"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

14 January 2012

Evolusi Blog 2

Selamat datang sume pengunjung sotonglaut. Korang apa khabo?
Lama sungguh ambo dok gi mancing sotong...musim sejuk dan banjir sekarang ini semakin membataskan pergerakan dan aktiviti ambo. Sotong memang dak singgah di pantai musim ni. Ombak setinggi galah memang menakutkan. Korang jangan ke pantai..bahaya. Malang memang tak berbau.
 
Boring dok saje.. ambo rajinkan diri untuk bagi sedikit info ringkas tentang blog ambo ni. Sekian lama sejak blog ini mula berada di zon maya semenjak April 2010... dah macam-macam yang dimuatkan di sini. Blog Google ni pun dah beberapa kali mengalami perubahan dari segi penampilan dan pengisiannya. Seiring dengan perubahan ini, ambo juga beberapa kali membuat pembaharuan kat blog ambo ni.. terutamanya dari segi kandungan dan pengisian. Paling ketara adalah perubahan header yang menjadi pengenalan pada blog.


 Header Pertama yang Digunakan

Header pertama yang ambo gunakan diberi nama Sotong Mania yang menggambarkan peragai gila mencandat sotong. Latar belakang bulan menunjukkan sifat dan perangai sotong yang kerap keluar pada waktu malam dan paling galak ketika bulan mengambang. Dua jenis sotong dipaparkan sekali iaitu sotong mabang dan jarum.


 Header berikutnya yang Ambo Guna

Header kedua pula dicipta mungkin sebab ambo dah boring kat header lama tu..Header baru ini diletak latar belakang biru laut bagi memberi gambaran tentang habitat sotong. Ambo dah tak guna nama Sotong Mania.. kerana bagi ambo istilah berkenaan nampak terlalu fanatik... mancing dok kira makan dan dok ingat rumah tangga. Ambo kalau boleh tak mahu orang ikut perangai dok molek tu... ambo nak korang menjadi pemancing dan pencandat yang lebih profesional.

Gambar sotong telah ditambah iaitu sotong kurita dan sotong katak juga sotong torak. Sume gambar diframekan bagi memberi gambaran tentang siri-siri atau tajuk-tajuk yang bakal ambo paparkan kat dalam blog ni. Ambo juga letak alamat blog (takut korang lupa) dan E-mail.. mana tahu kalau korang nak tanya apa-apa. Bendera dan logo Terengganu ambo tambah sebagai tanda penghargaan ambo pada negeri Terengganu tempat lahirnya blog ini dan tempat bermulanya pengalaman ambo. 10QQQ.


 
 Dua Header Pada Tahun 2011

Dua header di atas pula seakan-akan serupe je.... bezanya ialah background header. Header tahun 2011 ni nampak lebih meriah dan ceria sedikit seiring dengan semangat ambo dalam berblogging. Cuma pada header ke dua..ambo delete dia punye background kerana pada masa tu background blog ambo juga telah ditukarkan kepada putih. Bukan apa, supaye ia nampak lebih sedondon.


 Header terbaru blog Sotonglaut

Pada tahun 2012...ambo tukar lagi header Sotonglaut. Bukan ape... korang yang datang kat sini sekali-sekali pun rase jemu juga kalau tengok header yang sama je...Ambo pun jemu gak.. langsir rumah pun orang tukar. Pada kali ni ambo letak gambar orang sedang mencandat bagi memudahkan pengunjung baru memahami jenis blog ini... kihkih... blog pancing sotong. Ambo juga letak surat beranak blog ni..17 April 2010 iaitu tarikh blog ini dilahirkan ke dua maya. Lahir tanpa ibu...kuikui.

 Logo Terengganu Kite

Aku bercadang tahun 2012 ini..ambo akan tambah logo ini bagi menghargai negeri tempat aku menimba dan mengaplikasi ilmu menyotong. Ambo pun nak kabo kat korang bahawa negeri Terengganu ini ialah salah satu negeri yang kaya dengan sumber dan spesies sotong. Best ooo...

Dulu, Kini dan Esok Lum Tahu Lagi..

Sehingga kini dan saat ini...ambo tetap tokse tukar logo yang memaparkan gambo ambo...Logo ni ambo jumpe dalam google...dok come pun...tapi ntah nape, ambo sayang sungguh dengan logo ni walaupun die dok le come mane..Ambo pun dok bercadang nak gantikan logo ni dengan gambo sebenar ambo..bukan ape takut nanti jadi glamer lak... Sekarang mungkin tidak..satu hari nanti mungkin ambo akan replace gambar ambo dengan logo ni. Bile yer..Emmm..

Buat masa ni, bior le ambo tidak dikenali melalui gambor sebenar....bagi ambo siape itu tidak penting...yang penting apa yang ditulis dan sejauh mane ia bermanfaat untuk orang lain. Penat dah merepek...nanti kalau panjang umo kita bersua lagi..bereh. Bye.
Abe Din

4 comments:

  1. Dapat sotong fresh buat sotong sumbat best..hehe..

    Ganu kite,

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheqna: Sotong sumbat memang sedang.. time kasih datang melawat blog buruk ambo..kih

      Delete
  2. kasihsalina..kenape kata blog buruk..cantik..suka sy tgk..lain dr yg lain..ikhlas puji memang cantik..

    memang template blog ni ada icon mcm button info sotong, teknik mencandat sotong..

    jom follow http://www.kasihsalina.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan puji lebih2 Puan... saya ni cepat lemah semangat... Pepun, Sotong dah follow blog Puan Salina. Blog Puan lagi cantik dan banyak info berguna. Timer kasih yer sudi datang dan follow Sotong.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing