"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 August 2013

Aksi Sinker

Selamat berkunjung kepada korang semua. Pada post sebelum ini, aku dah kenalkan kepada korang semua beberapa jenis sinker yang terdapat di pasaran. Korang juga boleh menjimatkan wang dengan membuat sinker sendiri. Apa perlunya sinker yang cantik jika ia boleh berfungsi dengan baik.

Pada post kali ini aku akan berkongsi sedikit tentang teknik dan fungsi sinker. Secara umumnya sinker berfungi untuk mempercepatkan jig tenggelam ke dasar. Jig-jig ringan yang dimainkan di kawasan yang dalam agak lambat untuk sampai ke sasaran. Di kawasan dalam, jig-jig berat lebih afektif. Jika korang tiada jig berat... sinker boleh digunakan sebagai aksesori tambahan pada jig korang.

Sinker kerap kali dimainkan di kawasan laut dalam seperti kawasan unjam. Sotong di laut dalam selalunya mendiami kawasan dasar yang berstruktur. Jika jig ringan digunakan, jig akan mudah hanyut dan sukar untuk sampai ke kawasan sasaran. Berat sinker boleh diubah mengikut kelajuan arus. Oleh sebab itu, sinker yang digunakan perlu fleksibel dan mudah untuk dibuka atau di pasang semula.

Di kawasan daratan pula, sinker berfungsi untuk menambahkan kelajuan balingan. Jig yang lebih berat mampu untuk dibaling jauh ke tengah laut. Jig-jig bersaiz tertentu mempunyai jarak balingan yang terhad. Apalagi jika korang menggunakan tali berdiameter lebih besar. Untuk mengatasi masalah ini, sinker perlu di pasang pada jig yang hendak digunakan.



Penggunaan sinker dari atas bot lebih efektif berbanding balingan dari pantai. Balingan dari pantai akan meningkatkan risiko jig tersangkut. Jika lapangan balingan anda berpasir... penggunaan sinker tidak memberi masalah yang besar.

Pemilihan sinker bagi pancingan atas bot perlu disesuaikan mengikut kelajuan arus laut. Gunakan berat yang sesuai dan berpadanan dengan saiz jig korang. Teknik penggunaan sinker adalah seperti berikut (sesuai di kawasan unjam)
  1. Lepaskan jig terus hingga ke dasar. Kemudian lakukan henjutan beberapa kali, gulung tali dan lepaskan semula jig ke dasar dan ulang kaedah ini.
  2. Lepaskan jig ke dasar dengan melakukan beberapa hentian di tengah jalan dan henjut beberapa kali, gulung tali dan lepaskan lagi tali dengan membuat beberapa lagi hentian dengan kaedah yang sama.
  3. Lepaskan jig terus hingga ke dasar, henjut sekali atau dua kali dan gulung tali satu pusingan. Teruskan sehingga jig sampai ke atas.


Untuk pengetahuan korang, jig yang diletakkan sinker akan tengelam lebih laju dan cepat. Oleh sebab itu renangannya tidak begitu realistik. Keberkesanan penggunaan sinker ini banyak bergantung kepada keupayaan korang untuk menarik dan menggayakan jig agar ia beraksi dengan lebih baik di dalam air. Untuk maklumat korang, sotong tidak mampu mengejar jig yang ditarik dengan terlalu laju. Oleh itu elakkan daripada menghenjut jig sotong seperti melakukan jigging ikan. Sotong mengejar mangsa dan kerap berhenti. Jig yang digayakan juga perlu mengikut rentak renangan sotong iaitu tarik dan berhenti. 

Aku harap korang mendapat sesuatu yang berguna di sini. Hingga berjumpa lagi di pentas maya ini. Bye.
Abe Din.

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing