"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

04 June 2014

Mabang VS Katak

As salam untuk semua pengunjung. Pada post kali ini.. ambe ingin berkongsi dengan korang semua sedikit maklumat berkaitan dengan sotong katak dan sotong mabang. Mungkin korang pernah makan dua spesies sotong ini... paling tidak pun mungkin orang pernah tengok dijual di pasar-pasar ikan. Untuk pengetahuan korang di antara dua spesies sotong ini, sotong mabang paling sedap dimakan.

Ambe akan berikan beberapa perbezaan fizikal agar lepas ni korang dapat bezakan kedua-dua spesies ini. Mungkin gambar kat bawah tu boleh korang jadikan panduan. Kalau korang pergi pasar nanti taklah jakun sangat sampai sotong katak pun dok kenal. Semoga apa yang ambe share kat sini dapat menambah info baru kepada korang semua. Selamat membaca...

Sotong katak dan sotong mabang

Sotong Mabang @ Mengabang
Sotong mabang merupakan sotong buruan ramai kaki candat. Ranking buruan sotong mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Sotong mabang mempunyai badan bercorak cantik ketika masih hidup dan berwarna putih setelah ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak. Mabang mudah dikenali melalui jenis tulangnya... mabang mempunyai tulang yang diperbuat daripada sejenis bahan seperti plastik. Tulang mabang sama seperti tulang sotong ketupat, cumi-cumi, jarum atau torak. Mabang juga dikenali melalui dua tantakelnya yang lebih panjang berbanding tantakel yang lain.

Sotong Katak
Sotong katak bukanlah merupakan sotong buruan kaki candat. Selalunya sotong katak ditangkap secara tidak sengaja. Badan sotong katak mempunyai corak yang berombak-ombak berwarna coklat kehitaman. Selepas mati corak badannya lebih gelap kelihatan. Bahagian bawah perutnya putih dan tidak bercorak. Saiz betina lebih besar daripada jantan. Struktur daging sotong katak lembik dan kurang pejal.. tetapi apabila dimasak, struktur isinya lebih liat. Tulang sotong katak lebih besar dan terbina daripada kapur atau kalsium berwarna putih. Saiz tulang yang besar menunjukkan saiz sotong juga besar. Tulang sotong katak selalu dijumpai terdampar di pantai ketika air surut. Tantakel sotong katak hampir sama panjang dan tiada tantakel utama seperti sotong mabang.

Semoga korang mendapat gambaran yang lebih jelas tentang fizikal kedua-dua spesies sotong ini. Jumpa lagi-Abe Din

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing