"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

13 September 2016

Tinggal Sejarah

Salam untuk semua. Ketika pulang dari aktiviti eging di Kemaman, kami sempat singgah di salah satu lokasi yang banyak melakarkan sejarah dalam dunia eging kami. Sotong terbesar 2016 juga didaratkan di sini. Lokasi yang dimaksudkan ialah Kawasan Kuari Teluk Kalong, Kemaman. 

Telah terdengar khabar angin bahawa kawasan ini telah dimajukan secara agresif oleh pemaju di sini. Tinjauan kami hanya untuk mengesahkan berita yang diterima sebelumnya. Setiba di kawasan tersebut.. sebuah kapal pengangkut batu telah berlabuh di kawasan tersebut. Landskap telah berubah. Macam tak percaya. Dulu kawasan ini merupakan kawasan kami mencari rezeki. Ntah berapa ratus kilo sotong telah berjaya didaratkan di kawasan ini... tetapi sekarang semuanya tinggal sejarah.



 Semuanya tinggal sejarah

 Kawasan berpotensi yang sukar dicari ganti

Teluk yang menjadi tempat tumpuan sotong telah ditimbus dengan batu dan pasir. Tentunya kehadiran lampu dan kapal pengangkut yang besar akan menakutkan sotong. Tempat ini nampaknya sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan lokasi mencari rezeki. Sotong sangat peka dengan perubahan kawasannya. Kawasan yang ditambak dengan batu akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih. Selagi karang tidak tumbuh...selagi itulah kawasan itu hilang potensinya untuk eging. Mungkin jika kapal tidak lagi berlabuh di situ dan lampu dipadamkan... tempoh pemulihan akan lebih singkat. Hendak mencari seekor dua mungkin tidak sukar tetapi untuk dapat dalam jumlah yang banyak seperti dahulu memang mustahil.


 Lori Hantu sedang memunggah batu

Kawasan bukit yang telah gondol


Bila diperhatikan secara kasar kesan projek mampu mencemarkan air pesisir ketika hujan. Sotong dan ikan memang berkurang dengan cepat di kawasan ini. Bila difikirkan dengan mendalam... terpaksalah kami mengundur diri dan mencari alternatif kawasan yang lebih sesuai. Dalam hati ini berbisik dengan cukup yakin... tempat sebegini walaupun tidak cantik, memang sukar untuk dicari ganti.-Abe Din

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing