Salam untuk semua. Lama tak update blog buruk ni. Sibuk sikit... banyak kerja bila dekat hujung tahun ni. Korang apa khabar. Opsss...selamat menyambut Aidil Adha bagi yang beragama Islam. Kalau korang nak tahu... bulan lepas... aku, Amir, Faizal dengan Fizi sempat eging bersama di sebuah kawasan rahsia di Kemaman. Dapat lah dalam empat ekor... saiz kecik-kecik. Air jernih sangat.
Ada beberapa orang kaki pancing ikan juga pulang dengan tangan kosong. Dalam dok berehat selepas kumpau... aku terjumpa bangkai seekor sotong katak berhampiran dengan tempat aku berehat. Bangkai nampak masih baru lagi...mungkin petang semalam.
Saiz besar dalam anggaran berat 1 Kg
Aku tengok kawasan sekeliling kot ada petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pemangsa. Aku tengok ada percikan dakwat merata-rata dan paling banyak di atas batu yang lebih tinggi. Aku jangkakan pemangsa makan di situ. Melihat kedudukannya yang lebih tinggi dari kawasan sekitar aku dah agak.. ini kerja helang.
Helang selalu tangkap ikan dan jarang menangkap sotong dari spesies lain. Sotong katak mudah ditangkap kerana saiznya besar dan mudah dilihat dari atas, tambahan pula pergerakannya perlahan dan lambat ketika melarikan diri dari serangan helang. Sotong katak suka merayau-rayau di kawasan berbatu yang cetek untuk mencari makanan manakala helang memang mudah mengesannya dari atas.
Kerap menjadi mangsa berbanding sotong lain
Jika kita rajin memanjat kawasan batuan di tepi pantai, kerapkali kita bertemu dengan tulang-tulang sotong katak. Semua ni kerja helang yang menangkap dan membawa sotong katak ke kawasan tinggi untuk dimakan. Tulang yang tidak dimakan ditinggal bersepah di celah-celah batu. Jika nak fikir logik...ombak memang tak sampai ke kawasan berbatu yang tinggi.
Lokasi memujuk terbaik di sini
Kawasan berbatu cetek tempat pemburuan katak
Kawasan berbatu landai sesuai bagi penyamaran sang lembut
Lokasi mangsa dijumpai
Percikan dakwat sotong katak
Helang laut banyak ditemui di kawasan tepi pantai dan paya bakau. Ketika air mula pasang kita akan melihat ia berlegar-legar di udara mencari ikan. Kadang-kadang ia singgah di pokok yang tinggi sampai memerhati kawasannya jika terdapat sebarang pergerakan pemangsa. Diet utamanya ialah ikan dan sotong katak yang naik ke permukaan air. Mata helang memang tajam. Ia berupaya mengesan pergerakan sotong yang terkenal dengan penyamaran di kawasan berbatu. Dengan sekali terjunan...kuku helang yang tajam mampu mencengkam badan sotong katak dan membawanya terbang ke tempat yang lebih tinggi.
Pada kali ini bangkai sotong dijumpai di kawasan rendah. Mungkin helang itu bersaiz kecil dan tidak mampu untuk membawa sotong besar terbang ke tempat tinggi. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa helang lebih banyak menangkap sotong katak berbanding manusia di kawasan pesisir. Kemahiran helang ini boleh dibuktikan dengan kehadiran banyak tulang sotong katak di kawasan batuan tinggi. Tanpa kita sedari helang telah menjadikan sotong katak sebagai salah satu diet utamanya selain ikan.-Abe Din
Pemangsa yang ramai orang tidak jangka
No comments:
Post a Comment