PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

18 June 2011

Tinjauan Lokasi

Salam untuk semua pelawat. 
Kali ini, Abe Din akan bercerita tentang salah satu lokasi pancingan sotong yang popular di Terengganu. Kawasan berkenaan terletak di Kerteh, Kemaman. Kawasan ini merupakan salah satu lokasi popular bagi  pencandat-pencandat tegar dari Kerteh dan Paka. Jika anda biasa ke lokasi ini, anda akan dapati kawasan ini sentiasa dikunjungi oleh pemancing ikan dan pencandat sotong. Waktu malam dan subuh juga boleh dilihat pemancing-pemancing sabar mencari rezeki di sini.

Industri minyak begitu sinonim dengan Kerteh

Jalan utama menghala ke Paka dan Dungun

Jalan tanah menuju ke lokasi

Jalan menuju ke kawasan pantai

Untuk sampai ke kawasan berkenaan, anda perlu melalui kawasan tanah merah dan becak apabila musim hujan. Tinjauan yang dilakukan  didapati, pihak-pihak yang diberi kuasa untuk menjaga lokasi ini tidak begitu berminat untuk memperbaiki jalan berkenaan. Jalan yang kotar dan berair tentunya membahayakan pengunjung yang datang ke sini. Abe Din berpendapat imej sebegini tidak sesuai ditonjolkan dan akan memberi kesan tidak baik terhadap kredebiliti kesan dari tafsiran pihak luar yang berkunjung ke sini.

Tinjauan yang dilakukan juga menunjukkan bahawa kawasan ini kerap dijadikan lokasi oleh  pengunjung tempatan untuk berkelah, mandi-manda dan berehat bersama keluarga. Pekerja-pekerja industri minyak juga datang ke lokasi ini untuk berehat sementara menunggu shif yang berikutnya. Dari temubual yang dilakukan, didapati ada juga pengunjung dari luar Terengganu yang menjadikan lokasi ini untuk berehat sambil melihat keindahan kawasan ini. Pengunjung yang datang ke sini mungkin meliputi pelbagai latar belakang serta lokasi yang berbeza-beza.

Lokasi batuan yang menganjur ke laut

Pemancing dan pencandat sedang mencari rezeki

Keadaan air yang bergelora

Kawasan ini sangat berpontensi untuk dijadikan kawasan rekreasi yang popular. Apa yang sangat membanggakan, lokasi ini cukup bersih kerana dijaga oleh pekerja-pekerja yang pada pendapat Abe Din cukup berdedikasi.

Beberapa konflik kecil telah berlaku di sini, kawasan yang lebih dikenali sebagai "Chagar Hutan" kalau tidak silap telah menjadi lokasi pemiliharan dan pemuliharaan penyu. Secara tidak langsung ia telah menjadi perebutan kawasan antara pengunjung, pemancing, pencandat dan penjaga penyu itu sendiri. Banyak isu-isu yang diberitahu bahawa para pemancing tidak dibenarkan memancing di kawasan ini pada waktu malam. Kemungkinan ia menimbulkan perasaan marah di kalangan pemancing kerana lokasi ini sudah sekian lama menjadi lokasi tumpuan mereka.

Alhamdulliah, katanya isu perebutan itu tidak lagi berlaku. Penjaga yang menjaga kawasan penyu pada tahun ini dikatakan sangat baik terhadap pemancing dan pengunjung yang datang ke situ. Mereka sangat profesional dan menegur pengunjung dengan cukup mesra dan berhemah. Mungkin pengunjung-pengunjung baru tidak tahu dengan peraturan di tempat ini. Tugas yang dilakukan oleh penjaga penyu menegur dengan baik, sangat berkesan mendidik pengunjung yang datang ke sini.

Diharap para pengunjung dan pemancing juga tidak mengambil kesempatan di atas sikap toleransi ini. Perlu disedari, kita sama-sama mencari rezeki di bumi milik Allah ini, tidak perlu sombong dan angkuh. Tiada suatu yang akan kekal. Berkongsilah harta milik Allah ini dengan baik dan jangan membuat khianat.

Jika panjang umur, Abe Din akan membuat kunjungan di lokasi lain pula.
Sehingga berjumpa lagi

"NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK"
Abe Din.

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing