"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 August 2016

Yamashita Melayu

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada kali ni nak kongsi sedikit hasil kreativiti ahli PEN (Persahabatan Eging Nusantara). Semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada semua pencandat di luar sana.

 Basic Squid Jig yang Digunakan

Sejak dahulu lagi, ambe sudah menjangkakan pada suatu hari nanti harga jig udang yang menjadi senjata utama pemburuan sotong mengabang akan melambung tinggi. Ini terjadi kerana permainan orang tengah. Apabila satu produk baru hendak dibawa ke dalam pasaran, pengeluaran jig versi sebelumnya akan dihentikan. Diikuti dengan kemasukan jig paling terbaru ke dalam pasaran dengan promosi luas di dalam media sosial. Sebaik sahaja jig lama yang lebih murah sudah habis di pasaran, pengguna terpaksa memilih untuk membeli jig keluaran terbaru yang harganya jauh lebih mahal.

Bagi mengurangkan kesan bebanan yang dirasai oleh pengguna atau pencandat.. maka ambe cuba melatih pencandat untuk lebih kreatif  membina serta mengubahsuai jig murah agar kebergantungan kepada jig mahal berjaya diatasi. Kesan jangka panjang yang akan berlaku ialah harga jig-jig mahal akan mengalami penurunan akibat daripada permintaan yang rendah. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat dengan serta-merta, tindakan awal perlu diambil agar pengguna tidak terbeban. Tentunya usaha berterusan ini perlu digembeling bersama oleh semua pencandat di luar sana.

 Step 1

Step 2

Sehingga kini, ambe masih terus berfikir, mencari dan melahirkan beberapa teknik baru bagi membantu pencandat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Nusantara. Ideanya mudah dan jelas. Permintaan yang kurang akan menurunkan harga. Satu lagi panduan yang boleh dijadikan prinsip atau landasan utama ialah sotong tidak mengenal harga jig.

Final Product
Macam Pernah Tengok. 
Hasil Dari Pengamatan dan Penelitian Yang Baik. 


 Mohd Rizuan Bin Ali
"Eging Tetap Di Hati"

 Ubahsuai jig dilakukan oleh Mohd Rizuan Ali dari Dungun. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian dan sebagai cetusan idea agar kreativiti terus berkembang maju di kalangan pencinta-pencinta eging. Jangan lupa, kongsi juga hasil anda bersama orang lain. Perlu diingat cantik bukan ukuran selera sotong. Semoga ia memberi manfaat kepada semua dan terima kasih kepada Mohd Rizuan yang sudi berkongsi. Selamat berkreativiti-Abe Din
Read more >>

Asas Ubahsuai Jig

Salam kunjungan untuk semua. Post kali ini saya akan mendedahkan satu rahsia yang sekian lama saya simpan. Disebabkan ramai yang bertanya, maka saya kongsikan rahsia ubahsuai jig ini agar ia dapat dimanfaat oleh semua.

Untuk mengubah penampilan jig terutamanya jig murah, anda perlukan pewarna Neon. Anda juga boleh menggunakan warna florensen. Bagi mendapatkan corak dan warna yang cantik serta menyerlah, anda perlukan warna asas putih. Basic colour ini saya gunakan bahan yang biasa ditemui, liquid paper.

Liquid Paper Sebagai Basic Colour
Tujuannya Adalah Untuk Menyerlahkan Warna Primer

 Marker Pen Neon



Jig Dengan Basic Menggunakan Liquid Paper

Jig Telah Ditindih Dengan Warna Neon

Jig Setelah Siap

Satu Contoh Lagi yang Sudah Siap

Bagi mengekalkan corak ciptaan anda agar kekal lama, sembur clear spray dan biarkan kering. Jangan sembur terlalu tebal kerana ia akan menjejaskan renangan jig jika semburan tidak sekata. Selamat Mencuba-Abe Din
Read more >>

Warna Cahaya

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini, ambe ingin mengupas serba sedikit berkaitan peranan cahaya kepada sotong. Hampir semua pemburu sotong terutama yang beraksi pada waktu malam memerlukan lampu dan cahaya bagi memudahkan aktiviti eging. 

Perlu diketahui penggunaan cahaya dengan tidak betul, boleh menjauhkan sotong dari kawasan eging. Apabila keadaan ini berlaku, peluang untuk mendapatkan lebih tangkapan akan terjejas. Terdapat pelbagai salah tafsiran tentang peranan cahaya di kalangan pencandat-pencandat sotong samada baru atau lama. Mereka beranggapan teknik menangkap sotong mengabang sama seperti sotong torak. Malah yang yang beranggapan teknik yang sama perlu digunakan pada semua jenis spesies sotong.

 Murah dan Ekonomik

 Lampu Kepala yang Menggunakan Beteri AAA

Penggunaan lampu yang tidak statik seperti lampu suluh akan menakutkan kebanyakan spesies sotong. Sotong mempunyai mata yang besar dan sangat sensitif pada cahaya. Mungkin itu salah satu sebab jig-jig sotong yang dicipta oleh orang Jepun berwarna-warni.

Satu kajian oleh saintis barat telah menemukan bahawa sotong tidak begitu respond kepada cahaya merah. Kajian mengenai sotong humbolt pada peringkat awal telah menggunakan cahaya putih ketika membuat selaman. Apa yang mengejutkan Humbolt telah menjadi agresif dengan cuba memegang dan mencabut topeng penyelam dan juga tangki oksigen. Sebaik sahaja lampu penyelam ditukar kepada cahaya merah, sotong menjadi lebih tenang dan seakan-akan tidak nampak penyelam.

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat, sotong Humbolt gagal mengesan kehadiran cahaya merah. Saya beranggapan, cahaya merah juga sesuai digunakan ketika memburu spesies sotong yang lain termasuk sotong mengabang. ujian lapangan setakat ini telah menunjukkan kesan positif di mana sotong masih mampu ditangkap walaupun cahaya mereh digunakan di kawasan eging. Walaupun teori ini perlu dibuat kajian lebih lanjut, kesannya terbukti lebih baik berbanding cahaya putih dan kuning.

Cahaya Keterlaluan Akan Menakutkan Sotong

Cahaya Bagi Memburu Torak, Jarum dan Ketupat

Sotong Humbolt yang Terkenal Dengan Agresifnya

Lampu Cahaya Merah Sebagai Altenatif Baru

Mekanisme yang mempengaruhi daya tarikan sotong terhadap cahaya masih tidak dapat difahami dengan jelas. Pengaruh cahaya terhadap organisma marin termasuklah : 1-Fototaxis positif, 2-Faktor keamatan dan kecerahan, 3-Panjang gelombang cahaya, 4-Cahaya yang merujuk kepada makanan, 5-Sifat ingin tahu, 6-Kekeliruan, dan 7-Terpukau. Walaupun begitu, masih tiada individu  yang mampu menentukan faktor yang tepat mengikut spesies tertentu.

 Lampu Dwi-Fungsi Putih dan Merah

 Ringan dan Mudah Dibawa Ketika Eging
 
 
Bagi pencandat di luar sana, saya syorkan agar anda semua menggunakan lampu merah ketika memburu sotong dan ketika mengikat tali pancing, memasang jig, menaikkan tangkapan dan sebagainya. Jangan guna lampu kuning atau putih kerana ia akan menakutkan sotong terutamanya yang bersaiz besar. Penggunaan lampu yang meluas di padang pancing awam juga boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kepada pencandat lain. Mari berubah dan mencuba sesuatu yang baru-AbeDin

Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing