PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

31 May 2013

Panggilan Trip 1-2013

TRIP PULAU ULAR SIRI 1 2013

Panggilan untuk peserta Trip Memancing ke Pulau Ular Sesi 1/2012
Diminta peserta yang terlibat agar bersedia sebelum trip dijalankan pada minggu hadapan. Beberapa persiapan awal perlu diambil perhatian agar trip berjalan lancar.

Berikut beberapa info awal untuk diambil perhatian:
Sasaran utama, teknik  & peralatan yang disyorkan :
1-Sotong Mabang : Mencandat : Joran aksi ringan
2-Sotong Torak  : Mencandat : Joran aksi ringan
3-Kerapu Karang : Pelampung @ bottom : Joran sederhana 
4-Pari : Bottom : Joran aksi berat @ Sederhana.

Umpan disyorkan :
1-Udang pasar
2-Sotong pasar
3-Ikan kunyit
~Umpan 1 dan 2 akan disediakan oleh penganjur manakala umpan 3 akan dipancing di lokasi

Keperluan lain.
1-Alatan memancing lain
2-Joran paling kurang 2 batang
3-Khemah @ Sleeping bag
4-Binocular jika ada.
5-Lampu suluh
6-Lilin dan lampu recharge
7-Kasut anti gelincir
8-Ubatan peribadi/FirstAids
9-Kotak polistren besar
10-Air batu
11-Makanan
~Kenalpasti dan bawa alatan lain yang perlu. Pastikan tidak membawa barangan terlalu banyak. Bawa yang benar-benar perlu sahaja.

Larangan :
1-Banyak menyuluh pada waktu malam
2-Menebang pokok
3-Membawa balik sesuatu yang bukan tujuan
4-Percakapan tidak sopan
5-Bergerak seorang diri.
6-Mandi pada waktu malam. 
7-Membuang sampah merata-rata.

PESERTA DISYORKAN AGAR MELAYARI LAMAN WEB DAN YOUTUBE BERKAITAN BAGI MENDAPATKAN GAMBARAN AWAL DI PERSEKITARAN PULAU.
Fasilitator : Abe Din Dan Cikgu Amir.
Read more >>

29 May 2013

Trip Penghujung Mei

Selamat datang semua. Masa aku dok sakan menaip ni... sebenarnya aku baru balik mencandat spesies kat bawah tu. Cadang balik nak terus tido. Mata tak berapa nak boleh tutup. rupe-rupenya masa singgah kedai tadi aku minum air Kopi Mahkota Dewa. Bijik mata aku bulat besar tak nak tidur. Maka aku pun buka laptop... taiplah apa yang patut untuk aku share dengan semua pelawat yang datang ke blog buruk aku nih...

Sotong mabang yang baru di gaik

Mabang yang menyambar candat

Untuk pengetahuan korang... malam tadi aku turun mencandat lebih kurang pukul 9.20 malam. Singgah kedai makan kejap dan masuk ke lokasi lebih kurang pukul 10.30 malam. Mula mencandat adelah dalam pukul 11.00 malam. Sampai, terus baling candat dengan sorang mamber.... nak tercabut bahu, sengkor pun tak dapat. Tanya kat sorang Mamat di sebelah... dia baru dapat sengkor besar tapak tangan.... dah sejam mencandat. Tak boleh jadi.... kata putus... pindah tempat.

Sambil bersembang... Mamat tu tunjuk jalan ke satu lokasi lagi... terus pergi. Lalu ikut batu-batu tinggi dan semak samun. Seksa sungguh... akhirnya... sampai jugak. Baling candat terlepas dua kali kemudian dapat dan dapat dan dapat dan dapat....

Muatan kotak polisterin putih

Muatan dalam kotak


Air mula menyurut... sotong dah tak berapa nak galak. Pindah tempat, dapat 2 ekor. Pindah lagi tak dapat. Pindah semula tempat hok mula-mula... tak dapat jugak. Kami balik... padan muka sotong. Balik ikut jalan lain. Jalan kaki ke kereta. Serik dah ikut shortcut... menyeksa dan membahayakan aku je.

3 ekor candat aku ghaib ditelan batu bertangkup dalam laut. Sampai kat kereta... terus pegi pantai basuh dakwat sotong.... cuci-cuci... amik gambar. Fuhhh... 12 ekor semua kami dapat. Lepas tu terus balik.... sebelum tu singgah kedai, minum milo ais. WhatsApp gambar tangkapan kami pada kengkawan lain.... kasi racun same diorang.

Antara sotong mabang yang diperolehi


Kesemua hasil tangkapan malam berkenaan

Sampai rumah.... simpan sotong dalam peti ais... takleh tido lak.. menaip. Besok nak gi Dungun... cari candat dan keperluan candat yang lain sebab nanti kami nak gi pulak. Sebenarnya dah cipta rekod 2013... 12 ekor. Ehh... ngantuk lak... tido dulu yer. Jumpa lagi.
Abe Din.
Read more >>

Sotong Torak 2013

Salam untuk semua. Petang Selasa tadi... sempat jalan-jalan di pasar malam di Kerteh. Sambil meninjau-ninjau suasana pasar... ntah aku pun keliru dan tak faham... aku pun tak tau.. apa yang aku tengah cari. Jalan-jalan... beli CD ceramah je sekeping.

Sampai di lokasi jual ikan... nampak sotong macam kat bawah tu. Tanya harga RM16 sekilo. Sotong nampak segar lagi. Ada orang kata mahal. Bagi aku ok je... bukan aku banyak duit... cuma aku terbayangkan betapa susahnya nak dapat sotong banyak cam tu. Sakit tangan pegang tali kail... lenguh bahu-bahu menghenjut tali.

Bagi sesiapa yang pernah pergi mencandat... diorang ni memang faham. Susah woo nak dapat banyak macam tu. Bila nelayan jual RM16... mahal. Pegi tangkap sendiri le... kihkih. Aku takut sotong tak dapat... mabuk je dapat.

Sotong torak yang baru dinaikkan

Harga pasaran setakat ini RM16/Kilo
Harga di Terengganu sahaja

Dari risik-risik orang-orang nelayan... aku dapat tahu, sotong sudah datang ke perairan Terengganu. Dengor kabo... kawasan Chukai dan Marang. Kat Kerteh takde lagi. Sekarang ni memang tengah hangat diperkatakan tentang trip-trip mencandat torok. Ramai yang dah pegi... ada yang berjaya dan ada yang berduka. Petang tadi baca paper... beberapa pemancing hilang semasa mencandat dah ditemui. Lega rase...

Aku nak bagi nasihat sikit.. dalam keghairahan korang nak gi mencandat ni jangan le nak seronok je... sebelum pegi tambah le sebiji dua ilmu mencandat di laut. Aspek keselamatan pun korang kena ambil tahu juga. Sekarang ni musim ribut dan kilat.. kalau tak kena gaya muntah hijau.

Korang jangan dengor sangat kata tekong. Ombak tinggi sampai kepala pun tak mabuk... diorang dah biase. Korang yang datang dari KL dan bandar tu aku cukup kesian. Dengor citer orang kata best... korang pakat nak pegi. Mentang-mentang le korang banyak duit nak sewa bot. Perancangan bagai nak gila... pijak kaki dalam bot.. terus mabuk. Kesian pulak...

Sebab tu aku nasihatkan korang tanya orang yang sebetulnya memang nak tolong korang. Jangan sampai keseronokan korang bertukar jadi tragedi hitam dalam hidup. Aku bukan nak halang korang mencari pengalaman... aku memang cukup galakkan korang jika korang ada minat... tapi adalah lebih baik korang belajar dulu sikit-sikit sebelum turun ke laut. Semoga pengalaman korang akan lebih menarik. Banyak-banyak berdoa sebelum turun ke laut. Semoga korang sume akan terus success.. Jumpa lagi.
Abe Din.
Read more >>

Petunjuk Dari Kemasik

Selamat datang pada semua pengunjung... beberapa hari lepas ambe sempat singgah di sebuah kawasan perkelahan yang terletak di pantai Kemasik. Lama sungguh tak singgah di sini. Pada ketika itu air laut sedang menyongsong surut. Suasana mendamaikan dengan keadaan laut yang agak tenang.

 
Sotong memang suke tempat camni..

Berapa orang yang peduli amaran ini...

Pulau berbatu yang cantik.

Sambil melihat keadaan sekeliling... terdetik di hati, emm.... masanye telah tiba. Pantai Kemasik boleh dijadikan petunjuk bagi mengetahui kehadiran sotong mabang. Melihat keadaan air dari segi kejernihan, ombak dan kekuatan angin, hati ambe kuat menyatakan sotong telah ada di pesisir pantai Terengganu.
 
Kampung nelayan yang mendamaikan

Kawasan berbatu dan berair tenang

Hati semakin membuak-buak mencari-cari ruang untuk menduga sotong mabang di lapangan.. bile yer.. sibuk sikit sekarang ni. Terbayang wajah rakan-rakan... bila dan dimana? Hehe... masa dan waktunya akan tiba.
Abe Din
Read more >>

Variasi Candat 2013

Salam kunjungan... setinggi penghargaan kepada semua yang masih sudi melawat blog yang tidak seberapa ini. Pada post kali ini, ambe akan berkongsi sedikit maklumat tentang beberapa jenis candat variasi baru. Gaya penampilan yang nampak canggih walaupun harga pasaran semasa boleh dikatakan agak murah. Mungkin rakan-rakan sotonglaut berminat untuk mencuba candat-candat terbaru ini di lokasi masing-masing.

Harga yang tertera pada kotak candat adalah di bawah RM10. Jenama candat termasuklah ProAnglersIssue, T. Blade dan Amses. Candat-candat ini sudahpun berada di pasaran semenjak penghujung tahun lepas. Gaya batu pemberatnya diperbuat daripada logam yang menggunakan acuan khas. Buatan kulit dan bentuknya nampak kemas dan meyakinkan.


Variasi 2013

Candat Yamashita RM38... memang mahal
Kalau tersangkut... adussh..


ProAnglers Issue yang nampak kemas
Harga pasaran RM7.50
Terdapat pelbagai warna untuk dipilih.


Lebih garang dengan warna hitam berbintik pink

Warna yang agak asing dalam bidang ini tetapi...
perlu dicuba keberkesanannya terlebih dahulu.

Bagi pencandat baru.. sewajarnya anda bermula dengan candat yang lebih murah dan canggih ini. Risiko tersangkut dan tali putus memang selalu menghantui pencandat. Jika candat yang tersangkut itu harganya mahal.... emmm... menyesal tak sudah. 

Bagi pencandat profesional... tidak salah anda mencuba candat sebegini. Mana tahu ia mampu membuka selera sotong-sotong di laut. Setakat info ini ditulis... ambe masih belum sempat mencuba candat berkenaan. Jika berpeluang... memang ambe akan cuba. Bagi yang telah mencuba... share lah dengan rakan-rakan yang lain.
Hingga berjumpa lagi.
Abe Din.



Read more >>

23 May 2013

Sotong Kedua 2013

Salam kunjungan kepada semua pelawat blog Abe Din ni... Kali ni nak share dengan pelawat semua sotong-sotong yang ambe pancing pada trip kedua pada 2013 . Trip pada penghujung April di Kijal, Kemaman. Sotong mula memegang candat lebih kurang pada pukul 10 malam ketika air mula menyurut. Keadaan air semasa trip agak bergelora... tapi sotong tetap berselera memegang candat.

Sotong yang baru dinaikkan

Spesies mata hijau yang sentiasa dirindui kehadirannya

Pada malam berkenaan ambe hanya dapat 3 ekor sahaja sotong mabang saiz sederhana. Kena balik awal sebab besok nak kerja... ngantuk mata. Trip tamat lebih kurang pukul 11 malam. Sampai rumah lebih kurang pukul 12.... mandi... tidur.
Abe Din

Read more >>

DIY Gaik Sotong

Salam sejahtera kepada semua pengunjung sotonglaut. Lama juga ambe tak datang update blog ni... maklumlah kesibukan kerja sangat tidak mengizinkan. Sejak post terakhir yang ambe hantar... sudah beberapa kali trip daratan dijalankan bagi menduga kehadiran sotong di perairan Terengganu. Ambe kerap juga melawat port-port biasa bagi menghidu kehadiran spesies lembut ni.

Trip terbaru dalam bulan April 2013 membuahkan hasil apabila beberapa ekor sotong mabang juvernil berjaya didaratkan. Malangnya ambe tidak sempat untuk share gambar dengan korang... hehe, tak tau folder mane tah gambar tu menyorok.

Trip berkenaan dilakukan agak tergesa-gesa... hanya pakai peralatan-peralatan tahun lepas yang tidak diselenggara dengan baik. Hasilnya beberapa ekor candat Yamashita terkorban akibat tersangkut karang dan ditarik sotong besar. Rupa-rupanya... cili yang menyambung candat dan tali telah berkarat dan reput. Tarikan dan daya kuat menyebabkan ia patah dan tercabut dari tali utama. Sayang juga Yamashita tu... kalau sempat modified tentu dapat diguna lagi.

Peristiwa yang membuatkan ambe berkali-kali tepuk dahi ialah ketika ambe cuba menggaik seekor sotong mabang besar yang terkena pancing. Selepas beberapa kali cuba menggaik di dalam keadaan malam yang samar-samar itu..... sotong terlepas akibat terkenjut. Selalunya sekali gaik dah lekat. Rupanya... mata gaik dah reput. Menyesal tak sudah.

Pada post kali ni... ambe akan share dengan korang cara untuk membuat sendiri gaik sotong... hehe kat kedai takde jual ni. Selalunya pemancing baru pakai sauk je. Antara perlatan yang korang kena sediakan ialah tali tangsi...saiz halus +- 0.20mm, sebatang batang pancing boleh laras, gam gajah extra-power, dan mata kail cangkuk 3. Haa tu je....

 Gam dipicit sambil pancing dipusingkan

First sekali, korang asah cangkuk yang terdapat pada setiap mata pancing menggunakan kikir. Kalau korang tak buat macam hok ambe suruh... nanti susuh nak tanggalkan sotong dari mata gaik. Selepas cangkuk pada mata kail diasah, korang ikat pada hujung pancing boleh laras menggunakan tali pancing. Ikat sekemas dan sekuat yang boleh. Akhir sekali korang picit gam gajah di keliling kawasan ikatan sambil memusing jorang. Selepas gam kering... terus boleh digunakan. Habis.



Perhatikan mata pancing yang dibuang cangkuknya


Gaik yang siap dan sedia digunakan

Joran boleh laras panjang lebih kurang sedepa sangat sesuai digunakan...  harga kat kedai dalam belasan ringgit je. Pastikan korang buang dulu cincin-cincin yang terdapat pada joran berkenaan. Biasanya joran boleh laras mempunyai panjang lebih kurang sekaki. Pasang tali dan buat perlindungan pada mata pancing agar mudah dibawa dan tidak mendatangkan bahaya kepada anda dan orang lain. Selamat mencuba...
Jumpa lagi pada post yang akan datang.
Abe Din.
Read more >>

Blogger Pancing