PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

06 June 2016

Sotong Terbesar 2016

Salam kunjungan untuk semua. Malam 22 Mac 2016. Lokasi Kemaman, Terengganu. Seekor sotong mabang besar telah berjaya ditangkap. Sebenarnya pada malam itu dua ekor berjaya dinaikkan cuma yang seekor lagi saiznya lebih kecil... hanya sebesar lengan orang dewasa sahaja. Post kali ini tertumpu pada sotong yang ditunjukkan dalam gambar. Sotong berkenaan adalah sotong terbesar yang ditangkap setakat ini di persisir pantai. Sotong sebegini biasa dijerat di laut tetapi agak sukar untuk dijumpai di kawasan pesisir. 

Jig yang digunakan pada mulanya adalah jenis Yamashita Calamari coklat saiz 2.0. Sotong ini melawan dengan kuat menggunakan jig coklat 2.0 tetapi berjaya melepaskan diri. Apabila menyedari saiznya yang besar. Jig ditukar kepada Yamashita pink bersaiz 2.5. Tiada sambutan sehingga setengah jam ambe memujuk. Ambe beranggapan mungkin sotong berkenaan cedera atau kesakitan. Tarikan kedua hanya dirasai selepas setengah jam. Tarikan kedua ini membuahkan hasil dan sotong berjaya digaik naik ke darat. Saiz yang sungguh mengejutkan di kawasan pesisir pantai.

Sotong yang baru dinaikan

Jig yang berjaya menawan Sang Gergasi

Saiz yang mendebarkan hati pencandat

Berat selepas ditimbang 1.2 kg

Disebabkan tiada alat penimbang yang dibawa, sotong hanya ditimbang di rumah. Berat mencapai 1.2 kg dan mungkin lebih berat jika ditimbang semasa hidup. Saiz sotong ini sangat dicemburui oleh ahli-ahli pencandat tegar sotonglaut. Masing-masing sedang berusaha untuk memadamkan rekod 1.2 kg dengan sotong baru kawasan pesisir.


Peralatan yang berjaya menawan sang gergasi pantai

Sotong saiz sebegini biasa dijumpai di laut lepas tetapi jarang ditangkap di kawasan pesisir kerana pencandat pesisir selalu menggunakan jig bersaiz kecil dan selalunya sotong besar akan mudah terlepas. Jika jig saiz besar digunakan di pesisir, risiko jig tersangkut sangat tinggi. Ini merupakan salah satu sebab mengapa jig bersaiz besar jarang diguna di kawasan pesisir. Ambe harap ada sahabat-sabahat yang berjaya menawan sotong yang lebih besar selepas ini. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din

No comments:

Post a Comment

Blogger Pancing