Selamat datang dan salam kunjungan untuk semua. Post kali ini nak cerita ringkas-ringkas je... candat bola baru yang dibuat bagi persediaan pertempuran di pulau ular. Jig udang yang di"bola"kan pada kali ini diubah design baru dengan hanya menggunakan garis tunggal yang tebal di tengah.. bahagian belakang jig. Garis dicorak secara memanjang dari hujung kepala ke bahagian ekor.
Pandangan corak dari atas
Pandangan jig dari belakang.
Perhatikan tanda bulat yang dibuat..
di tengah-tengah mata bahagian paling hujung
Salah satu teknik mencorak jig adalah dengan membuat satu tanda bulatan pada tengah-tengah mata di bahagian yang paling luar. Kaedah mencorak ini bertujuan untuk menarik perhatian mangsa agar berselera memegang jig udang. Semasa kita menarik candat... sotong kerapkali membuat serangan dari bahagian belakang. Dengan meletak cat luminous pada hujung mata candat... ia akan mudah dikesan oleh sotong. Pengerakan dari tarikan jig, menghasilkan bulatan bercahaya seakan-akan berkelip dan turun naik.
Setakat ini... ambe sudah memperkenalkan 5 jeniis corak yang boleh korang tiru untuk diaplikasikan pada jig udang korang. Antara corak yang pernah ambe utarakan termasuklah ... bulat, belang, tidak sekata, lurus dan rawak. Sila rujuk post-post yang terdahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekian untuk kali ini. Jumpa Lagi-Abe Din
Read more >>
Selamat datang semua pengunjung. Hari ini nak tunjuk satu jenis candat yang jarang juga orang guna... tetapi ambe memang suka guna. Harga mahal sikit. Saiz yang biasa ambe guna 2.5. Sesuai untuk sotong saiz besar. Dilengkapi dengan mata jenis "V'. Tusukan dan cengkaman yang cukup tajam dan kuat. Bagi pencandat baru... jangan guna lagi candat ini. Bentuknya yang larus dan pipih... menyebabkan ia cepat tenggelam dan jika korang tak pandai. Senang sangkut kat batu karang. Kalau korang nak guna juga... cari tepi pantai berpasir... Sure tak sangkut.
Design sebegini sesuai digunakan di laut. Cari saiz yang besar sikit, 3.0 atau 3.5. Kalau ada mabang... memang dia tak tolak punya. Sesapa yang berkenan nak cuba... tinjau-tinjau le kat kedai pancing. Bukan semua kedai ada jual jig jenis begini. Kena rajin melawat... baru jumpa. Selamat mencandat-Abe Din.
Read more >>
Salam untuk semua pengunjung. Kali ini ambe nak share suasana di Kuala Kerteh. Semua gambar kat bawah ni... ambe rakam semasa ambe nak turun ke laut baru-baru ni. Siapa yang pernah sampai ke sini... tentunya kenal lokasi-lokasi yang ambe paparkan kat bawah tu.
Deretan bot-bot fiber sedia turun ke laut
Salah satu jeti pendaratan ikan yang terdapat di sini
Antara bot fiber kepunyaan nelayan di sini
Monyet sedang menunggu peluang
mencuri apa yang patut
Pagi-pagi dah keluar cari makan.. rajin dia.
Kalau korang tengok betul-betul,
ada dua ekor ikan belacak
Saiz besar gila... ambe pun tak pernah tengok.
Kalau kita biasa datang ke sini... sekurang-kurangnya dapat juga merasa jerih perit kehidupan nelayan kat Kuala Kerteh ni. Walaupun yang memandang tak sama dengan yang memikul. Kadang-kadang kita kena bersyukur di atas apa yang kita ada pada masa ini.-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan... Apa khabar semua? Kali ni, dah penat dah nak menaip. Errrr.. korang tengok je le hasil yang ambe dapat kat bawah tu. Tak banyak, 4 ekor je. Saiz boleh tahan juga. Lokasi Kerteh. Ok.. semua selamat mencandat dan jumpa lagi-Abe Din
Berjaya didaratkan dengan selamat di atas batu
Saiz boleh tahan juga... kuat tarik.
Si mata hijau. Cantik mata melirik..
Antara rezeki yang dibawa balik.
Read more >>
Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini... Abe Din nak kongsi sedikit pengalaman memburu sotong mabang di laut. Pada awal bulan.. baru-baru ini... ambe sempat mengikut trip memburu mabang di laut. Keluar rumah seawal 7 pagi dan naik bot fiber di Kuala Kerteh. Lama juga tak turun ke laut. Air laut cukup tenang... mujur le tak mabuk laut.
Sotong tak makan.. Tenggiri yang menyapa.
Tak disangka-sangka... saing yang melabuh umpan ikan kembong direntap kasar sang tenggiri. Ikan lari cukup laju.. sampai tersangkut di unjam dan terus lekat. Orang kata kalau dah rezeki... tarik-tarik sampai merah tangan. Dapat juga digaik. 4 kilo sekor... emmm. Lauk-lauk.
Ikan apa ni?... orang kata sedap
Haa... ni le tiga dari empat ekor mabang
yang sudi menyambut salam jig udang
Sotong kurang menarik pada trip kali ini.... tetapi yang sudi, besar-besar juga. Berdebar rasa. Lama tak tarik sotong laut yang terkenal dengan besar dan ganas. Alhamdulillah... dapat juga 4 ekor. Seekor torak sempat menyambar jig udang tetapi berjaya melepaskan diri
Antara hasil pancingan pagi di laut
Sekali tarik... lekat juga dua tiga ekor ikan
Walaupun sotong tak begitu makan... dapat juga bawa balik ikan. Dua lagi gang atas bot cukup rajin memancing. Dapat juga ikan untuk dibuat lauk. Tentunya perairan Kerteh masih lagi menyimpan khazanah sotong yang besar-besar. Tunggu je masa dan ketikanya untuk kita bersua lagi. Kami bersiap balik lebih kurang pukul 12 tengahari. Hari Jumaat... kena balik awal. Ok... jumpa lagi di lain kali-Abe Din.
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini, ambe nak bagitau tips untuk mengubahsuai mata jig. Pada post terdahulu... ambe pernah cerita tentang jenis-jenis mata jig yang terdapat di pasaran. Mata jig jenis "V' adalah anatara mata jig yang paling kuat dan berkesan untuk memerangkap mangsa bersaiz besar. Mata jenis ini agar sukar diperolehi. Hanya beberapa syarikat pengeluar jig sahaja yang menggunakan mata jig jenis"V". Selalunya jig yang menggunakan mata jenis ini agak mahal daripada jig biasa.
Mata jig Yamashita yang belum diubahsuai
Walaupun begitu, kita perlu kreatif untuk mengubahsuai mata jig biasa kepada mata jig yang berkesan bagi tujuan memerangkap mangsa bersaiz besar. Kali ini ambe menggunakan jig Yamashita egi sutte atau biasa ambe gelar sebagai "killer 2014".
Sebelum korang ubahsuai mata jig... korang perlu sediakan playar muncung tirus supaya kerja membengkok mata jig menjadi lebih mudah. Jangan guna tangan... bahaya boh!. Keluarkan sedikit mata jig menggunakan playar muncung tirus secara beselang seli dari kiri ke kanan serta berselang seli atas dan bawah. (Rujuk gambar di bawah).
Ujian lapangan menunjukkan... penggunaan mata jig yang diubahsuai sebegini mampu menjerat mangsa bersaiz besar dan peratus sotong terlepas sangat rendah. Perlu diingat jangan muka mata jig terlalu luas kerana ia akan melemahkan kekuatan mata jig berkenaan.
Mata jig yang telah diubahsuai
Ambe syorkan agar ubahsuai menggunakan jig Yamashita kerana mata jignya dibina daripada logam yang lebih besar dan keras. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>
Salam kunjungan untuk semua. Pada post kali ini... ambe nak berkongsi satu lagi patern yang biasa ambe lakar pada candat sebagai penarik tambahan untuk sotong. Kebiasaanya ambe menggunakan patern bulat-bulat di bahagian atas candat. pada kali ini, ambe mencorak jig udang menggunakan patern tidak sekata.
Jig killer 2014 yang masih belum diubahsuai
Rupa jig yang di"bola"kan.
Nampak macam ganas jer...
Seperti biasa, ambe menggunakan cat luminous warna hijau dan putih. Warna kuning dah abis... nak beli takde jual dah kat kedai. Oleh sebab itu... ambe belasah je guna warna hijau dan putih. Kombinasi dua warna ini memang cukup berkesan menipu sang lembut. Jika korang nak mem"bola"kan candat korang... jangan sekali-kali korang cat di bahagian perut. Biarkan perut candat dalam keadaan warna asalnya... selalunya perut candat berwarna putih atau sedikit cerah.
Ambe cadang nak test terus kat pantai... tak sabar rasa...tapi sibuk kerja lagi. Tak sempat nak mencandat. Simpan dulu. Kalu korang nak tiru... cepat sikit dan terus pergi test kat tempat korang. Mana tau ada bapak-bapak sotong sedang tunggu jig bola korang. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
Read more >>