PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

19 June 2011

Variasi Jig

Selamat pagi kepada semua bloggger, pelawat juga pengunjung sotonglaut.blogspot.com
Sementara menunggu sarapan siap, sempat juga rasanya kalau update info dalam blog ni. Pagi ni nak cerita sikit tentang kemunculan jig-jig sotong baru bagi memenuhi permintaan pencandat-pencandat tegar di Malaysia dan juga dunia.

Jika dahulu, nelayan di Malaysia membuat jig dengan kreativiti dan usaha sendiri, kini jig-jig mudah diperolehi di kedai-kedai menjual peralatan memancing. Apabila jig-jig baru dicipta... sotong-sotong di laut mula sombong dan jual mahal. Kalau jig tidak menepati seleranya... jangan harap sotong nak menghulurkan tantakelnya untuk bersalam. Apa yang pasti harga jig-jig ini memang mahal. Kalau tersangkut dan putus... emm.... demam seminggu.



Seekor mengabang yang ditangkap dua hari lepas


Jig keluaran syarikat Jepun yang cukup berkesan

Jig-jig keluaran syarikat Jepun dan China, Yamashita dan Maria yang lebih dikenali sebagai Yamaria keluaran China sedang berada pada kedudukan yang selesa dalam pasaran jig-jig sotong di Malaysia. Permintaannya sentiasa tinggi walaupun harganya mahal. Satu ciri yang membolehkan ia menempa nama di kalangan pencandat sotong mabang ialah keberkesanannya dalam memikat sotong.


Kepelbagaian jig Yamashita versi terdahulu

Gambar di atas adalah beberapa jenis jig Yamashita lama yang masih lagi berbisa walaupun setakat ini belum terbukti ia berjaya menandingi jig-jig Yamashita versi baru. 

Jig pertama bukan keluaran Yamashita, diperbuat daripada plastik padu dan sesuai untuk menduga lubuk yang lebih dalam. Tiga jig yang berikutnya adalah Yamashita 2.0. Biasa dijumpai dengan warna merah dan pink. Cuba lihat dua lagi warna yang  sukar ditemui di pasaran iaitu warna coklat dan biru. Dari ujian yang dijalankan jig coklat juga mempunyai kuasa penarik yang sama seperti saudara-saudaranya yang lain. Setakat ini jig warna biru masih belum menunjukkan keputusan yang positif.

Apa pentingnya mengikuti perkembangan penghasilan jig ini? Bagi pencandat tegar tentunya jig-jig yang berada di pasaran perlu dicuba bagi melihat keberkesanannya. Selera sotong sentiasa berubah mengikut keadaan persekitarannya. Pencandat perlu mencari jig-jig yang berkesan hampir pada semua keadaan persekitaran agar hasil tangkapan dapat dimaksimumkan.

Jumpa lagi.
Abe Din

1 comment:

Blogger Pancing