PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

20 June 2011

Cangkuk Simple

Salam untuk semua pelawat.. Selamat datang dan moga-moga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini. 

Kali ini Abe Din akan menerangkan cara-cara untuk membuat cangkuk atau lebih dikenali sebagai "gaik" sotong.

Bagi pemancing hardcore sotong, tentunya mengetahui bahawa sotong mabang atau mengabang merupakan sejenis sotong yang kuat melawan. Beratnya boleh mencapai lebih daripada 3 kilogram. Berat yang biasa ditangkap di perairan kita ialah di antara 1 hinga 2 kilogram.

Sotong yang besar dan berat sebenarnya tidak boleh didaratkan dengan kaedah biasa iaitu dengan cara mengangkat sambil memegang tali. Cara biasa ini akan menyebabkan sotong terlepas apabila ia melakukan pancutan air yang terakhir. Bagi menyelesaikan masalah ini, pencandat perlu menggunakan "gaik" bagi menaikkan sotong berkenaan.

Pada post yang lepas, ada ditunjukkan cara membuat "gaik" dan zon-zon "gaik' yang sesuai pada badan sotong. Diharap anda akan merujuk post-post berkenaan. Seiring dengan peredaran masa, Abe Din telah mereka bentuk "gaik" yang lebih simple, mudah dibawa dan mudah untuk dikendalikan oleh pencandat.

Peralatan yang perlu disediakan

Antara peralatan yang perlu disediakan ialah sebatang batang pancing ikan puyu boleh laras (1.8 meter), Mata kail besar, tali tangsi, gam dan tali benang kasar.


Ikat mata kail kepada hujung joran menggunakan tali tangsi, kemaskan dan kemudian gam menggunakan gam cair yang kuat. Keringkan... siap. Setelah kering... cuba dahulu dengan mengaik "olok-olok" agar anda mahir mengendalikannya. Boleh gunakan batang pisang, plastik atau apa sahaja. Jangan test kat kucing pula.


Contoh ikatan mata kail adalah seperti di atas. Jangan lupa membuang ceracak menggunakan kikir. Ceracak akan menyebabkan cangkuk menjadi kemas tetapi sukar untuk dicabut semula daripada badan sotong.


Masukkan semula "gaik" yang telah siap ke dalam bekas pancing dan pasangkan tali untuk memudahkan "gaik" dibawa. Memang kemas dan kiut.. he.he. Kalau takut hilang, jangan lupa tulis nama. Amaran: jangan gunakan gaik sotong untuk mencangkuk ikan besar.. tidak begitu sesuai kerana "gaik" sotong sangat lembut


Contoh "gaik" sotong yang sudah siap adalah seperti di atas. Memang tiada jual di kedai. Sangat ringan dan senang dibawa. Galas di belakang dan ubahsuai panjang tali mengikut saiz badan anda. Bila sotong bersaiz besar mengena, terus buka penutup merah bahagian atas dan keluarkan "gaik" macam cerita kartun "Thundercat" kat tv tu le. Semua aksi berkenaan perlu dilakukan menggunakan sebelah tangan sahaja. Jika anda menggunakan juga kedua-dua belah tangan anda, tentu batang pancing anda akan terlepas dan jatuh ke dalam laut. Satu lagi, anda perlu menggunakan gaik hanya untuk mencangkuk sotong bersaiz besar dan ganas sahaja.

Sotong yang telah digaik akan cepat lemah dan mudah untuk dinaikkan ke darat. Jika anda tidak mempunyai "gaik" sotong, anda dinasihatkan agar membiarkan sotong menarik pancing anda dengan lebih lama bagi tujuan meletihkannya. Sotong yang letih, kurang melawan dan tidak berdaya untuk menyembur dakwat. Jika anda berada di pantai, tarik sotong ke atas pasir perlahan-lahan. Jika anda memancing di kawasan batu atau di atas bot, pegang sotong pada bahagian lehernya sebelum diangkat. 

Kesimpulan dan moral: Buat "gaik" anda sendiri supaya tugas anda menaikkan sotong menjadi lebih mudah.
Jumpa lagi.
Abe Din

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing