PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

05 August 2013

Uji Candat Anda

Selamat datang kepada semua pengunjung. Baru-baru ini, aku sempat berkungjung ke satu lokasi candat pada siang hari. Aku masuk ke lokasi bersama dua orang rakan seawal pagi untuk menduga tarikan sotong mabang di sini. Menjelang tengahari, sotong sudah mula kurang galak memegang candat..

Walaupun sotong sudah malas memegang umpan, kami masih setia membaling dan menarik candat... walaupun kami tahu peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis. Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah pengalaman memerhati candat ketika air jernih. Selama ini banyak trip yang diatur ialah pada waktu malam. Cara dan kaedah mencandat hampir sama cuma pada waktu siang kita boleh melihat aksi candat kita dengan jelas.

Lihat renangan serta pergerakan candat anda

Renangan yang baik... pasti membuahkan hasil

Walaupun individu yang berbeza menarik candat yang sama dengan peralatan yang sama, belum tentu gaya renangan candat juga sama. Inilah yang meyebabkan sesetengah individu lebih dominan mendaratkan sotong berbanding individu lain. Kebolehan memainkan candat dengan baik banyak bergantung kepada pengalaman dan gerak hati seseorang. Gerak hati yang aku maksudkan ialah kebolehan menjangkakan kedudukan sotong, kemahiran menjangka kedalaman renangan candat dan kebolehan menggayakan lengok candat. Setiap individu pasti mempunyai perbezaan ketara.

Cari potensi yang ada pada candat anda

Anda Perlu gunakan kelebihan di waktu siang untuk memerhati tarian candat anda. Ketika sotong kurang galak memegang candat, gunakan masa berkenaan untuk menguji renangan candat anda. Anda boleh lihat aksi candat anda dari segi, lenggokkan, kedalaman, kecepatan renangan dan warna candat ketika berada di dalam air laut. Diharapkan dengan rentak yang anda perolehi ketika siang akan dapat diaplikasikan pada kegelapan malam tanpa rasa was-was.

Baling dan tarik... tidak semudah disangka

Seperti yang aku katakan sebelum ini, kemahiran mencandat sotong mabang di darat tidak sama dengan mencandat di laut dalam. Walaupun anda juara di laut, belum tentu anda akan mampu menaikkan seekor sotong di kawasan daratan. Pengalaman aku membawa beberapa otai sotong torak yang begitu gah di laut dengan kemampuan menaikkan sotong torak berbelas-belas kilogram semalam tetapi longlai ketika beraksi di daratan.

Kesimpulan yang aku boleh katakan di sini, belajarlah mencari rentak mencandat di  daratan.. jika anda rajin berusaha tidak mustahil satu hari nanti anda juga mampu menjadi otai baru di kawasan daratan. Jumpa lagi..
Abe Din

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing