"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 May 2010

Fakta Sotong

Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid).

Teuthidia merupakan order cephalopod terbesar iaitu sekitar 300 spesies di dalam 29 families. Pengkaji meramalkan terdapat lebih kurang 200 spesies sotong yang masih belum dikenal pasti. Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel. Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan. Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan. Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala sotong.

Di kepalanya terdapat sepasang mata yang besar. Mata besarnya memudahkan ia untuk mencari makanan dan mengesan musuh. Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang dihujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.

Antara keistimewaan lain sotong ialah kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya. Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, Chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.

Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter ( 46 kaki). Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.

Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun. Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.


Ukuran Standart Sotong

Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.

Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.

Suntingan dan ubahsuai : Abe Din

10 comments:

  1. Farhanah: Sotong bernafas melalui insang(gill). Saiz insangnya lebih kecil sedikit daripada insang ikan. Air yang beroksigen dibawa ke insang dengan bantuan siphon. Ikan pula menggunakan bantuan penutup insang dan mulut. Pada insang sotong terdapat banyak kapilari yang menjadi tapak pertukaran gas. Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. Adakah sotong ini beranak ??

    ReplyDelete
  3. Salam bro...yang ambo tahu, sotong tu bertelur. Sotong bertelur secara berkumpulan di kawasan tertentu.

    ReplyDelete
  4. salam..macam mana nak bezakan sotong jantan san betina?
    sekian....tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Setahu ambe... sotong betina mempunyai badan yang lebih besar dan lebih lebar dari sotong jantan. Jika musim bertelur... sotong betina akan menyimpan telur yang padat di dalam badannya.

      Delete
  5. bagaimana sotong membiak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertelur... cara sotong membiak kena tengok dalam Astro. kikih

      Delete
  6. dakwat hitam sotong bukanlah satu bahan kumuhan kan?

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing