... pagi esoknya pun makan. Malam air cukup cantik... malangnya malam tu, Sob...sob..sob.. kami dilanggar hujan ribut. Huuu. Habis khemah masuk air. Kain baju semua basah. Angin pula kuat. Semua terketar-ketar menahan sejuk. Tapi esok... lupa dah. Pakat dok punggah sotong pulau le pulok. Hehe... post ni, ambe taknak post gambo lagi. Bior suspen sikit. Tunggu next post.


Gang hardcore bersama tekong Nuar
Muka sorang-sorang dah tak sabar nak casting 
Sotong pulau pun dah lama tunggu kami. 


 
Cherating Beach Resort dari kuala

Kuala Sungai Ular

Senjata perang dah ready... tak sabarrrr
Kalau kat kuala ada sotong... 
lama dah ambe baling jig udang 
lambat sangat nak sampai pulau... air surut.
bot nak keluar bukan main payah... banyak buang masa.

Pulau... dah dekat. Tak sabarrrr..
Dalam kepala dok terbayang... 
sapa le akan dapat sotong besar dulu.
Banyak mana ye...
Beso mana yer..

Walaupun sotong yang dibawa balik termasuk dalam kategori ok juga.. trip kali ini memang betul-betul menguji kekuatan mental kami dan seterusnya menguji kekebalan kulit kami menahan sejuk angin pulau dalam keadaan badan basah kuyup. Korang mungkin tak pernah rasa.. kalu kena sekali, ada yang bersara terus. Kami, gang-gang hardcore memang jenis tak reti serik. Bot tak sampai tanah besar dah bincang bila nak datang lagi. Hampeh sungguh. Dah le tu... diorang ni kalau suruh pergi sendiri, tak nak. Ambe mesti kena ikut. Beberapa kali dah trip dibatalkan secara mengejut sebab ambe takleh nak ikut. 

Letih dah ambe ni... lama dah dalam bidang ni. Umur pun dah cecah 100 tahun. Kalau dulu boleh pergi pulau seminggu sekali... sekarang, sebulan sekali je. Sibuk. Badan dah tak larat.   Tak macam orang muda. walaupun diorang tak pandai mencandat... ambe tabik spring sebab diorang ni rajin baling candat. Tak dapat pun takpe, asalkan boleh baling je. Letih diorang berhenti kejap. Tengok kawan dapat... diorang baling lagi. Bila le nak tamat kerja tak senonoh ni.

Takpe... korang sabar je... nanti next post ambe tunjuk le gambo hasil yang kitorang dapat kat pulau tu. Sikit je... tapi cukup bermakna. Jumpa lagi.... Abe Din.

Read more >>

DIY Gaik Sotong "Hensem"

Salam pertemuan kepada semua pengunjung. Di pertemuan kali ini... ambe nak berkongsi cara dan teknik untuk menghasilkan gaik sotong yang "hensem" Korang yang nak cuba buat tengok le betul-betul. Tak faham... tanya. Jangan wat pandai... tercucuk mata candat, ambe tak tanggungjawab.

Untuk pengetahuan korang... gaik sangat perlu untuk menaikkan sotong bersaiz besar. Ada pencandat yang mengangkat sotong hanya dengan memegang tali pancing. Diorang ni sebenarnya dah profesional. Korang jangan tiru... sebab kalau terlepas, boleh jadi hijau muka. Kalau guna sauk... lagi le payah. Kalau candat tersangkut kat jaring sauk, lambat kita nak buka. Kalau sotong dah menyerang... takde masa nak buat perkara remeh macam tu. Kawan lain semua sedang bertarung... kita pula asyik dok tanggalkan mata jig dari jaring. Buat malu kaum je... jangan buat perangai tak senonoh tu. Oleh sebab itu... ambe nasihatkan korang buat le gaik sotong sorang satu. Ni le nak ajar ni...

Korang boleh buat gaik mata tunggal atau mata banyak. Hari ni... ambe nak ajar cara buat gaik jenis mata banyak. Gaik jenis ini senang nak kena badan sotong... peratus sotong terlepas juga sangat rendah. Haa... tunggu apa lagi.... mai belajar. Jangan dok menyombong sangat.



Antara alatan yang perlu disediakan sebelum proses membuat gaik


Candat umpan. Dicabut.... mata candat tu je nak guna


 
Sediakan juga tali pancing jenis sulam

Selepas habis steps kat atas tu... korang masuk step berikutnya iaitu mengikat mata gaik. Mata gaik perlu disusun dengan kemas dan diikat menggunakan tali benang atau tangsi. Ikat dengan kemas dan susun dalam bentuk membulat macam kat bawah tu. Bila siap susun... tengok dah "comel" seperti yang korang nak.... gam menggunakan gam cair yang kuat. Biarkan kering. Titis gam beberapa kali selepas gam mula mengering. Ulangi proses sehingga ikatan menjadi kemas dan kuat.


Buang duri mata candat... macam kat atas tu
Lepas tu kemaskan dengan kikir


Ambe mengikat mata gaik pada batang pancing yang boleh dipendek dan dipanjangkan. Korang boleh beli kat kedai pancing. Buang semua cincin joran dan ikat mata gaik pada hujung joran berkenaan. Kelebihannya, korang boleh memendekkan joran agar mudah dibawa dan menarik semula gaik agar panjang semasa hendak menggunakannya. Mudah buat, mudah bawa, mudah guna, mudah simpan. Memang best.



Gaik yang telah siap dipasang pada batang pancing fleksible


Rupa gaik sotong yang hensem..

Kat atas tu... rupa gaik sotong yang ambe buat. Memang cantik dan "hensem". Cepat.... terus gi kedai, cari joran yang ambe cerita tu... mula buat. Jangan bertangguh. Musim sotong dah nak habis. Sotong pun dah besar-besar belaka. Dah siap... cuba test kat lapangan. Memang power punya. Ok.. jumpa lagi. Bye-Abe Din.
Read more >>

15 September 2014

Bola...bola lagi

Selamat datang dan salam kunjungan untuk semua. Post kali ini nak cerita ringkas-ringkas je... candat bola baru yang dibuat bagi persediaan pertempuran di pulau ular. Jig udang yang di"bola"kan pada kali ini diubah design baru dengan hanya menggunakan garis tunggal yang tebal di tengah.. bahagian belakang jig. Garis dicorak secara memanjang dari hujung kepala ke bahagian ekor.

Pandangan corak dari atas

Pandangan jig dari belakang.
Perhatikan tanda bulat yang dibuat..
di tengah-tengah mata bahagian paling hujung

Salah satu teknik mencorak jig adalah dengan membuat satu tanda bulatan pada tengah-tengah mata di bahagian yang paling luar. Kaedah mencorak ini bertujuan untuk menarik perhatian mangsa agar berselera memegang jig udang. Semasa kita menarik candat... sotong kerapkali membuat serangan dari bahagian belakang. Dengan meletak cat luminous pada hujung mata candat... ia akan mudah dikesan oleh sotong. Pengerakan dari tarikan jig, menghasilkan bulatan bercahaya seakan-akan berkelip dan turun naik.

Setakat ini... ambe sudah memperkenalkan 5 jeniis corak yang boleh korang tiru untuk diaplikasikan pada jig udang korang.  Antara corak yang pernah ambe utarakan termasuklah ... bulat, belang, tidak sekata, lurus dan rawak. Sila rujuk post-post yang terdahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian untuk kali ini. Jumpa Lagi-Abe Din
Read more >>

Senjata Di Laut

Selamat datang semua pengunjung. Hari ini nak tunjuk satu jenis candat yang jarang juga orang guna... tetapi ambe memang suka guna. Harga mahal sikit. Saiz yang biasa ambe guna 2.5. Sesuai untuk sotong saiz besar. Dilengkapi dengan mata jenis "V'. Tusukan dan cengkaman yang cukup tajam dan kuat. Bagi pencandat baru... jangan guna lagi candat ini. Bentuknya yang larus dan pipih... menyebabkan ia cepat tenggelam dan jika korang tak pandai. Senang sangkut kat batu karang. Kalau korang nak guna juga... cari tepi pantai berpasir... Sure tak sangkut. 


 
Design sebegini sesuai digunakan di laut. Cari saiz yang besar sikit, 3.0 atau 3.5. Kalau ada mabang... memang dia tak tolak punya. Sesapa yang berkenan nak cuba... tinjau-tinjau le kat kedai pancing. Bukan semua kedai ada jual jig jenis begini. Kena rajin melawat... baru jumpa. Selamat mencandat-Abe Din.
Read more >>

Fenomena Kuala Kerteh

Salam untuk semua pengunjung. Kali ini ambe nak share suasana di Kuala Kerteh. Semua gambar kat bawah ni... ambe rakam semasa ambe nak turun ke laut baru-baru ni. Siapa yang pernah sampai ke sini... tentunya kenal lokasi-lokasi yang ambe paparkan kat bawah tu.


Deretan bot-bot fiber sedia turun ke laut


Salah satu jeti pendaratan ikan yang terdapat di sini


Antara bot fiber kepunyaan nelayan di sini


Monyet sedang menunggu peluang 
mencuri apa yang patut
Pagi-pagi dah keluar cari makan.. rajin dia.


Kalau korang tengok betul-betul, 
ada dua ekor ikan belacak
Saiz besar gila... ambe pun tak pernah tengok.


