"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 May 2010

Trip Malam 28 Mei

Sotong Torok Lebih Sedap Daripada Sotong MabangSekadar Gambar hiasanPada malam 28 Mei 2010, lebih kurang pukul 8.30 pm, saya mula ke port sotong di Petronas. Setelah sampai lebih kurang 5 minit seorang lagi rakan Sotong Mania tiba ke lokasi pada ketika...
Read more >>

Fakta Sotong

Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid).Teuthidia merupakan order cephalopod terbesar...
Read more >>

25 May 2010

Menarik Sotong

Sekadar hambar hiasanApabila candat sedang dihenjut, kita akan terasa seolah-olah tarikan kita lebih berat dari sebelumya. Itu menandakan ada sotong yang telah sudi memegang candat kita dengan jari lembutnya. Mungkin jenis candat yang kita gunakan...
Read more >>

18 May 2010

Awasi Bahaya

Apabila henjutan sotong semakin menggila, kadang-kadang kita terlupa tentang bahaya yang menanti. Hal keselamatan diri jarang diambil peduli. Malang tidak berbau.Ancaman TodakJangan bermain-main dengan lampu. Lampu suluh yang disuluh di merata-rata...
Read more >>

Tips Elak Mabuk

Sesuatu trip mencandat sotong tidak akan bermakna jika pesertanya mabuk laut. Selalunya mereka yang mabuk laut akan hilang selera untuk makan dan membuat aktiviti-aktiviti lain termasuklah mencandat sotong.Ada individu yang mabuk laut tidak mampu walaupun...
Read more >>

16 May 2010

Cari "Kandang"

"Kandang" ialah satu istilah yang digunakan oleh pencandat tempatan bagi menerangkan lokasi sotong berkumpul dan bertelur. Jika sesiapa berjaya menjumpai "kandang" sotong, maka peluang untuk mendapatkan sotong dalam jumlah yang banyak sangat cerah....
Read more >>

Cara Ikatan Candat

Ketika mula mencandat sotong torak, saya cuba meniru dari jauh apa yang dilakukan oleh tekong. Dari memasang umpan sehinggalah cara henjutannya. Apa yang pelik, tiada sotong yang sudi menarik candat, sebaliknya tekong menaikkan sotong seekor demi seekor....
Read more >>

Jenis-jenis Candat

Pelbagai Jenis Candat Untuk Menjerat Sotong TorakCandat bagi menjerat sotong torak terdiri dari beberapa jenis antaranya candat twist, candat udang dan candat umpan. Setiap kali turun ke laut, kita memerlukan paling kurang dua kombinasi mana-mana jenis...
Read more >>

Pemilihan Candat

Candat merupakan satu perkara penting yang mungkin menentukan hasil yang akan diperolehi. Pemilihan candat bukan sekadar ikut-ikutan. Ramai pencandat baru membeli candat hanya berpandukan nasihat dan cadangan tokeh kedai pancing. Perlu diingat (bukan...
Read more >>

15 May 2010

Alat & Kelengkapan

Persediaan kelengkapan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu makanan, keperluan peribadi, dan peralatan mencandat.Makanan yang perlu disediakan bergantung kepada tempoh trip. Selalunya, tekong bot memasak dan menyediakan makanan kepada penyewa. Semua...
Read more >>

Pemilihan Tekong

Tekong merupakan individu penting yang banyak memberi sumbangan kepada aktiviti mencandat sotong. Dengan bayaran yang mahal, pencandat berhak untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada tekong.Tekong sepatutnya mahir mencari kandang sotong atau tempat...
Read more >>

Pemilihan Ahli Trip

Keseronokan sesuatu trip mencandat yang dirancang dapat diukur melalui hasil yang diperolehi. Jika hasil memberangsangkan, sudah tentu wajah kepuasan boleh dilihat pada semua ahli trip. Maka, sepanjang perjalanan pulang ke tempat masing-masing akan...
Read more >>

Pemilihan Bot

Bot merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius sebelum trip. Saiz bot, Lokasi bot, Keselesan bot dan kadar sewa perlu diteliti dan di beri perhatian yang sewajarnya.Gambar di atas merupakan sebuah bot yang pernah diiklankan di dalam...
Read more >>

Merancang Trip

Sekadar gambar hiasanMusim mencandat muncul lagi. Menjelang bulan April banyak trip-trip mencandat sotong telah diadakan. Kebanyakan trip tertumpu di perairan pantai timur. Terengganu merupakan destinasi pilihan.Hampir kebanyakkan pemancing datang...
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing