Salam Ramadhan untuk semua pengunjung beragama Islam. Selamat datang kepada semua pelawat maya sotonglaut. Pada malam Ramadhan ke-3 baru-baru ini, ambe dan Kamal telah mengatur trip ke tempat biasa. Mula masuk selepas tarawikh lebih kurang pukul 10.30 malam. Mengikut ramalan pasang surut air... akan mula penuh pukul 11.55 malam. Dengan jig-jig killer yang semakin kurang dan sukar diperolehi, trip kali ini lebih kepada meninjau kehadiran sotong.
Dua ekor sotong yang sudi untuk bergambar
Nampaknya rezeki malam tadi memang baik. Sebanyak empat belas ekor sotong berjaya dinaikkan termasuk 4 ekor bapak sotong. Seekor bapak paling besar dan paling berat berjaya melepaskan diri disebabkan gaik yang ditarik mengenai jig udang dan bukannya badan sotong. Maklumlah dalam gelap. Walaupun hujung gaik telah ditandakan dengan manik dan cat luminous yang menyerap cahaya. Kedudukan sotong yang menegak agak menyukarkan proses mengaik dari kedudukan tinggi. Tiada rezeki orang kata...
Hasil ambe malam tadi... boleh tahan
Selepas disusun dan dikira semuanya sembilan ekor
Antara dua "bapak" sotong yang mengena jig
1.415 kg.. berat tangkapan ambe malam tadi
Sotong nampak begitu galak makan semasa air mula pasang. Ada ketikanya ambe berjaya menjerat tiga ekor berturut-turut dengan tiga balingan. Tengah asyik membaling gewang... tali pula meragam... "birds nest". Tali yang sedang diuji keberkesannya. Selang beberapa ketika, Kamal pun alami nasib yang sama. Seperti sudah jatuh...ditimpa candat... killer jig pula tersangkut dan putus. Lepas tu sotong terus tidak galak makan umpan. Giliran Kamal pula menuai sotong menggunakan jig Yamashita pink modified. Ambe terus takde semangat. Menyesal bawa jig sikit. Nak amik kereta dok jauh.
Sotong Kamal... tengok mata dah tau saiz besar
Dua ekor "bapak" yang berjaya kamal naikkan
Seekor "bapak"- last minute score dari Kamal
Jumlah berat yang berjaya diperolehi Kamal
Langit mula mendung dari arah Kuantan. Angin semakin kuat dan laut makin bergelora. Sotong pun tak sudi menyambar jig udang. Kebiasaanya apabila laut bergelora sotong akan bergerak ke dasar laut. Peluang untuk jig sampai ke lokasi sasaran sangat sukar dan boleh menyebabkan jig tersangkut.
Trip ditamatkan... terus ke kedai makan sambil makan paprik dengan mee goreng. Kena pula dengan air epal asam boi. Fuhhhh... puas hati. Makanan tak sedap mana pun.. tetapi disebabkan tangkapan memuaskan, makanan terus jadi sedap. Mak cik yang hantar hidangan pun nampak comel sangat. Bila hati suka semua nampak indah. hehe... Bye-Abe Din
Aslkum
ReplyDeleteAbe din.nk tnye ckit kdai mane area kuantan ade jual cat luminous
Waalaikumsalam. Cat lunminous memang sukar dah nak jumpa. Di Kuantan saya tak tahu. Di Kemaman... kedai dekat perhentian teksi. Tu pun kalau tak habis lagi.
Deletemain line brp pound nak guna tuan...newbis ni nk guna joran
ReplyDeletePemilihan tali bergantung kepada saiz kekili dan berat jig. Kekuatan tali adalah berbeza mengikut syarikat pengeluar. Ambe biasa guna kekili 2000-2500, tali dengan diameter 0.18-0.25mm. Kekuatan antara 10-20 paun. Saiz jig 1.8 hingga 2.5 gram. JIka anda menggunakan joran yang memang digunakan untuk eging... ada tercatat berat jig yang disyorkan. Kekili berjenama pula ada mencatatkan saiz dan panjang tali yang boleh dimuatkan pada kekili. Perlu diingat jika anda menggunakan kekili untuk pancingan ikan... jumlah tali yang perlu di pasang adalah sekitar 30-40% muatan penuh bagi mengurangkan kesan tali kusut. Semoga membantu anda.
Delete