Kalau kita biasa datang ke sini... sekurang-kurangnya dapat juga merasa jerih perit kehidupan nelayan kat Kuala Kerteh ni. Walaupun yang memandang tak sama dengan yang memikul. Kadang-kadang kita kena bersyukur di atas apa yang kita ada pada masa ini.-Abe Din
Read more >>

Trip 20/2014-Daratan

Salam kunjungan... Apa khabar semua? Kali ni, dah penat dah nak menaip. Errrr.. korang tengok je le hasil yang ambe dapat kat bawah tu. Tak banyak, 4 ekor je. Saiz boleh tahan juga. Lokasi Kerteh. Ok.. semua selamat mencandat dan jumpa lagi-Abe Din

Berjaya didaratkan dengan selamat di atas batu

Saiz boleh tahan juga... kuat tarik.

Si mata hijau. Cantik mata melirik..

Antara rezeki yang dibawa balik.
Read more >>

Trip 19/2014-Laut

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini... Abe Din nak kongsi sedikit pengalaman memburu sotong mabang di laut. Pada awal bulan.. baru-baru ini... ambe sempat mengikut trip memburu mabang di laut. Keluar rumah seawal 7 pagi dan naik bot fiber di Kuala Kerteh. Lama juga tak turun ke laut. Air laut cukup tenang... mujur le tak mabuk laut.


Sotong tak makan.. Tenggiri yang menyapa.

Tak disangka-sangka... saing yang melabuh umpan ikan kembong direntap kasar sang tenggiri. Ikan lari cukup laju.. sampai tersangkut di unjam dan terus lekat. Orang kata kalau dah rezeki... tarik-tarik sampai merah tangan. Dapat juga digaik. 4 kilo sekor... emmm. Lauk-lauk.

Ikan apa ni?... orang kata sedap

Haa... ni le tiga dari empat ekor mabang 
yang sudi menyambut salam jig udang

Sotong kurang menarik pada trip kali ini.... tetapi yang sudi, besar-besar juga. Berdebar rasa. Lama tak tarik sotong laut yang terkenal dengan besar dan ganas. Alhamdulillah... dapat juga 4 ekor. Seekor torak sempat menyambar jig udang tetapi berjaya melepaskan diri

Antara hasil pancingan pagi di laut

Sekali tarik... lekat juga dua tiga ekor ikan

Walaupun sotong tak begitu makan... dapat juga bawa balik ikan. Dua lagi gang atas bot cukup rajin memancing. Dapat juga ikan untuk dibuat lauk. Tentunya perairan Kerteh masih lagi menyimpan khazanah sotong yang besar-besar. Tunggu je masa dan ketikanya untuk kita bersua lagi. Kami bersiap balik lebih kurang pukul 12 tengahari. Hari Jumaat... kena balik awal. Ok... jumpa lagi di lain kali-Abe Din.
Read more >>

08 September 2014

Ubah Mata Jig

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini, ambe nak bagitau tips untuk mengubahsuai mata jig. Pada post terdahulu... ambe pernah cerita tentang jenis-jenis mata jig yang terdapat di pasaran. Mata jig jenis "V' adalah anatara mata jig yang paling kuat dan berkesan untuk memerangkap mangsa bersaiz besar. Mata jenis ini agar sukar diperolehi. Hanya beberapa syarikat pengeluar jig sahaja yang menggunakan mata jig jenis"V". Selalunya jig yang menggunakan mata jenis ini agak mahal daripada jig biasa.

Mata jig Yamashita yang belum diubahsuai

Walaupun begitu, kita perlu kreatif untuk mengubahsuai mata jig biasa kepada mata jig yang berkesan bagi tujuan memerangkap mangsa bersaiz besar. Kali ini ambe menggunakan jig Yamashita egi sutte atau biasa ambe gelar sebagai "killer 2014".

Sebelum korang ubahsuai mata jig... korang perlu sediakan playar muncung tirus supaya kerja membengkok mata jig menjadi lebih mudah. Jangan guna tangan... bahaya boh!. Keluarkan sedikit mata jig menggunakan playar muncung tirus secara beselang seli dari kiri ke kanan serta berselang seli atas dan bawah. (Rujuk gambar di bawah).

Ujian lapangan menunjukkan... penggunaan mata jig yang diubahsuai sebegini mampu menjerat mangsa bersaiz besar dan peratus sotong terlepas sangat rendah. Perlu diingat jangan muka mata jig terlalu luas kerana ia akan melemahkan kekuatan mata jig berkenaan.

Mata jig yang telah diubahsuai

Ambe syorkan agar ubahsuai menggunakan jig Yamashita kerana mata jignya dibina daripada logam yang lebih besar dan keras. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>

Bola Lagi...

Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe nak berkongsi satu lagi patern yang biasa ambe lakar pada candat sebagai penarik tambahan untuk sotong. Kebiasaanya ambe menggunakan patern bulat-bulat di bahagian atas candat. pada kali ini, ambe mencorak jig udang menggunakan patern tidak sekata.

Jig killer 2014 yang masih belum diubahsuai

Rupa jig yang di"bola"kan.
Nampak macam ganas jer...

Seperti biasa, ambe menggunakan cat luminous warna hijau dan putih. Warna kuning dah abis... nak beli takde jual dah kat kedai. Oleh sebab itu... ambe belasah je guna warna hijau dan putih. Kombinasi dua warna ini memang cukup berkesan menipu sang lembut. Jika korang nak mem"bola"kan candat korang... jangan sekali-kali korang cat di bahagian perut. Biarkan perut candat dalam keadaan warna asalnya... selalunya perut candat berwarna putih atau sedikit cerah.

Ambe cadang nak test terus kat pantai... tak sabar rasa...tapi sibuk kerja lagi. Tak sempat nak mencandat. Simpan dulu. Kalu korang nak tiru... cepat sikit dan terus pergi test kat tempat korang. Mana tau ada bapak-bapak sotong sedang tunggu jig bola korang. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>

Gigih Cari Rezeki

Salam untuk semua... baru-baru ini ambe singgah di sebuah tempat rekreasi di Dungun. Sambil berehat... ambe terpandang beberapa orang sedang sibuk eging sotong secara mengharung air. Kalau tak silap ambe... beberapa post ambe sebelum ini... ada ambe bincangkan tentang bahaya eging dari dalam air. Nak jadi cerita... jumpa pula secara tidak sengaja. Mungkin diorang ni tak baca post Abe Din. Apa nak buat... diorang pun nak cari rezeki juga. Ambe nak bercakap dengan diorang pun susah.. sebab mereka bergerak semakin jauh dari pantai apabila air laut semakin surut. Harap-harap ada le orang tolong nasihat diorang ni... apa pun... berhati-hatilah. Carilah rezeki walaupun agak sukar... dah kalau tak ada cara lain nak buat macam mana. Selalulah utamakan keselamatan dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Kuasa agar dilindungi dan dimurahkan rezeki sentiasa. Amin...
Jumpa lagi-Abe Din.

Gigih cari rezeki... tapi ..
keselamatan kena jaga juga
Semoga selamat dan dimurahkan rezeki
Read more >>

Trip 18/2014-Daratan

Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe sekali lagi nak share tangkapan sotong mabang terkini. Lokasi tangkapan di sempadan Paka, Dungun. Alhamdulillah... hasil malam berkenaan boleh tahan juga. Saiz tangkapan pun besar-besar. Beberapa sotong bersaiz besar berjaya melepaskan diri. Nampak gayanya jig bersaiz 2.0 tidak mampu menjerat bapak-bapak sotong bersaiz besar. Kalau baling saiz 2.5... tak makan pula... nasib badan.


Tangkapan kali lebih lumayan dari trip sebelumnya

Tangkapan pada kali ini banyak dipengaruhi oleh keadaan air yang tenang dan sederhana jernih. Keadaan air penor masih lagi ada tetapi hilang sebaik sahaja air mula pasang. Masa sambaran yang paling tinggi direkodkan ketika air sedang menyurut. Selepas air surut sepenuhnya... tarikan sotong sunyi sepi. Kami jangkakan sambaran akan berlaku semula ketika air mula pasang... apakan daya esok nak kerja. Kena balik awal. Hasil malam ini membuatkan kami sangat teruja untuk datang lagi di lain masa. Bila yer....
Jumpa lagi di post akan datang. Selamat mencandat. Abe Din

Hasil dibawa pulang untuk dibuat lauk

Read more >>

Trip 17/2014-Daratan

Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini.... ambe nak share lagi foto-foto sotong pada trip-trip terbaru yang ambe sertai. Dalam dok sibuk kerja... ambe cuba juga cari peluang untuk mencandat sotong mabang. Untuk pengetahuan korang semua, sekarang adalah kemuncak kehadiran sotong mabang di perairan Terengganu. Bagi otai-otai sotong... ketika ini adalah masa terbaik untuk menjerat sotong mabang bersaiz besar dalam kuantiti yang banyak. Sotong memang berselera nak pegang candat. Rezeki pencandat pun semakin banyak. Lokasi-lokasi tumpuan juga mula meriah dengan pencandat-pencandat tegar. Kepada pencandat semua, dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan dan mencandat dengan selamat. Hormati hak pencandat lain... semoga rezeki kita bertambah berkat. Hingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din

Hasil yang diperolehi pada trip ini.

Berat juga nak angkat-Alhamdulillah.

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing