"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

25 April 2014

Sambal Paling Sedap

Selamat datang kepada semua pengunjung. Pada post ambe kali ini, ambe ingin berkongsi dengan korang semua rahsia untuk membuat sambal sotong paling sedap di Malaysia. Semasa ambe balik dari trip baru-baru ni... ambe teringin sungguh nak makan sambal sotong. Kadang-kadang rasa boring juga makan sambal yang sama jer rasa dia. Kalau ambe buat sambal sure rasa dia lebih kurang jer... nak juga rasa sambal sotong yang sedap. Macamane yer...


 Sambal sotong paling sedap 2014

Haaa... ni yang ambe nak citer ni. Ambe nak bui resepi best ni kat korang sumer. Resipi sambal sotong yang paling best kat Malaysia. Korang mesti suka resipi ambe ni. Kalau nak tau... korang kena baca post ambe ni sampai abis. Jeng jeng.. ok puan-puan sume boleh sediakan pen dan kertas. Fuhh macam rancangan masak dalam TV je.

Bahan yang perlu korang sediakan senang je. Mula sekali sotong mengabang atau sotong spesies apa pun buleh. Siang sotong, potong ikut suke korang nak potong macamane. Nak letak sekor pun takpe. Jangan lupa buang kulit dia... dan mata sekali supaya sambal kita tidak berubah rasa. Kita nak rasa yang original, 100% kampung style.., Malaysia style.. hehe.

Sotong sedang digoreng di dalam kuali buruk aku.

Pahtu, korang potong dan mayang bawang merah dan bawang putih. Sediakan garam, sedikit minyak untuk menggoreng dan cili padi jika korang suka lebih pedas. First sekali korang panaskan minyak. Bila dah cukup panas... goreng sotong dahulu. Selepas sotong dah separuh masak dan sedikit lembut, masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sekali lagi sampai bawang layu sedikit.

 Bahan utama yang paling penting: Sambal rahsia


Sotong + Sambal ???
 
Selepas bahan yang ditumis nampak macam ok jer... letak sambal X. Kacau sehingga pecah minyak. Kalau kurang masin, tambah garam. Kurang Pedas, tambah cili padi. Dah masak... angkat letak dalam pinggan paling cun yang korang ada. Bagi orang yang paling hampir dengan korang rasa dulu. Tanya dia best tak ?... mesti ok punyer.

Sebenarnya aku dapat idea ni ketika balik dari Pulau Ular. Sambal ??? dan Sambal X yang aku maksudkan ialah sambal nasi lemak. Tu le rahsia dia... hehe. Masa korang beli nasik lemak bungkus.... tentu korang beli nasik lemak yang korang suka. Kekuatan nasi lemak terletak pada rasa lemak nasinya, kesedapan sambalnya atau awek penjualnya yang cun melecun. Cari kedai yang sambal nasi lemaknya paling kaw kat tempat korang. Beli nasi lemak berkenaan beberapa bungkus... sambal asing. Kalau kat Terengganu dia sebut "sambal suku". Korang mintak le sambal tu lebih sikit. 

Bila korang padankan sambal kegemaran korang dengan sotong.... fuhhh kombinasinya di luar jangkaan. Jika korang kreatif.... korang juga boleh cuba dengan udang... mesti power giler. Jangan bagitau kat orang rahsia ni... shhhh. Resipi ni untuk pengunjung blog ambe jer... kihkih. Kejayaan resipi ini terletak kepada keupayaan korang untuk membeli sambal nasi lemak yang paling best dan berkualiti. Diingatkan supaya korang tidak membocorkan rahsia ini kepada mana-mana penjual nasi lemak.... bimbang nanti diaorang tak nak jual lagi sambal kat korang.  

Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang sibuk dan pemalas macam ambe ni. Nak makan ringkas, sedap tapi malas. Kalau korang ada ciri-ciri macam ambe ni... haaa korang boleh test resipi ni. Sambal sotong paling sedang di Malaysia. Hingga jumpa lagi... bye. Abe Din.

10 comments:

  1. Replies
    1. Anizz kena cuba wat...test kreativiti sendiri. mana tau lagi sedap.. kih

      Delete
  2. Ohh sambal rahsia tu sambal nasi lemak ehh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... Kadang2 kita kena kreatif sikit. Rahsia tu.. jangan gitau kat orang.

      Delete
  3. Amboi yang bab sambal tu cam main tipu je hihi
    Lama dah tak makan sotong nie
    Kena gak masak lepas nie
    Lepas tu beli perencah sambal adabi hihi Lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang malas macam saya ni dan mereka yang sama spesies macam saya kena kreatif sikit kalau nak idup... kihkih

      Delete
  4. Replies
    1. Kihkih.... tak cuba mana nak tau power ke dok..Selamat mencuba.

      Delete
  5. Meleleh air liur tengok sambal sotong Abe Din. Berkeroncong perut nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena suruh isteri masak... kaum hawa kalau masak selalunya lagi best giler..kih.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing