"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

30 January 2016

Modifikasi Jig 8

Salam kunjungan buat semua yang sudi singgah di sotonglaut. Pada kali ini... sekali lagi ambe nak share teknik modifikasi jig yang diperkenalkan oleh seorang rakan FB dari negara Jepun. Ambe sudah diberi kebenaran untuk publish ciptaan ni kepada pencandat-pencandat di Malaysia. 

Cuma beliau minta diberitahu jika ciptaannya ini berjaya menipu sang lembut. Setakat post ini ditulis, ambe masih belum mengaplikasi ciptaan ini di lapangan.  Ambe kongsikan juga di sini... kerana mungkin ada pencandat kita di luar sana yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Jig yang ambe kongsikan pada kali ini... ambe namakan "Jig Hantu". Nama ini dipilih secara spontan memandangkan rupa bentuknya yang tidak kemas dan tidak terurus. Bagi membuat "Jig Hantu" tidaklah begitu susah... anda hanya perlu mendapatkan seekor jig udang mengikut corak kegemaran masing-masing dan juga umpan soft plastic sotong seperti gambar di bawah. Sarungkan soft palstic sotong berkenaan pada bahagian kepala jig udang seperti yang di tunjuk dalam gambar.


Peralatan yang diperlukan: Jig udang dan
jig sotong soft plastic


Rupa "Jig Hantu" yang telah siap untuk digunakan


Untuk menambahkan lagi ciri interaktif pada "Jig Hantu"...anda boleh menggunakan soft plastic sotong yang mempunyai mata dan juga yang mempunyai badan berkilat atau luminous. Semasa membuat balingan, pastikan jejari soft plastic tidak mengganggu pengeluaran tali utama dari kekili. Jika keadaan ini berlaku... kerat jejari soft plastic agar ia lebih pendek. Selamat mencuba.

Dengan tersiarkan post ini maka tamatlah perbincangan berkaitan modifikasi jig seperti yang telah dijanjikan pada post pertama. Jika masih diberikan ilham dan tenaga untuk menaip... ambe akan kongsikan penemuan baru untuk kegunaan semua kaki eging di negara kita. Sehingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din.

8 comments:

  1. Salam abe din....mncing sotong ngabang ni kt tpi pantai pn ble kh...cba syor kn warna apa yg sesuai...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sukar untuk dapat di kawasan terbuka kecuali ada struktur berlindung seperti karang atau batu di kawasan tersebut. Untuk memilih warna jig yang sesuai kena rajin merujuk post-post ambe yang terdahulu. Semoga membantu... tq bro

      Delete
  2. Kbetulan kt blakang umah kmi ada pantai dan batu karang... jd nk try pncing la atas informasi yg abe din bgi tu... so klu ada nnti aku share la jgk hehe..trima kc bnyk bro... salam dri sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... semoga akan beroleh hasil dan pengalamannya dapat dikongsi bersama.

      Delete
  3. Replies
    1. Ambe sekadar berkongsi sedikit maklumat dan juga pengalaman. Terima kasih

      Delete
  4. Salam,
    menghitung hari dan masa bilakan bermulanya Eging,
    tidur malam tidak keruan,
    mencari ketenangan di daratan tetapi si lembut membayangi mata,
    rindu tarikan dan gerak tarinya Mabang ehehehe
    zul kuantan.

    ReplyDelete
  5. Tension wehhhh nyer, sutung la ni mahal sungguh. RM30 sekilo kat Indera Mahkota Kuantan. Makanan org kaya kaya jer la ni sutung la ni.

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing