PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

07 June 2016

Trip-5 Pulau 2016

Salam dan selamat sejahtera semua. Selamat berkunjung ke laman maya sotonglaut. Post kali ini lebih tertumpa kepada trip ke-5 pulau yang dijalankan baru-baru ini. Trip penutup sebelum bulan Ramadhan menjelang tiba. Trip disertai oleh 3 orang peserta.... yang merupakan perintis pulau ini. Ambe, Amir dan Acan.

Khemah yang terdapat di pulau


Laluan yang terdapat di pulau


Dapur mudah alih yang telah banyak berjasa


Cuaca di pulau memang baik. Bimbang juga kerana sekarang kerap hujan malam. Khemah memang dah sedia menanti. Kali ini hanya 12 ekor sotong mabang saiz lauk berjaya ditangkap. Amir dan Acan banyak menumpukan pada pancingan ikan. Mungkin itu salah satu faktor tangkapan sotong yang merosot.

Berehat dan tidur di pulau memang berbeza dengan tidur di rumah. Kalau di rumah... badan rasa sakit dan lenguh apabila bangun mungkin disebabkan peredaran udara yang tidak baik. Tidur di pulau memang nyaman dan sejuk. Peredaran udara yang baik mengembalikan kesegaran tubuh. Rasa macam tak nak bangun tidur padahal hanya berlantaikan tikar dan batu sahaja.


Pulau yang memang indah dan tidak membosankan


Baju Edisi-2, The Art Of eging


Air laut yang sedikit bergelora ketika waktu pulang


Bot berlumba pulang ke pangkalan


Muara sungai yang semakin cetek ketika air surut


Muara sungai yang cetek dan sentiasa berubah


Sampai ke pangkalan bot


Nampak tak ape yang ambe nampak? 
Si kepala merah


Pangkalan bot sebelum ke pulau


Cantik dan menawan


Keadaan air laut yang sedang bertahan


Kesan perang yang ditinggalkan oleh ejuang sebelumnya
Kawasan cantik dengan air yang jernih


Antara tangkapan yang diperolehi
Spesies Yu, Kerapau, Landok, Remong dan Sotong mabang

Trip kali ini adalah trip terakhir sebelum bulan Ramadhan tiba. Trip berikutnya akan dijalankan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Sepanjang bulan puasa, aktiviti banyak tertumpu di perairan tanah besar. Aktiviti makin terhad. Boleh lah ambil peluang untuk servis semula mesin dan peralatan eging. Harap-harap tangkapan di tanah besar sepanjang bulan puasa tidak menghampakan-Abe Din

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing