"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

20 February 2014

Rezeki Laut Merah

Salam kunjungan untuk semua pelawat sotonglaut. Semoga anda berada di dalam keadaan yang sihat dan berbahagia selalu. Pada post kali ini... ambe akan berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan sotong. Ambe telah menerima pesanan WhatApp dari seorang pemancing bagi berkongsi ceritanya mencandat sotong gergasi di luar negara.

Pada kali ini... lokasi mencandat agak jauh sedikit dari bumi Malaysia iaitu di Laut Merah yang terletak di antara Mesir, Sudan, Eritrea, Arab Saudi dan Yaman. Ia merupakan sebuah teluk di Lautan Hindi yang memisahkan antara benua Asia dan Afrika serta hampir bercantum dengan Teluk Aden. Kedalaman laut boleh mencapai  sehingga 2500 m dan purata kedalamannya sekitar 500 m. Terdapat hampir 1000 jenis invertebrata marin, 200 batu karang dengan kemasinan di antara 3.6% dan 3.8%.

Sahabat sotonglaut, Rosli dan Faidzul telah mencandat sotong menggunakan candat khas ketika kapal yang mereka naiki berlabuh di perairan Laut Merah. Berat purata sotong yang berjaya ditangkap adalah sekitar 1.2 kg seekor. Hanya dua ekor sotong berjaya dinaikkan ke atas kapal. Tarikh tangkapan ialah pada Disember 2013,  ketika waktu malam.

 Rosli bergambar bersama sotong yang berjaya ditangkap

Jika anda semua pengikut setia sotonglaut... anda mungkin telah terbaca berkaitan spesies sotong berkenaan yang ambe kongsi pada post sebelum ini. Sotong yang ditangkap dua orang sahabat ini memang besar. Walaupun begitu spesies sotong berkenaan sebenarnya boleh mencapai saiz dan berat yang berkali ganda daripada sotong yang mereka tangkap.


Faidzul juga sempat mengabadikan 
gambar bersama sotong

Hanya ucapan tahniah dan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkongsi pengalaman mencandat sotong besar di Laut Arab. Semoga anda juga sudi berkongsi pengalaman anda mencandat apa sahaja spesies sotong di seluruh dunia dengan menghantar gambar dan penerangan ringkas kepada ambe melalui E-mail yang tertera di header blog. Semoga perkongsian anda akan bermanfaat untuk semua.

Sehinga berjumpa lagi. Selamat mencandat.

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing