PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

05 May 2011

Hobi atau Kerjaya?

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. Untuk pengetahuan dan makluman semua pelawat, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencandat sotong torak atau selalu di panggil "Si Panjang" oleh beberapa orang pencandat tempatan. Ramai yang bertandang ke Terengganu bagi menyertai trip-trip mencandat di laut. Setakat ini hasil yang diperolehi agak sederhana walaupun ada juga yang mendapat rezeki yang melampau-lampau. Sotong yang dibawa naik pula bercampur-aduk antara "Si Torak", ketupat dan jarum.

Setakat ini, Abe Din belum berkesempatan ke laut untuk mencandat sotong torak. Kerja dan tugas harian membatasi niat untuk ke laut. Bagi melepas rindu pada laut.. sempat juga pergi ke kuala melihat rakan-rakan membawa balik hasil tangkapan. Jika ada masa lapang, Abe Din akan ke kawasan pesisir pantai untuk mencandat sotong mabang.

Pada ketika ini, sotong mabang masih kurang memghampiri kawasan pesisir pantai berbatu. Semalam, Abe Din sempat mencuba nasib di kawasan yang biasa dikunjungi. Air laut sedang surut dan ombak sedikit kuat. Penat baling candat udang, tiada sambaran atau tarikan si sotong. Beberapa ketika kelihatan tanda kehadiran sotong di permukaan laut. Cahaya biru putih yang agak malap muncul beberapa kali. Saiz... memang boleh tahan.. paling kurang sekilo seekor. Lama memujuk, sotong nampaknya agak malu untuk menarik candat. Last sekali... balik rumah dengan tangan kosong. Walaupun kecewa... sekurang-kurangnya kami tahu bahawa sotong sudah datang ke pantai. Mungkin rezeki belum ada lagi.

Kekadang terbayang-bayang rezeki lepas... bila lagi nak dapat sotong banyak macam kat atas tu? Ramai juga kekawan yang menganggap hobi mencandat ini sebagai membuang masa dan tidak berfaedah. Apa yang pelik... bila bagi sambal sotong, diaorang tak cakap banyak terus bedal sampai habis... siap tanya... bila nak bawa lagi? kih..kih..


Mencandat sotong sama seperti makan... jika dah biasa memang sedap. Jika tak biasa... memang kita tidak akan makan sesuatu makanan itu. Satu yang perlu diingat, jangan kita menghina pula jika kita tidak suka. Camana kalau... orang hina hobi kita.

Pernah dulu seorang rakan berkata, " tak kesian ke?... pancing ikan... sakit mulut dia.... kejam le". Abe Din tanya dia balik," kau tak makan ikan ke?"... dia jawab,"aku beli ikan kat pasar... aku tak pancing... aku kesian... sakit mulut dia"

Spontan terkeluar kata, "ikan pasar lagi kesian, leher kena jerut tali pukat. Mati terjerut kat situ je" ceramah lagi kat dia "mana sakit, mulut ke.. leher?"

Kadang-kadang isu seperti di atas tak perlu.. kerana nak perlekeh orang lain, pelbagai isu ditimbulkan. Kerja halal... bukan mencuri hak orang lain. Abe Din sedar ramai di luar sana memang tidak minat memancing dan mencandat... tetapi apa salahnya jika kita menghormati hobi dan pekerjaan orang lain. Perlu diingat memancing dan mencandat adalah sumber pendapatan bagi ramai orang. Pendapatan dengan menjual ikan, sotong dan hasil laut lain digunakan mereka untuk menyara keluarga dan memberi pendidikan kepada anak-anak. 

Semuanya bermula dengan hobi, seterusnya menjadi kerjaya.
Jumpa lagi,
Abe Din

16 comments:

  1. tengok sotong2 tu..terliur mama..ha2x..belum lagi makan sambal sotong tu..best kalau dapat ke t`ganu utk mkn sotong yg fresh !!!

    ReplyDelete
  2. syok la abe selalu makan sotong,kat jb sotong mahal ooo,bukan sotong je mahal,, ikan bilis pon mahal. HAHA

    ReplyDelete
  3. perghh bestnyee wat stong celup tepung.nyum3..lapau dah ni..adehh.. rjin abg din mencandat stong,..berniaga ea..

    ReplyDelete
  4. Abe Din tak pernah jual sotong pun.. memancing sekadar hobi..mengisi masa lapang. Kalau nak test sotong celup tepung.. meh le datang Terengganu..

    ReplyDelete
  5. sotong adalah antara makanan laut feberet aku.....huh

    ReplyDelete
  6. Jangan lari rubi..blog ni bukan untuk orang makan sotong je... orang makan orang pun bleh datang... kih.kih

    ReplyDelete
  7. Salam...w'pun org umah org t'ganu, xpernah sekalipun g candat sutong..ish3

    ReplyDelete
  8. whoaa.. besarny sotong smpai sekilo sekor..
    sedeyny x leh mkn mknn laut except ikan... allergic =(

    ReplyDelete
  9. abe den,lana ni jahil sunggoh bab sotong neh, ce citer skek kt lana, mendanye sotong mabang,torak, jarum suma tuh, poneng den ha,hahahah

    ReplyDelete
  10. Salam untuk Lana.. Mabang, Torak, Jarum dll adalah panggilan yang digunakan oleh orang tempatan di Terengganu. Panggilan global sila rujuk dalam "Rahsia Dakwat Hitam". Kalau Lana baca post awal... Abe Din ada menerangkan perbezaan sotong ini serta gambarnya sekali... selamat membaca.

    ReplyDelete
  11. wauu bestnya sotong...buat sambai sedappp bangggat

    ReplyDelete
  12. ok..mekaseh abe din.. mnarik gak ada blog khas mcm abe din ni.. citer pasal sotong.

    ReplyDelete

Blogger Pancing