PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 May 2011

Rehat Sekejap..


Salam kepada semua pengunjung blog sotong.

Rasa rindu juga nak pergi mencandat.. kawan-kawan dah mula cerita tentang hasil tangkapan. Apakan daya, tugas di tempat kerja bertimbun-timbun sampai ke malam. Emm... bila le nak gi candat ni?

Di kesempatan ini, Abe Din nak mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pelawat-pelawat yang sudi datang ke blog buruk Abe Din.

Kali ini, Abe Din nak alih sedikit tajuk perbincangan. Kebiasaannya topik sotong menjadi point utama. Biasa le tu kadang-kadang kita perlu sesuatu yang baru.. dan yang paling penting, Abe Din hendak berkongsi dengan semua pelawat blog sotong.

Sedikit masa free yang ada sempat juga Abe Din selongkar fail-fail lama di meja.. maka terjumpa le ... jeng.. jeng.. sehelai kertas lama yang tertulis sebuah sajak sinis yang diilhamkan oleh Dr Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako.
Kalau sudi, korang boleh baca sajak ni... jangan baca saje tau.. cuba fahami apa yang Pak Sako nak bagitau kat kita. Adakah ilham yang lahir dari benak beliau sudah berlaku sekarang.. anda mungkin ada pendapat sendiri : 
Ok mai baca ramai-ramai...



Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini,
Orang-orang kampung menghadap kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
 .
.
 .
Opsss.... letih...rehat jap...
 .
 .
.
Tetapi bila gula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang pada petai dan kerdas,
Barulah belajar nak mandi hadas,
Melayu bukan, Malaysia pun bukan,
Cina bukan, India pun bukan,

Inilah akar-akar yang mengaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan

 
 Dr Ishak Haji Muhammad@ Pak Sako
(14 November 1909 - 7 November 1991)

Semoga bingkisan ringkas ini dapat menjadi renungan kita bersama..Al-Fatihah untuk Allahyarham..

3 comments:

  1. al fatihah Pak Sako...pejuang bangsa dan agama yang berjuang dengan cara tersendiri.....dalam maksud sajak tu...indahnya bahasa orang sastera...berjuang secara berhemah berbanding cara perjuangan orang politik sekarang....sangat memeningkan...

    ReplyDelete
  2. Orang dahulu cukup halus bahasa sindirannya. Bimbang juga kalau generasi sekarang tak mahu belajar memahami dan menghayatinya. Yang patah, tumbuh dan yang berganti belum tentu sama...

    ReplyDelete
  3. wah bestnye blog ni..
    kalau prince nak datang selalu boley x?
    hehehe..

    ReplyDelete

Blogger Pancing