PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

25 April 2014

Trip 1/2014-Pulau

Selamat datang kepada semua pengunjung. Post kali ini ambe nak berkongsi dengan korang semua hasil tangkapan yang ambe dapat semasa trip sulong sotong mabang di Pulau Ular, Cherating baru-baru ini.
 
Kekuatan Ahli 7 orang. Pemancing 3 orang... yang lain asyik scuba je siang malam.. pastu makan, tidur dan scuba balik. Semasa sampai, air sedang surut. Tempat biasa mencandat kering hingga nampak batu karang. Malam tu kami banyak berehat je sambil bercerita lepas penat semua masuk tidur dalam khemah.
 
Lebih kurang pukul 3 pagi... air mula pasang. Suasana menjadi kecoh apabila sotong pertama berjaya ambe naikkan. Kaki candat terus bangun baling jig. Malangnya pada malam berkenaan air pasang kecil... sekejap sahaja dan mula surut balik. Hanya ambe sorang sahaja berlaya mencandat sotong mengabang... sikit je 4 ekoq.


 Cantik sungguh... lama kita tak jumpa.. huuu


Seekor sotong mengabang tangkapan siang hari

Pada hari berikutnya, air laut mula pasang semula. Kali ini air pasang besar dan dijangka surut semula lebih kurang pukul 4 petang. Timing kali ni mungkin tak begitu baik... air pasang dalam keadaan cuaca yang cukup terang dan panas. Awan ada sedikit jer... menyebabkan sotong banyak bermain jauh dari pantai dan berada berdekatan dengan dasar. Banyak sambaran diperolehi dari gerakan paling hampir dengan karang.

Kerapkali juga sotong sotong kecil mengejar umpan hingga ke tepi. Dua ekor rakus memegang candat. Ambe lepaskan semula... saiz badan dua dia kali besar candat 2.0. Nak goreng pun dok sampai hati. Seekor bapak sotong sahaja dilihat mengejar candat tapi berpatah balik selepas melihat ambe. Balingan berikutnya mendapat sambaran sang bapak sotong tetapi terlucut. Takde rezeki le tu..

 Tangkapan malam pertama: Spesies bermata hijau


Sotong yang berjaya ambe dicandat pada trip kali ini sebanyak 8 ekor kesemuanya. Seorang lagi pencandat berjaya mendapat seekor bapak sotong di saat-saat akhir ketika menunggu bot sampai. Trip kali ini boleh dikatakan berjaya dan ambe membuat kesimpulan bahawa sotong mengabang telah datang ke kawasan pulau. Beberapa faktor dikenalpasti sebagai penyebab kami gagal untuk mendapatkan lebih banyak sotong iaitu faktor air pasang besar yang berlaku pada waktu siang dan bukan pada waktu malam. Cuaca pula sangat cerah dan air laut sangat jernih menyebabkan sotong lebih sukar ditipu.


 Ikan idaman: meragut keras umpan sotong
2 ekor berjaya dinaikkan dan seekor lagi terlepas... huuuu


Antara tangkapan sulung ambe yang dibawa balik

Trip berikutnya sedang dirancang dengan teliti dan ambe cuba mengambil kira faktor yang terlibat. Ambe harapkan trip kedua nanti mampu mengatasi tangkapan pada trip pertama. Bagi rakan-rakan maya yang ingin merasai tarikan sotong mabang boleh hubungi Abe Din dengan segera melalui e-mail. Tempat terhad. Hingga berjumpa lagi.. Abe Din.

8 comments:

  1. Salam,
    mmg benar perancangan utk eging ni kena teliti, jadual air mmg kena kaji sehabis2nya uhuhu dan lg air laut mmg cantik skrg ni kalau jernih pergghh mmg geram tgk nk mandi ttp utk eging ni xleh, kena pilih masa sesuai skrg ni diantara waktu awal pagi cth 6pg-10pg dan 5ptg smpai mlm, tgk pula kdaan angin dan ombak,
    memburu mabang byk keistimewaan dan pengatahuan yg perlu diambil kira..paling lau dpt mabang...fhuuhhh,fhuuuhhhhh,fhuuuuhhh bunyi mabang bila kena candat.
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mabang besar kalau kena candat memang power giler..

      Delete
  2. Nak join abg dinskali gi gewang sotong mabang boleh tak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... dialu-alukan. Gang kat atas, Mohd Zulkifly dah ikut ambe baru-baru ni ke pulau.

      Delete
  3. mana2 sahabat yg berminat, sangat2 dialu2kan utk sertai bersama dan timba pengalaman di sana....yg paling best curahan ilmu dr otai sotong(a.din) sangat tak terhingga...terima kasih a.din...ada masa nk join lagi uhuhu kali ni nak jajah semua kawasan pulau tu :) yg penting mabang..gian tarikannya.
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambe bukan otai.. hehe.....insan biasa je yang masih belajar dan terus belajar. Ambe sangat gembira jika dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahun dengan anda diluar sana demi memajukan lagi teknik eging sotong.

      Delete
  4. Ok... Klu saye ade mase free.. Tak disibut dgn kerja.. Saye bgitahu abg din..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambe mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat mengikuti trip eging sotong. Hubungi ambe melalui e-mail untuk maklumat lanjut tentang trip. Semoga silaturrahim antara kita akan dirahmati-Nya.

      Delete

Blogger Pancing