"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

03 April 2014

Merisik Di Balok

Salam kunjungan untuk semua... pada kali ini, aku jalan-jalan sekali lagi melihat situasi air laut di Balok, Pahang. Sebenarnya.. memang nak menghala ke Kuantan. Masa balik singgah le kejap lepas rindu di lubuk sotong. Walaupun tak boleh nak pergi... dapat tengok Pulau Balok pun dah dikira ok sangat. 

Nampak gaya... ramai orang di patai Balok ni. Nampak juga kumpulan vespa sedang menjalan aktiviti. Ada juga kelihatan pelajar-pelajar sekolah sedang berkhemah. Air masih lagi bergelora. Memancing memang kurang sesuai tetapi keadaan angin yang kuat rupa-rupanya sangat ditunggu-tunggu oleh kumpulan pengendali perahu layar untuk bermain laut dan berlatih.

Bendera kat atas tu dah tegak 90 darjah. memang angin kuat
Kumpulan perahu layar sangat beruntung masa ni

 
Pulau Balok dari jauh ketika air surut
 

 Suasana di Pulau Balok

Papan tanda amaran angin dan ombak

Dah penat jalan-jalan sambil merakam gambar sekeliling... aku terus balik ke rumah. Nampak gayanya... air masih lagi bergelora. Dah nak masuk bulan April. Selalunya tahun-tahun lepas tidak begini. Semua ketentuan dariNya. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

Merisik Di Dungun

Salam kunjungan untuk semua. Selepas seminggu melawat Kemasik.. aku berpeluang lagi pergi menbuat tinjuan di Dungun berhampiran dengan Kuala Abang. Dedulu aku pernah tulis sedikit info tentang tempat ni...
 
 Batuannya memang cantik

Tempat ni memang cantik dan menarik. Tempatnya tidak begitu luas. Terletak di tepi jalan utama Dungun-Kuala Terengganu. Nampak gayanya aku kena tunggu lagi... mungkin dalam seminggu dua. Mengikut maklumat daripada nelayan tempatan, keadaan angin tidak menentu. Kadang-kadang waktu pagi agak tenang. waktu tengahari dan petang bergelora.


 Air laut masih bergelora.. belum sesuai untuk memancing

Takpe... minggu depan aku datang tengok lagi... Abe Din
Read more >>

Merisik Di Kemasik

Salam kunjungan kepada semua pelawat sotonglaut. Baru-baru ni aku datang membuat tinjuan keadaan air laut di Pantai Kemasik, Kemaman. Sajer.. je jalan-jalan sambil minum petang. Dalam hati aku... kalau air laut tenang... ready dah nak sound kawan-kawan turun ke laut. Malang sekali... nampak keadaan laut masih lagi bergelora. Memang bahaya untuk bot-bot kecil. Nak baling gewang dari tepi pantai pun dah tak boleh... ombak naik sampai atas kepala. Sabar je la...




  Pemandangn indah dari pantai Kemasik


Kedai menjual aneka makanan laut

Panorama indah... 
indah lagi kalau datang waktu pagi atau petang

Kalau korang lalu kat kemasik... cube-cuba le singgah sini. Tempat dia cantik jugak. Boleh lah nak merehatkan badan sebentar selepas penat memandu. Minggu depan macam nak tengok lagi. Mana tau air dah tenang. Sotong dah ada... nak baling candat tak boleh. Tension gak aku.

Nanti kalau aku gi jalan mana-mana... aku post untuk share dengan korang keadaan laut China Selatan yang terkini. Jumpa lagi... Abe Din
Read more >>

20 February 2014

Rezeki Laut Merah

Salam kunjungan untuk semua pelawat sotonglaut. Semoga anda berada di dalam keadaan yang sihat dan berbahagia selalu. Pada post kali ini... ambe akan berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan sotong. Ambe telah menerima pesanan WhatApp dari seorang pemancing bagi berkongsi ceritanya mencandat sotong gergasi di luar negara.

Pada kali ini... lokasi mencandat agak jauh sedikit dari bumi Malaysia iaitu di Laut Merah yang terletak di antara Mesir, Sudan, Eritrea, Arab Saudi dan Yaman. Ia merupakan sebuah teluk di Lautan Hindi yang memisahkan antara benua Asia dan Afrika serta hampir bercantum dengan Teluk Aden. Kedalaman laut boleh mencapai  sehingga 2500 m dan purata kedalamannya sekitar 500 m. Terdapat hampir 1000 jenis invertebrata marin, 200 batu karang dengan kemasinan di antara 3.6% dan 3.8%.

Sahabat sotonglaut, Rosli dan Faidzul telah mencandat sotong menggunakan candat khas ketika kapal yang mereka naiki berlabuh di perairan Laut Merah. Berat purata sotong yang berjaya ditangkap adalah sekitar 1.2 kg seekor. Hanya dua ekor sotong berjaya dinaikkan ke atas kapal. Tarikh tangkapan ialah pada Disember 2013,  ketika waktu malam.

 Rosli bergambar bersama sotong yang berjaya ditangkap

Jika anda semua pengikut setia sotonglaut... anda mungkin telah terbaca berkaitan spesies sotong berkenaan yang ambe kongsi pada post sebelum ini. Sotong yang ditangkap dua orang sahabat ini memang besar. Walaupun begitu spesies sotong berkenaan sebenarnya boleh mencapai saiz dan berat yang berkali ganda daripada sotong yang mereka tangkap.


Faidzul juga sempat mengabadikan 
gambar bersama sotong

Hanya ucapan tahniah dan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkongsi pengalaman mencandat sotong besar di Laut Arab. Semoga anda juga sudi berkongsi pengalaman anda mencandat apa sahaja spesies sotong di seluruh dunia dengan menghantar gambar dan penerangan ringkas kepada ambe melalui E-mail yang tertera di header blog. Semoga perkongsian anda akan bermanfaat untuk semua.

Sehinga berjumpa lagi. Selamat mencandat.
Read more >>

Pembuka Tirai 2014

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Semoga korang semua sihat dan berbahagia selalu. Beberapa minggu lepas... ambe menerima E-mail daripada saudara kita Mohd Zulkifly dari Kuantan. Sahabat kita ni dalam diam-diam sudah mula mencandat di Dungun. Aktiviti eging beliau pada 9 Februari 2014 (Ahad) pukul 6.48 petang telah mendapat dua ekor sotong saiz anak muda. 

Tentunya perkhabaran ini merupakan berita gembira kepada semua pencandat tegar di Pantai Timur. Tangkapan beliau secara tidak langsung menggambarkan kehadiran sotong di perairan Terengganu pada tahun ini lebih awal berbanding kebiasaan. Selalunya sekitar pengujung Mac atau April. Pada tahun ini...bulan Februari paling awal sotong berjaya ditangkap. Tahniah bro..

 
Tangkapan di atas adalah tangkapan pembuka tirai 2014. Bro kita ni sudah berjaya mendapat lesen atau memperbaharui lesen bagi tahun 2014. Selepas ini... sama-sama lah kita meninjau port-port sotong terdekat. Mungkin ada rezeki kita di sana. Semoga pada tahun 2014 ini, tangkapan kita akan semakin banyak dan peminat eging sotong juga semakin bertambah ramai. Sehingga berjumpa lagi. Bye...
Read more >>

Sotong Goreng Melaka

Selamat datang kepada semua pengunjung. Hujung tahun lepas, ambe sempat berkunjung ke negeri Melaka, bumi Hang Tuah. Kononnya pergi melancong dan atas urusan kerja. Sempat juga curi masa senggang jalan-jalan cari makan di Crystal Bay.

Sampai kat sana bos order macam-macam makanan... ikan jenahak, sotong goreng, udang panggang, ketam masak cili dan banyak lagi. Apa lagi, kami enam orang dah tengah lapar... makan cukup-cukup. Senyap dapat makan. Kenyang sungguh. Habis licin. Balik hotel tidur awal. Kekenyangan..

 
 

Rasa-rasa macam nak pergi lagi sekali. Tapi bile?... tak tahu lagi. Memang puas makan kat sana. Harga cukup murah... mungkin dua kali ganda jika makan makanan yang sama di Terengganu. Kalau korang gi Melaka... jangan lupa ke Crystal Bay. kalau ambe berkesempatan datang lagi ke Melaka, ambe nak gi test makan kat tempat lain pula. Dengar khabar... banyak lagi tempat yang menarik dan makanannya juga sedap-sedap.

Hingga jumpa lagi. Bye..
Read more >>

Bersantai Di Marang

Salam kunjungan dan selamat datang kepada semua pelawat blog sotonglaut. Pada hujung tahun lepas ambe sempat berkunjung ke Marang di atas urusan kerja. Masa luang sempat ronda-ronda cari makan di sekitar marang. Antara menu yang memang menjadi pilihan ambe dan kawan-kawan adalah sotong goreng.

Selalunya kalau ambe makan di tepi pantai... ambe akan cuba pelbagai resipi sotong goreng celup tepung. Nampak je sama... rupa-rupanya rasa lain. Sepanjang ambe dok gila makan sotong goreng ni... memang tak boleh lawan sotong goreng di Teluk Lipat, Dungun. Ada satu gerai mokcik tu. Sotong goreng dia memang kaw.

Jangan tertipu kalau nak beli sotong goreng ni. Jangan tengok cantik warna tepungnya... kena test merata-rata. Ambe masih dok cari kedai sotong yang boleh lawan dengan gerai di Dungun.. hehe.


Sotong goreng celup tepung dari kedai berbeza

Sotong goreng ni kalau dipadankan dengan ABC.. fuhh.. meme ganas giler sedapnya. Tak caya cuba korang test. Kalau sotong yang baru goreng... panas lagi best. Kalau nak tau power die... korang kena datang Terengganu dan cuba sendiri.

Jumpa lagi. Bye..
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing