"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

14 September 2016

Fahami Gaya Makan Sotong

Salam kunjungan untuk semua tetamu yang sudi bertandang. Kali ini, ambe nak berkongsi sedikit pengalaman yang berkisar kepada eging sotong mengabang atau sotong mabang. Dalam keasyikan kita melayan kerenah sotong yang kita tangkap jarang sekali kita melihat kepada beberapa tanda dan petunjuk yang hadir di lapangan. Keadaan ini menyebabkan kita terlepas beberapa rahsia penting yang akan membantu kita ketika pemburuan di masa hadapan.

Petunjuk yang biasa kita abaikan adalah berkaitan dengan tantakel sotong. Lengan sotong yang mempunyai daya lekat luar biasa ini membantu sotong menangkap mangsanya. Tanpa lengan ini, tentunya sotong sukar untuk menangkap mangsanya. Korang mungkin boleh merujuk post-post yang ambe tulis dahulu berkaitan tantakel sotong. Sotong mempunyai dua kumpulan lengan utama iaitu lengan primer terdiri daripada dua lengan yang paling panjang dan lengan skunder yang lebih pendek dan kuat. Lengan primer menangkap dan menarik mangsa ke lengan skunder. Lengan skunder berfungsi memeluk mangsa dengan lebih erat dan ia juga berfungsi untuk memusing-musingkan makanan untuk digigit.


Sotong Akan Mengikut Mangsa 
Dan Melancarkan Serangan Ketika Sesuai


Ketika Tiba Masa Makan, 
Sotong Tidak Begitu Berkira Tentang Jenis Dan Warna Jig


Ambe telah mereka satu set skala bagi memudahkan pemahaman korang semua. Ringkasan bagi cara menangkap mangsa yang merujuk kepada jig ditunjukkan seperti jadual di bawah:

Graf Menunjuk Skala Dan Peratus Peluang Mendapatkan Tangkapan
Skala 1 Lebih Tinggi Peluang Menaikkan Sotong Berbanding Skala 5


Dari kedua-dua jadual dan graf di atas dapat ditafsirkan bahawa peluang menaikkan sotong bergantung kepada cara pelukan sotong pada badan jig udang. Skala 5 memerlukan bantuan gaik agar sotong didaratkan dengan selamat. Semakin besar skala, semakin tinggi keperluan menggunakan gaik sotong.

Skala yang direka juga dapat menunjukkan dengan jelas minat sotong terhadap jig yang digunakan. Jika sotong yang didaratkan menunjukkan corak skala 1, jig yang kita gunakan sangat diminati oleh sotong pada ketika dan waktu itu. Perubahan minat ini akan berubah mengikut cuaca dan keadaan air laut. Jika hasil berikutnya menunjuk perubahan nilai skala yang semakin besar, anda boleh menukar warna dan jenis jig anda sehingga skala tangkapan yang didaratkan menunjukkan nilai yang kecil.

Nilai skala besar menggambarkan situasi sotong yang berhati-hati, tidak begitu rakus dan juga petunjuk respon yang lemah kepada jig anda. Disyorkan jig ditukar sehingga nilai skala menjadi kecil. Kesimpulannya semakin kecil nilai skala, semakin bertambah minat sotong kepada jig yang anda gunakan. Perlu ditekankan sekali lagi nilai skala boleh berubah sebaik sahaja cuaca, keadaan air dan persekitaran berubah.

Bagi memudahkan korang memahami apa yang aku bebelkan di sini, disertakan gambar yang merujuk kepada skala yang digunakan. Sila fahami dengan sebaiknya..


SCALE 5





SCALE 4





SCALE 3




SCALE 2



SCALE 1

Semoga korang dapat menguasai dan memahami apa yang aku share pada kali ini. Faham dan gunakan agar hasil tangkapan lebih baik pada masa akan datang. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi-Abe Din



1 comment:

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing