"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

20 February 2014

Pembuka Tirai 2014

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Semoga korang semua sihat dan berbahagia selalu. Beberapa minggu lepas... ambe menerima E-mail daripada saudara kita Mohd Zulkifly dari Kuantan. Sahabat kita ni dalam diam-diam sudah mula mencandat di Dungun. Aktiviti eging beliau pada 9 Februari 2014 (Ahad) pukul 6.48 petang telah mendapat dua ekor sotong saiz anak muda. 

Tentunya perkhabaran ini merupakan berita gembira kepada semua pencandat tegar di Pantai Timur. Tangkapan beliau secara tidak langsung menggambarkan kehadiran sotong di perairan Terengganu pada tahun ini lebih awal berbanding kebiasaan. Selalunya sekitar pengujung Mac atau April. Pada tahun ini...bulan Februari paling awal sotong berjaya ditangkap. Tahniah bro..

 
Tangkapan di atas adalah tangkapan pembuka tirai 2014. Bro kita ni sudah berjaya mendapat lesen atau memperbaharui lesen bagi tahun 2014. Selepas ini... sama-sama lah kita meninjau port-port sotong terdekat. Mungkin ada rezeki kita di sana. Semoga pada tahun 2014 ini, tangkapan kita akan semakin banyak dan peminat eging sotong juga semakin bertambah ramai. Sehingga berjumpa lagi. Bye...

4 comments:

  1. salam,
    terima kasih abg din keluarkan entri saya..
    cuma tidak sabar utk ke trip mengEging pd trip yg abg din bakal war2kan nnt.
    smoga dirahmatiNYa..amen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Terima kasih di atas perkongsian. Trip akan bermula seawal April. Harap kita dapat eging bersama nanti.

      Delete
  2. sblm terlupa sedikit perkongsian, skrg ni boleh dikatakan musim panas jdinya waktu eging jika di siang hari molek bermula slps subuh(lau subuh kt pantai lg bagus) dr pkul 6-10pg dan ptg pula molek dr pkul 5-7ptg tp yg molek nye pkul 630ptg ke atas..sbbnya kdaan air kurang silau dan cahaya matahari tak panas mana...keadaan air tenang beralun, dan jenis umpan semoleknye warna natural yg bersaiz 1.5 - 1.8. ada gune 2.0 tp stong hanya ikut shj dan jeling seketika pastu rempit hilang, bila baling semula stong td dtg smula uhuh bila lempar yg kecik 1.5 br stong mkn tp terlucut lak uhuhhu
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau siang memang sukar sikit nak perangkap sotong dari daratan. Berbeza sekali dengan laut dalam. Dengan adanya komuniti sotong yang kuat diharapkan akan muncul teknik-teknik dan kaedah baru bagi memerangkap si lembut ni. Apa yang penting... jangan kedekut ilmu. Terima kasih bos di atas perkongsian anda.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing