PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 January 2016

Modifikasi Jig 5

Berjumpa lagi... perbincangan kali ini ambe akan lanjutkan berkisar tentang jig yang diubahsuai. Kali ini ambe akan paparkan beberapa contoh bagaimana sesuatu jig itu ditiru dari corak dan warna ikan yang terdapat di persekitaran sotong. Walaupun contoh yang ambe paparkan di sini tidak banyak, sekurang-kurangnya ia akan membuka minda korang untuk mencuba dan berkreativiti.


Pernah korang tengok ikan di atas. Ikan ini biasa bermain di keliling pulau dan batu karang. Selalunya ditemui berkawan dan berkumpulan. Jika kita memancing ikan waktu siang... inilah anatara spesies ikan yang pandai mencuri umpan. disebabkan mulutnya kecil, agar sukar untuk menangkapnya menggunakan mata kail biasa. Kalau jumpa ... tak payah susah-susah nak tangkap. Ikan ni bukan sedap pun.



Jig di atas adalah ubahsuai yang ditiru dari corak ikan. Jig diletak dalam pelbagai posisi. Corak dilukis mengikut pemerhatian dan kepekaan pereka pada persekitaran semulajadi. Pereka Jepun ini menggunakan cat khas yang dijual di kedai di sana. Kemudahan untuk mendapatkan bahan melukis (rujuk post pertama) akan mencambahkan kreativiti pereka. Di negara kita, bahan-bahan untuk berkarya seperti itu begitu sukar diperolehi. Keadaan ini akan menghadkan kreativiti. Sebagai penyelesaian.... ambe mencadangkan agar bahan yang biasa dijkumpai digunakan sebagai alternatif. Ambe syorkan bahan seperti cat kilat, spray paint, liquid paper, UV pen, lumonius paint, marker pen dan fabric paint.



Satu lagi spesies ikan karang di Jepun



Cuba korang perhatikan ketelitian pereka Jepun mencorak dan meniru rupa ikan. Keberkesanannya hanya diketahui apabila di cuba di lapangan. Pereka-pereka bagi syarikat terkenal seperti Yamashita sekali pun mempuyai unit R&D nya sendiri untuk mengkaji dan mencuba produk dan rekaan baru sebelum ia disahkan benar-benar sesuai untuk dipasarkan kepada pembeli.

Memandangkan harga jig yang semakin mahal... tidak salah jika anak Malaysia mencuba untuk menghasilkan produk yang sesuai digunakan di tempat kita sendiri. Ramai pereka kita lebih menumpukan kepada penghasilan rapala untuk menangkap ikan dan sememangnya anak Malaysia mampu mencipta dengan baik. Setakat ini hanya seorang pereka yang ambe jumpa di laman youtube... merekabentuk jig udang menggunakan bahan plastik. Kita memang ada kepakaran ini... cuma perlu dikembangkan dan dirangsang dengan idea-idea baru dan realistik-Abe Din

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing