PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 September 2014

Trip 21/2014B-Pulau

Salam pertemuan kepada semua pengunjung. Seperti yang ambe janji pada post yang lepas... kali ni nak tunjuk hasil yang kitorang dapat kat pulau. Bukan nak menyombong.... nak bagitau kat korang bahawa negara kita yang tercinta ni banyak sotong... cuma orang kita ni tak ramai yang suka mencandat. Ambe ingin mempelawa korang semua... dimana sahaja korang berada agar menjadikan eging sotong sebagai salah satu hobi baru korang yang tentunya boleh dijadikan punca rezeki. 

Tolong le ambe untuk majukan lagi eging sotong di Malaysia. Kalau kat Jepun, Australia, dan beberapa negara lagi... eging sotong ni dah jadi macam satu sukan rekreasi. Kat Malaysia eging sotong masih baru... walaupun blog buruk ambe ni dah beroperasi sejak tahun 2010 lagi. Masih tak jemu-jemu mencurah ilmu sedikit sebanyak agar ramai lagi pencandat sotong akan lahir di Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi membantu. Istimewa kepada majalah kesukaan ramai kerana membantu memeriahkan lagi eging sotong di Malaysia... Malajah UMPAN. Thanks

Haaa. kat bawah tu... hasil kitorang selama sehari semalam di pulau. Tangkapan tak le banyak sangat tetapi trip sekali ni sungguh seronok dan mencabar. Kadang-kadang ambe tersenyum bangga... beberapa saing ambe dah pandai mencari sotong sendiri. Kalau dulu diorang baling jig udang... dapat jig udang semula ataupun dapat tali je... Kali ni, ketika ini, saat ini... setiap balingan kerap disambut sotong-sotong yang terpesona dengan gaya tarian candat mereka. Kerajianan mereka belajar, meniru dan membuat rujukan di internet telah mula membuahkan hasil. Tahniah untuk mereka semua.



Abang Suhaimi bersama sotong saiz boleh tahan
Pendekar kaki sakit dengan ubatnya.. hehe


Hasil sampingan... ikan kerapu. 
Kerapu besar tu.. .tekong Nuar bagi.
Ada lagi tak sempat ambil gambar... pari lalat, pari lang, yu
dan macam-macam ikan lagi le. Alhamdullilah


Sotong yang dibawa bali ke "base camp"
Tuan dia bawa balik... jauh lagi dah senyum. 
Tinggi angkat.. nak suruh mamber tengok


Tangkapan salah seorang peserta trip
Boleh tahannn hasil.


Tangkapan seorang lagi peserta
Boleh tahan juga hasil..


Saiz sotong yang boleh tahan... 
sakit tangan nak naik sekor-sekor
Kalau dah rezeki... tak ke mana.


Tangkapan seorang lagi peserta trip.
Tengok betul-betul... ada ikan yu.
Dia kata sedap buat kari..


Ambe sebenarnya tak sempat nak ambil gambar di lokasi ketika sotong makan... terlalu sibuk melayan sang lembut. Banyak gambar yang dihantar selepas diorang balik ke rumah masing-masing. Seorang peserta .... tak send gambo sebab..hehe, telefon "dua singgit". Sorang lagi tak send sampai bila-bila... sebab.. sekor sotong pun dia tak dapat. Kihkih... sian juga. Korang jangan kata apa-apa. Ambe dah bagi kat dia sotong besar 5 ekor. Ambe dah ajar... tapi dia sorang ni... lambat sikit pandai. Biasa le... kelas hujung sekali. Kihkih. Saborrr..

Pada trip kali ni... jumlah sotong yang berjaya ditangkap lebih kurang 42 ekor sotong pelbagai saiz. Campur ikan lagi... juga pelbagai saiz dan jenis. Kira ok sangat.... penting sekali tak kumpau. Mungkin next week nak pergi lagi. Ready semua "memerang laut"... tunggu ambe hello. Ok hingga kita bertemu lagi-Abe Din

4 comments:

  1. bila trip seterusnya? boleh join ke? ambe nubis lagi bab2 eging ni... no contact ambe 019-2510004 (abdul)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Abdul sentiasa ikut perkembangan blog sotonglaut. Jemputan kepada peserta luar akan diwar-warkan di dalam blog ini jika musim mencandat telah tiba. Terima kasih dan tahniah kerana berminat.

      Delete
  2. Minat gila eging ni.. tapi pantai barat tak berapa pasti spot spot yg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai barat banyak lokasi eging. Selalunya kawasan pulau.. air jernih dan bersih. Dulu pernah keluar dalam Majalah UMPAN..kena beli majalah tu.. cari maklumat kat sana. Kihkih.

      Delete

Blogger Pancing