"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 April 2012

Trip sulung 2012

Salam untuk semua pengunjung setia sotonglaut. Lama rasenya ambe tak update blog buruk ni..Bukan apa..masa tidak begitu mengizinkan. Sibuk dengan kerja hinggakan lupa nak pergi mencandat sotong.

Sebelum ini ada terdengar ura-ura tentang kehadiran sotong di kawasan pantai. Walaupun tidak begitu banyak...dengarnya dah ada pemangsa sotong yang mendapat habuan. Dalam hati, toksah nak kabo le..tak sabar nak pergi tapi apakan daya...huuu...

Secara kebetulan pada pada 26 hingga 27 April baru-baru ni ambe terlibat dengan satu tugasan di Pahang. Kawasan berkenaan terletak di Pantai Balok yang tidak berapa jauh dari Kuantan. Dalam masa yang agak terbatas, ambe mengatur trip ke sebuah pulau kecil di sana. Dengan bantuan Bos ambe, trip berjaya dijalankan dengan disertai oleh  empat orang rakan lain termasuk seorang perempuan. Tujuan  ambe satu je... iaitu nak menduga sotong mabang di sana. Member yang lain nak cari ikan...sebab mungkin mereka kurang pengalaman dan minat untuk mengilat sotong.

Bot sedang diturunkan ke laut

 Kedudukan pulau yang tidak begitu jauh dari pantai

Mengikut maklumat pemandu bot, pulau berkenaan dinamakan Pulau Balok merupakan salah satu destinasi yang cukup popular bagi pemancing di kawasan ini. Setakat ini belum ada berita tentang kehadiran sotong di pulau ini mengikut kata pemandu bot. Nampak gaya kecundang lagi kali ini. Alang-alang dah sampai...ambe nekad untuk membuat percubaan di sini. kihkih...


 Bot yang dilabuhkan di kawasan tenang.

Air laut sedikit bergelora. Rasa macam nak suruh pemandu bot patah balik ke pantai je. Muka member sume nampak macam pucat je. Kurang bercakap... tangan sume kemas pegang tali di tepi bot. Bot yang kami gunakan adalah jenis bot inflatable floating. Jaket keselamatan dikemaskan...nampak gaya pakai, memang ada kebimbangan yang sedang bermain di kepala member-member trip. Abe Din ok je... biasa pergi laut tak pernah pakai jaket pun...kali ni pakai sebab nak tunjuk contoh baik je... kihkih.


 Sotong kedua yang berjaya dinaikkan (bawah)

 Sotong kedua (pandangan atas)

Pada hari berkenaan, ambe dapat 3 ekor sotong. Sotong pertama yang ambe berjaya candat di tahun 2012. Kihkih bangganya... dalam hati rasa sikit terkilan kerana orang lain dah lama dah dapat..ambe baru dapat.. huuu.. Corak die memang cantik...lama dah ombak rindu kat die. Berjaya juga aku kali ni. Ketika sampai, air mula bergerak surut...semua sotong berjaya dicandat pada waktu berkenaan. Selepas air surut tiada sambaran dari sotong. Hanya ikan yang mengganggu candat yang dibaling. Koyak candat comel ambe dibaham kakap putih. Nasib tak putus.. kat sini memang banyak ikan. Rugi kalau korang tak datang sini..


Sorang peserta dengan kerapu yang dipancing 
menggunakan teknik pelampung.
Belakang: Tapak Perkhemahan Balok.


Rumusan yang ambe boleh buat:
1- Sotong mabang dah ada di pantai timur.
2-Pulak Balok memang  berpotensi untuk mengilat sotong mabang
3-Trip berikutnya akan diadakan ketika musim kemuncak sotong

Bagi rakan-rakan dan member-member sotong, anda juga boleh test power kat sini. Jika berminat, call je Majlis perbandaran untuk rundingan bot atau datang terus ke pejabat mereka di sini. Bayaran yang dikenakan sangat murah RM50 pergi balik untuk sebuah bot. Kapisiti peserta 6 orang. Pemancing akan dihantar pada waktu petang atau air pasang pertama dan akan dijemput pulang pada pagi esok atau ketika air pasang berikutnya. Semuanya boleh diatur jika anda pandai berunding dengan kakitangan Majlis perbandaran di Balok.

Pulau berkenaan juga sesuai untuk berkhemah sambil memancing. Lokasi pantai Balok pula sesuai untuk aktiviti santai dan cuti bersama keluarga. Banyak resort dan hotel berdekatan kawasan ini. Kedai makan toksah nak cakap le... berlambak, sure anda tak lapar punye.  KFC pun ada...macam-macam ada..

Post kali ini juga adalah merupakan panggilan maya kepada gang-gang pengilat dan pemancing kat Terengganu  terutamanya di Kemaman untuk menyertai trip yang berikutnya bersama Abe Din. Jangan tunggu lagi, sahkan penyertaan anda. Siapa cepat dia ikut... hingga jumpe lagi..Bye.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing