PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

07 June 2013

Rendang VS Masak Lemak

Salam sayang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. Pada post kali ini... ambe akan berkongsi resipi cara-cara untuk memasak rendang sotong mabang dan masak lemak cili padi ketam renjong. Sotong mabang yang ambe gunakan adalah sotong yang ambe candat sendiri manakala ketam renjong pula diberikan seorang nelayan kampung semasa trip ke Pulau Ular baru-baru ini.

 Rendang & masak lemak yang telah sedia untuk dihidangkan


Sotong dan ketam yang sudah dibersihkan

First sekali, korang kena bersihkan dahulu bahan-bahan utama resipi ni iaitu sotong dan ketam. Cara membersihkan sotong telah diterangkan dalam post ambe yang lepas. Bagi membersihkan ketam pula... korang perlu menanggalkan cengkerang atas ketam. Caranya, gunakan pisau dan cungkil bahagian bawah cengkerang ketam. Bersihkan dan kerat ketam kepada dua bahagian.

Lepas semua bahan mentah dibersihkan... korang toskan air ketam dan sotong menggunakan penapis. Korang sediakan bahan-bahan macam kat bawah tu... lupa pulak... aku ajar cara nak buat rendang dulu yer..

Kupas ubi kentang, bawang ditumbuk dan dihiris, serai dihiris halus, cili kering digiling, daun kunyit dicarik-carik, kayu manis dan macam-macam benda lagi... aahhh, korang tengok sendiri kat bawah tu. Satu lagi bahan penting yang aku lupa nak upload gambar die... ialah kerisik. Siapa tak tau?... korang boleh beli kat kedai. Selepas semua dah sedia macam gambar kat bawah tu... maka korang mulalah panaskan kuali.. jangan lupa taruk minyak masak. Jeng... jeng...jeng.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat rendang sotong

Selepas minyak panas... camana nak tau?... celup je jari korang. kihkih... acah je.. jangan buat sungguh. Aku gurau je... renjis sedikit air. Kalau bunyi cam garang je.. tu tanda minyak dah panas. Satu cara lagi tengok minyak tiada gelembung udara dan sedikit berasap. Ok boleh gi step berikutnya.

Tumis kayu manis, cengkih, bawang kisar, serai, cili kisar. Bila dah naik bau... letakkan serbuk rendang yang sudah dicampur air. Tumis sampai pecah minyak.... bukan pecah periuk... tu nama ikan. Kalau tak tau... tanya jiran sebelah... apa itu pecah minyak?

Bila pecah minyak.. letak kerisik, asam jawa, santan. Santan mesti letak last sekali. Lepas campuran sebati dan nampak sedikit panas.. letak sotong kemudian campak daun kunyit yang dicarik-carik atau dipotong halus ke dalam kuali. 

Proses mamasak rendang sotong

Letak bawang besar dan kentang. Haaa tunggu apa lagi? kacau le... bagi rata. Semua nak suruh.. (bekeng orang ganu kata). Selepas campuran panas... perlahankan api dan kacau rendang anda sehingga kuah rendang nampak pekat dan kering. Kalau korang malas nak kacau... rendang akan hangit dan rasa pahit. Kalau kerap kacau pun tak molek jugak.... berpada-pada le kalau nak kacau rendang korang.

Ambe gunakan ubi kentang untuk pekatkan kuah rendang. Kalau korang nak pedas... tambah cili padi yang ditumbuk. Pastu... lepas rendang kering, korang boleh hidangkan di dalam bekas yang sesuai. Perasa seperti gula dan garam boleh ditambah mengikut kesesuaian. Sebelum angkat... rase dulu sikit.. jangan rasa semua pulak.. dah ok.... baru angkat.

Masakan kedua pula ialah masak lemak cili padi ketam renjong. Memula, panaskan sedikit minyak.. tumis bawang yang telah ditumbuk. Bawang boleh digiling atau dihiris atau letak seketul terus ikut tahap kerajinan korang. Pastu letak santan dan sedikit air. Jangan lupa taburkan serbuk kunyit dan letak cili padi yang ditumbuk halus. Kalau suka pedas letak banyak cili.. kalau korang tak tahan pedas letak sikit je.

Campak pula serai yang telah ditumbuk hujungnya menggunakan lesung batu. Jangan korang campak lesung batu ke dalam kuali pulak. Lepas campuran mula mendidih, korang campak ubi kentang yang telah dipotong mengikut kreativiti korang. Campak pula ketam yang telah dipotong ke dalam kuali. Tambah perasa seperti gula dan garam ikut jer suka hati korang... asalkan korang bahagia.

Proses menyediakan masak lemak ketam

Untuk makluman korang... jangan masak ketam terlalu lama. kerana ia akan menghilangkan rasa manis isi ketam. Ketam yang telah masak akan berubah warna kulitnya kepada warna merah. Jika isi ketam korang menjadi kecil dan kecut... mungkin korang masak terlalu lama. 

Berhati-hati ketika masak masakan ini... kerana ia akan meruap selepas beberapa minit anda letak santan. Ambe nasihatkan korang jangan tingalkan dapur di masa kritikal seperti ini. Nanti kuah melimpah. Jika korang terpaksa pergi ke mana-mana.... perlahankan api atau tutup terus api.. lagi baik. Kalau korang tak mampu nak lakukan dua perkara ni... takyah masak. 

Selepas masak lemak korang dah mendidih, lakukan ujian rasa. Jika ada umphh... angkat le. Tunggu apa lagi. Sambil-sambil korang masak rendang dan masak lemak ni... jangan pula korang lupa nak masak nasi. Nanti tak pasal-pasal korang makan dua hidangan tu tanpa kehadiran mahkluk nasi. Orang tak pernah buat cam tu... kalau korang buat gak.. jangan takut... takde sape nak marah.

Last sekali... korang boleh cuba resipi ni bila-bila masa je korang suka. Mereka yang tak pandai masak pun boleh cuba masak resipi ni. Bagi yang pandai dan teror memasak... jangan pulak gatal-gatal nak kutuk ambe sebab tujuan kita masak mungkin tak sama. Korang masak untuk sedap.. ambe pula masak untuk kenyang. Bagi ambe kalau perut dah lapar... "kesedapan" itu akan datang sendiri. Jumpa lagi
Abe Din.

19 comments:

  1. salam..macam sedap jer...tp lum pernah lg makan rendang sotong..

    ReplyDelete
  2. Wah... nampak mcm best...
    agak2 bile bleh Giorgio nk rase ni?

    ReplyDelete
  3. Selamat datang Mizz Aiza.. cer test masak. Aiza masak mesti lg sedap...

    ReplyDelete
  4. MammaKekLapis: Sotong jenis ni memang sesuai buat rendang sebab daging dia liat sikit. Boleh test buat kat rumah...

    ReplyDelete
  5. MiaLiana: Thanks Mia datang sini... lama xdengar berita Mia. Semoga terus success dan gembira selalu bersama keluarga.... (rase macam jumpa kawan lame je...kihkih)

    ReplyDelete
  6. Giorgio: Selamat datang... kalau sudi datang le ke Terengganu... Ambe bawok gi candat sekali.. kihkih.

    ReplyDelete
  7. iif lathivah: Selamat datang ke sini..

    ReplyDelete
  8. banyak resepi kat sini...kita tumpang follow boleh...hihi

    ReplyDelete
  9. NaoMei:Terima kasih kerana sudi datang ke blog buruk ambe. Selamat berkenalan. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...

    masak lemak ketam bersama nenas sedap...

    buat pertama kalai dgr sotong masak rendang...hehe

    ReplyDelete
  11. Siti Fironika: Thanks datang sini.
    Wirda Amir:Waalaikumsalam. Sotong berdaging liat sahaja sesuai dibuat rendang. Ketam + nanas memang best.

    Selamat berkenalan untuk anda berdua.

    ReplyDelete
  12. membalas kunjungan sambil follow...wow..menyelerakan..

    ReplyDelete
  13. Masa kat kedai makan tadi... ramai yg sembang bab nie...

    saya agak kurang faham... tapi lepas baca karangan awak...
    saya dah mula dapat tangkap maksud diorg... terima kasih atas post yang bermanafaat nie..


    my website; Rahsia Suami Isteri Hebat

    ReplyDelete

Blogger Pancing