"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

11 June 2012

Menu: Belangkas

Salam semua. Jumpa lagi di laman Sotonglaut. Kali ini...aku akan sambung tentang cara memasak belangkas. Aku harap korang dah dapat serba sedikit info tentang belangkas di dalam post aku sebelum ini. Korang jangan takut belangkas adalah haiwan yang halal dimakan.

Orang Melayu Johor pandai memasak asam pedas dan sambal tumis belangkas. Walaupun  belangkas boleh dimakan, dikatakan belangkas mempunyai toksin atau racun yang menyebabkan mabuk...betul ke? Aku dah beberapa kali makan belangkas tak pula kena gejala seperti yang disebutkan. 

Ada dua bahagian belangkas yang biasa dimakan oleh manusia iaitu isi dan telurnya. Isi belangkas berwarna putih dan rasanya seakan-akan isi ketam. Telurnya pula berwarna merah keemasan apabila masak dan rasanya sedikit kenyal apabila digigit. Ketika telur dikunyah anda akan rasa lemak yang boleh aku katakan sedap jugak le...

Aku mula makan belangkas di Kampung Awat-awat, Lawas di Sarawak. Ketika belajar kat sana sempat berkunjung ke rumah rakan ketika cuti semester. Member aku tanya nak makan belangkas ke? dia bawa aku kat bawah rumahnya. Rumah kawan aku tu bertiang dan dibina di dalam air.... panggilan glamour kat sini, "rumah air". Aku pun tak tahu apa yang dicarinya... selepas meninjau seketika... dia menarik tali tangsi yang diikat pada tiang rumah. Rupa-rupanya belangkas besar diikat menggunakan tali di hujung kepalanya yang ditebuk. Belangkas akan bermain di dasar dalam keadaan hidup. Apabila hendak dimakan...belangkas akan ditarik naik ke atas... banyak juga belangkas kat bawah tu. Kihkih.. macam kambing jer.

Belangkas tadi di bawa ke dapur kayu yang telah dihidupkan dan belangkas berkenaan diterbalikkan di atas dapur berkenaan. Teknik memasak seolah-olah memanggang. Aku tengok belangkas mengerakkan kakinya apabila belakangnya terasa panas... hinggalah kakinya berhenti bergerak dan belangkas itu mati...kejam ke? Sob sob...nak wat camana dah makanan manusia.

Belangkas dibiarkan beberapa minit lagi. Member aku bagi isyarat dah boleh makan. Bara api dikeluarkan. Kulit dalam dibuka dengan mudah...dan kelihatan telur-telur belangkas yang berwarna kuning keemasan. Aku takut nak makan...tengok je.. bila dah separuh dikerjakan oleh gang-gang member aku...aku mula rasa nak cuba.. test sekali... best. . Apa lagi aku makan laju dari diorang. Bahagian yang paling sedap ialah isi belangkas. Rasanya lebih sedap dari rasa ketam.

Minggu lepas..aku dapat tangkap belangkas di perairan Terengganu. Aku bawa balik ke Kampung kat Negeri Sembilan... ayah aku (mantan seorang nelayan) kata nak masak. Haa... ni yang aku nak share dengan korang. Mula-mula rebus belangkas yang ditangkap. Jangan lupa terbalikan beberapa kali bagi memastikan ia cukup masak.



Belangkas Yang Sedang Direbus

Aku syorkan korang matikan dulu belangkas sebelum direbus... bukan apa untuk mengelakkan peristiwa yang agak tragis. Caranya senang je... bungkus dalam plastik, letak dalam petis ais. Jangan buang ekor kerana ia akan memudahkan korang memegang dan memusingkan belangkas ketika berada di dalam kuali yang panas.


 Proses Mengambil Isi Dan Telur

Gunakan pisau yang tajam untuk membelah bahagian dalam kepala belangkas bagi  mengeluarkan isi dan telurnya. Gunakan sudu untuk mengikis telur belangkas dan letak di dalam bekas yang bersih. Jika belangkas sudah cukup masak... korang boleh makan terus isi dan telur belangkas berkenaan.

Rupa Isi Belangkas


Isi Dan Telur Belangkas

Ada satu petua yang gang aku bagi masa kat Sarawak. Jangan sekali-kali memegang dan menggosok kepala belangkas semasa ia hidup kerana jika belangkas berkenaan ada telur... telurnya akan berbuih apabila ia di masak nanti. Penghasilan buih yang banyak di kawasan simpanan telur akan menyukarkan proses membersih dan memakan telur belangkas berkenaan.

  
Isi Dan Telur Yang Dimasak Bersama

Selepas isi dan telur belangkas dikumpul dan diasingkan, korang potong bawang, cili macam biasa. Tumiskan bawang dan masak telur dan isi belangkas bersama. Masukkan sekali serai yang telah ditumpuk dihujungnya. Jangan lupa garam secukup rasa. Anda juga boleh membuat sambal tumis menggunakan isi dan telur belangkas.

Di Johor, hanya belangkas betina ditangkap dan dijual dengan harga antara RM2 hingga RM5 seekor mengikut saiz. Orang kat sana memasak belangkas berserta dengan kulit yang dipotong-potong. Masakan kegemaran ialah asam pedas kering. Korang boleh cuba... Di restoran-restoran Cina, masakan belangkas ini cukup popular.

Belangkas merupakan haiwan laut yang boleh dimakan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Feb 2011 telah memutuskan bahawa memakan daging, isi dan telur belangkas adalah diharuskan

Walaupun belangkas boleh dimakan... kesan dari tindakan lampau tuai boleh meletakkan spesies ini dalam senarai spesies terancam. Adalah lebih baik belangkas dilepaskan terutamanya belangkas betina bagi menjamin kemandirian spesiesnya. Bagi memenuhi permintaan belangkas sebagai makanan, kaedah ternakan dan pembiakan terkini boleh diaplikasi sebagai sember bekalan masa depan.
Jumpa lagi

Kalau korang rajin, gagah, cantik, comel, dan mancho... Cer copy, paste, send atau link maklumat dari blog buruk aku ni untuk dikongsi dengan gang-gang anda. Jangan kedekut... tak baik.

14 comments:

  1. Salam...

    Satu maklumat yg berguna...tahniah Abe din

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ke Kota Tinggi..ada banyak gerai masak belangkas..sambal black pepper..kaw..kaw..Paling tetkenak gerai Mahkota Belangkas..tak jauh dari bandar Kota...Sultan pernah santap di situ...

      Delete
    2. Memang kena pergi kalau macam tu...

      Delete
  2. salam, tumpang tnye abe din...abe tngkap blangkas kt perairan tganu tu kt mne? blh bgtau tmpatnye, sbb sy nk pg cari jgk blangkas nie....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. arifuddin: Dulu tangkap kat perairan Kerteh. Guna pukat. Belangkas memang banyak kat Terengganu. Mudah dijumpai di perairan jernih ketika air pasang.

      Delete
  3. Replies
    1. Ada gak awak jalan2 kat sini.. thanks Babey Beth.

      Delete
  4. Racun dia ada kat mana? tak payah buang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu amik telur dengan isi putih die jer.. ada bahagian tertentu yang kalau makan mabuk sikit... xtau bahagian mana... Kena tanya pakar.

      Delete
  5. Salam..bestnya dapat petua dan cara masak belangkas lain kali kalau kelaut jumpa belangkas nahas jadi lauk hihihi ---shamsuddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Ambe hanya kongsi pengalaman ambe je. Hanya betina ada telur dan isinya juga lebih banyak. Saiz betina selalunya lebih besar. Kalau jumpe tu... jangan tangkap semua. Kecik-kecik tu lepas le balik supaya dia jadi beso. Dah beso kita tangkap lagi. Hhehe..

      Delete
  6. saya beli RM10 Seekor di pantai remis selangor. mahal juga belangkas aku.

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing