"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 January 2017

Fenomena Jig Vietnam

Salam kunjungan buat semua pelawat dan rakan-rakan blog sotonglaut. Selamat menyambut tahun baru 2017 untuk semua. Bila masuk tahun baru, persediaan menyambut musim eging dibuat dengan rapi. Ada yang tambah mesin baru, joran baru dan tak kurang juga yang mengumpul jig-jig terbaru sebagai persediaan menyambut musim eging di Pantai Timur yang dijangka bermula pada bulan Mac.




Rakan-rakan di Pantai Timur hanya mampu memandang gelombang kuat yang sedang melanda. Nak mancing ikan pun takde mood.. eging lagi le tak boleh. Pada post kali ini, aku nak berkongsi tentang kehadiran jig Vietnam yang secara senyap telah mula menembusi pasaran tempatan. Jig jenis ini banyak digunakan oleh nelayan-nelayan bagi menjerat sotong mabang. 

Dalam bulan Januari baru-baru ini, aku sempat merayau-rayau di kawasan pantai berdekatan dengan tempat kerja. Secara tidak sengaja bertemu beberapa ekor jig Vietnam yang hanyut ke pantai. Jig jenis ini sebenarnya digunakan secara meluas oleh nelayan pesisir. Salah satu punca jig ini menjadi pilihan adalah kerana harganya yang murah iaitu diantara RM5-6 bagi seekor jig bersaiz 3.5.








Walaupun jig ini tidak semahal jig Yamashita, kemampuannya menjerat sotong mabang tidak boleh dipandang ringan. Telah terbukti keberkesanannya hinggakan ada pencandat landbase yang sudah mula menggunakan jig jenis ini. Dari sedikit pemerhatian yang dijalankan, didapati jig jenis ini sangat ringan dan mempinyai daya apungan yang sangat tinggi. Mudah nak beritahu, jig Vietnam adalah jig dari kumpulan slow sink. Walaupun luarannya tidak begitu menarik, penambahan plastik warna di belakang kain mampu menarik pehatian sotong dengan cukup berkesan.






Aku berpendapat, jig ini memang sesuai digunakan oleh nelayan laut memandangkan harganya yang murah dan jika tersangkut masih berbaloi berbanding jig lain seperti Yamashita. Jig ini juga sesuai digunakan apabila kita berada seorang di lapangan eging. Jika eging dalam jumlah yang ramai, jig mahal masih berada di puncak pilihan sotong. Jig Vietnam akan lebih berkesan jika dibuat pengubahsuaian seperti penambahan luminous paint dan sticker yang sesuai. Kalau terjumpa.. cuba beli dan test di lapangan. Jika ada jig yang mampu menarik perhatian sotong dengan baik apa salahnya kita mencuba. Tambahan pula harga jig ini sangat murah. Selamat eging untuk semua-Abe Din.


No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing