PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 June 2011

Ubahsuai badan

Salam kepada semua rakan-rakan blogger dan pelawat yang sudi datang menjengah ke sini. Semoga semua sihat-sihat belaka. Jika anda seorang pemancing atau pencandat sotong, semoga tabah dalam mencari rezeki dan jangan lupa mengamalkan etika memancing yang baik.

Cuba anda perhatikan gambar kat bawah tu... satu pasukan sotong sedang berehat di sisi terumbu karang. Jika anda pernah melakukan skuba di kawasan terumbu, mungkin anda pernah ternampak gang sotong ni sedang lepak. Kita juga boleh lihat dari daratan atau bot ketika keadaan air laut jernih.

Apabila candat dibaling dan ditarik melaluinya, ada beberpa perkara yang mungkin akan berlaku iaitu sotong akan mengejar dan menarik jig anda dengan ganas atau sotong mengejar separuh jalan dan berpatah balik atau sotong buat "dek" je. Kemungkinan kedua dan ketiga terjadi kerana jig yang anda gunakan tidak menarik perhatian sotong. Kemungkinan yang dinyatakan mungkin mempunyai ketepatan hingga 80% manakala 20% lagi ialah berkaitan dengan gaya anda mencandat. (Bukan berdasarkan kajian saintifik sebenar)

Sotong ialah haiwan yang terkenal dengan sifat yang mudah 
marah dan cepat mengesan perubahan pada persekitarannya. 

Bagi merungkai permasalahan di atas, Abe Din akan mengupas sedikit tentang teknik bagi menambah daya penarik pada jig udang atau candat. Kebiasaannya, proses pengubahsuaian badan jig dibuat atas dua faktor utama iaitu jig tidak berjaya menarik perhatian sotong dan jig berkenaan sudah lama atau warnanya sudah pudar.

Pernah anda melihat bahan di atas?

 Jig yang telah disolek menggunakan cat khas

Bahan di atas merupakan satu cecair seakan-akan cat yang mempunyai sifat menyimpan cahaya. Cat yang disapu akan kering dengan cepat dan mempunyai ciri-ciri "luminous" dan bercahaya apabila disuluh dengan lampu. Harga di pasaran lebih kurang RM35. Setakat ini tiga warna telah dijumpai dijual iaitu kuning, putih dan hijau.

Perhatikan jig klon dan cougar yang dicat 
menggunakan cat luminous

Jig Yamashita hijau yang telah disolek


Perbandingan cougar asal dan yang telah disolek

 
 Perbandingan klon merah yang asal dan telah disolek

Selalunya solekan dibuat pada jig lama atau jig murah yang tidak lagi berkesan menarik perhatian sotong. Cara solekan yang betul ialah solekan nipis pada bahagian bawah perut, ekor dan mata atau di mana sahaja bahagian badan jig mengikut kreativiti anda. Jangan lakukan solekan berlebihan kerana ia akan menakutkan sotong. Elakkan juga menyolek candat mahal yang baru dibeli.

Perlu diingat solekan yang dibuat bukan bermakna tangkapan akan lebih lumayan. Solekan yang ditunjukkan hanya sebagai satu alternatif untuk memanjangkan hayat jig usang ataupun untuk memenuhi keinginan anda dalam mencuba sesuatu idea yang baru.

Dari beberapa ujian yang dijalankan, solekan yang dibuat akan meningkatkan keberkesanan jig anda berbanding jig sama yang tidak disolek. Semoga idea yang diberi dapat membantu anda. Jumpa lagi.
Abe Din

3 comments:

Blogger Pancing