Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini ambe akan paparkan satu teknik untuk menguji kedudukan jig anda di dalam air. Ambe menggunakan dua jenis jig yang ambe beli baru-baru ini.
Korang perlu meletak jig yang hendak diuji di dalam bekas berisi air yang jernih dan perhatikan keadaan jig ketika dilepaskan dari permukaan air dan ketika ia berada di dasar bekas. Kedua-dua maklumat ini akan membantu kita memahami gaya renangan jig. Untuk lebih berkesan... gunakan bekas yang lebih besar dan ikat jig menggunakan tali pancing. Buat henjutan untuk melihat cara jig turun dan naik.
Kedudukan dua jenis jig yang berbeza
Dari sudut pandangan yang lain
Sudut pandangan sisi
Pandangan dari bahagian belakang
Untuk makluman korang.. sotong lebih tertarik kepada jig yang berenang dengan keadaan pada bahagian ekornya yang lebih tinggi dan dapat turun naik dengan cepat. Tarian pada bahagian ekor mampu menarik perhatian sotong untuk mengejar jig.
Ambe menggunakan air paip untuk ujian kali ini. Jika keadaan sebenar di lapangan... kedudukan ekor jig akan naik sedikit ke atas kerana ketumputan air laut yang berbeza. Daya apungan air laut lebih baik berbanding air tawar. Semoga apa yang ambe kongsikan ini dapat membantu korang untuk memilih jig yang sesuai bagi digunakan di lapangan. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din.
No comments:
Post a Comment