PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 August 2013

Aksi "Candat Buntal"

Selamat datang kepada semua pengunjung dan pelawat. Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower dan pe"ngomen" di blog buruk aku nih... sesungguhnya sokongan korang sangat mengharukan hati seorang penulis seperti aku ni.


Candat buntal aku : Harga murah & tak hensem

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, aku akan mengupas dengan lebih lanjut tentang potensi candat buntal. Candat buntal ni sebenarnya tak hensem... tapi bila tengok harga die... debor jugak. Sebenarnya candat buntal ni sesuai dimainkan di kawasan cetek. Ketika air surut, selalunya kita akan dapat melihat timbulnya struktur-struktur batuan yang boleh menyebabkan candat kita tersangkut. Candat tersangkut pada batu merupakan satu mimpi ngeri yang biasa di kalangan pencandat. Jika korang dah tahu kawasan berkenaan banyak batu... berani tak korang campak candat kat situ. Apa... berani? cakap je besar. Candat murah dua singgit boleh le nak eksyen...

Buntal Yamashita: Harga boleh tahan gak

Ketika air pasang... lokasi berbatu yang korang lihat semasa air surut, menjadi padang pemburuan bagi sotong-sotong bersaiz besar. Tapi takde saper yang berani nak campak candat kat situ... takut sangkut... Pada masa inilah candat buntal diperlukan. Candat buntal berupaya beraksi pada kedalaman air lebih kurang sejengkal dari struktur tanpa mengakibatkan candat tersangkut. Ini kerana kebanyakkan candat buntal adalah dari jenis floating jig.

Ujian lapangan yang dijalankan di kawasan cetek menggunakan candat buntal telah menjerat beberapa bapak sotong dengan jayanya terutama ketika waktu malam. Korang boleh memilih candat buntal jenis biasa atau yang berluminous. Aku nasihatkan korang menggunakan candat buntal yang mempunyai mata yang kuat kerana sotong yang bermain di kawasan berstruktur cetek ini mempunyai saiz yang cukup mendebarkan.

 
Keadaan air pasang dan surut

Untuk menambahkan kejayaan korang bermain buntal, aku cadangkan korang untuk melawat lokasi ketika air surut. Tujuannya adalah untuk melihat persekitaran batuan yang ada di kawasan tersebut. Pastikan tiada struktur yang paling menonjol di antara struktur-struktur yang lain. Jika ada, korang boleh merancang balingan ketika korang mencandat pada waktu malam dengan cara mengelak balingan pada struktur berkenaan.

Candat buntal paling afektif pada waktu malam kerana sotong besar akan mencari makanan paling hampir dengan daratan. Pada masa ini, jangan korang gatal-gatal nak main lampu sebab ia akan menakutkan sotong. Dok senyap-senyap, baling candat selari dengan pantai. Maksudnya candat buntal korang akan ditarik melalui kawasan batuan dan struktur. Jika korang rasa candat seolah-oleh tersangkut... jangan tarik.... Tunggu seketika..... Jika tali korang  ditarik, buat henjutan dan layan sotong berkenaan dengan pengalaman yang ada pada korang.

Satu lagi istimewanya candat buntal ni... jika aia tersangkut, mudah untuk diambil kerana ia berdekatan dengan kawasan daratan. Masuk dalam air... paling dalam, paras lutut je. Risiko candat hilang adalah cukup rendah.

Cikgu Man dengan bapak sotong
Candat buntal Hijau.. (nampak biru bila kena flash)
Candat buntal tiruan. Bagaimana nak buat? ...TUNGGU.

Candat buntal juga boleh dimainkan bersama candat mayat (rujuk post sebelum ini) bagi menjerat sotong torak di tengah laut. Korang boleh menjadikan candat buntal, kombinasi yang berkesan menjerat torak. Cara ikatan candat buntal bagi menjerat torak akan dibincangkan pada post-post berikutnya.

Aku harap korang sume dapat sesuatu dalam post aku kali ini... penat dah menaip ni.. nak gi berehat lak. Hingga kita berjumpa lagi. Bye.. salam mesra dari aku..
Abe Din.

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing