"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

04 December 2011

Memegang Candat

Salam untuk semua. Bertemu lagi di laman maya ini. 
Aku nak sambung citer berkaitan dengan gaya makan sotong. Pada kali ini, citer aku akan lebih menjurus kepada gaya sotong menangkap atau memegang jig udang. Gaya dan stail tangkapan sotong sangat mempengaruhi kejayaan menaikkan sotong. Maklumlah sotong ni.. spesies yang yang jarinya lembut sikit (aku tak kata kat saper-saper... jangan perasan ye)

Kalau ganas-ganas jari dia bleh putus.. kalau putus, memang sotong tu payah nak makan semula.. walaupun ada sekor dua yang memang degil giler. Tangan tak cukup masih lagi berselera mengejar dan memegang jig. Terlepas tiga empat kali... masih tak serik-serik.

 

Cuba korang lihat gambar kat atas tu... itulah gayanya sotong yang sudah keletihan. Mata candat tersangkut pada bahagian B (rujuk post sebelumnya). Bahagian B mempunyai pangkal tantakel yang lebih besar dan kuat. Walaupun begitu, korang masih perlu menaikkan sotong berkenaan dengan sabar dan berhati-hati.

Peratus sotong terlepas pada situasi ini (kedudukan sotong di permukaan air) adalah paling tinggi. Pecutan akhirnya adalah paling kuat dan laju. Jika tidak berhati-hati, korang akan berputih mata. Pada ketika ini, sotong yang kepenatan menyembunyikan dakwat terakhirnya dan sedia melancarkan pada bila-bila masa sahaja yang sesuai. Kalau timing tak kena... alamat hitam lah muka korang. Korang perlu bersedia dengan tindakan luar jangka spesies ini.



Dua gambar kecil sebelah kanan anda menunjukkan sotong memegang candat menggunakan tantakel yang paling panjang. Situasi ini selalu terjadi jika keadaan air laju atau jika anda menarik candat dengan cepat. Sotong yang tidak sempat mengejar candat selalunya melancarkan tantakel utamanya untuk memegang candat dan menariknya ke tantekal sekunder dan terus ke mulut. Jika sotong merasa sakit, ia akan memejut ke belakang dengan segera menyebabkan candat tidak sempat untuk dibawa ke bahagaian B.

Gambar utama dan sebelah kiri menunjukkan mata candat yang tertancap kukuh di bahagian B. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan jig ditarik dengan sangat perlahan dan memberi peluang sotong berkenaan mendapat jig tersebut dengat kemas. Peratus untuk menaikkan sotong dalam situasi ini sangat tinggi.



Lihat gambar sotong di tengah, bagaimana ia memeluk candat dengan lebih daripada satu tantakel. Dari pemerhatian aku, jika semakin banyak tantakel sotong yang mengenai mata candat maka semakin kurang peratus untuk sotong terlepas. Pernah beberapa kali, aku menaikkan sotong remaja yang memeluk kemas jig menggunakan kesemua tantakelnya. Paling mengejutkan, tiada satupun tantakel yang mengenai mata candat. Itulah kalau sudah rezeki.

Perlu diketahui bahawa aktiviti mencandat sotong ini adalah satu seni memancing yang lemah-lembut dan berhati-hati. Jangan tarik sotong macam tarik ikan paus. Tangan sotong sangat lembut. Kalau ada pemancing ikan tegar yang nak test pancingan sotong ini... aku nasihatkan korang buang dulu sifat agresif korang tu. Aku takut nanti takde orang nak mencandat bersama korang kerana jika sotong banyak terlepas, peluang untuk orang lain mencari rezeki juga semakin sempit.

Bak kata orang.. tak tahu tanya. Malu tanya sesat jalan.. kalau dah sesat jalan, macam mana korang nak gi mancing sotong.. kahkahkah..memang sah tak dapat sotong. Ok...nak gi wat keja lain plak. Jumpa lagi.
Abe Din.
Read more >>

02 December 2011

Gaya Makan Sotong


Salam untuk semua pelawat, rakan pancing dan rakan blogger semua. Semoga anda semua happy selalu walau di manapun ada berada.

Pada post kali ini, ambo akan berceloteh tentang gaya atau teknik sotong menangkap mangsa. Sotong, sama seperti spesies haiwan lain yang memerlukan makanan untuk terus hidup di lautan. Gaya dan teknik tangkapan sotong ini sangat perlu difahami oleh manusia yang bergelar pencandat sotong agar tangkapan paling maksima diperolehi.

Anda juga perlu tahu bahawa sotong adalah antara spesies haiwan yang bijak dengan keupayaan ingin tahu dan tahap kecurigaannya yang tinggi. Ini bermaksud pencandat perlu lebih cerdik dari spesies ini jika ingin menangkapnya.

Bagi memudahkan pemahaman anda, ambo cuba bahagikan sotong kepada 3 bahagian mengikut struktur badan. Bahagian A di kawasan dua tantakelnya yang paling panjang, Bahagian C, tentakel yang lebih pendek dan tebal manakala bahagian C adalah bahagian badan bersama struktur renang.


Stuktur Sotong Mabang

Satu maklumat yang perlu anda ketahui dan fahami ialah, gaya dan teknik makan sotong sangat dipengaruhi oleh mood sotong berkenaan. Mood sotong pula dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan luaran (rujuk post ambo... hok dulu-dulu)

Selalunya sotong menghambat mangsa atau jig sambil melancarkan tantakel bahagian A. Mangsa atau jig akan di bawa ke bahagian mulut B untuk dimakan. Jika sotong terasa ancaman, maka mangsa atau jig akan segera dilepaskan. Ketika sotong gila... (orang Ganu kata tengoh galak), sotong akan memecut laju ke arah mangsa atau jig, melancarkan tantakel utama dan menghantar mangsa ke B dengan cepat. Ada juga kekadang pecutan laju berkemungkinan menyebabkan sotong tidak sempat brek dan jig atau mangsa terus ke bahagian B.

Jika dibuat analisis, sangkutan jig pada bahagian B adalah lebih kuat dan peratus untuk mendapat sotong adalah lebih tinggi. Jika sangkutan mata jig berlaku di A, peluangnya masih ada jika pencandat berlembut dan berhati-hati menaikkan sotong keluar dari air. Sangkutan bahagian C agak jarang berlaku kecuali jika kawanan sotong terlalu banyak seperti sotong jarum hingga terjadinya peristiwa perebutan jig. Ambo pernah tengok, sotong mabang dinaikan dengan cara ini tetapi peratusnya agak kecil. Pernah juga sotong mabang dinaikkan secara tidak sengaja menggunakan appolo ikan kembung dan yang paling menariknya mata kail apollo berkenaan tersangkut pada mata sotong.

Kesimpulannya, sangkutan jig pada bahagian B adalah yang terbaik. Bagaimana jika sangkutan berlaku di A? Anda sebenarnya masih berpeluang untuk memastikan jig anda tercangkuk kemas di B dengan menggunakan teknik TARIK-LEPAS-TARIK. Teknik ini akan ambo bincangkan pada post berikutnya. Bukan tak mahu taip banyak-banyak... dah rata jari-jari ambo niih.., otak pun dah letih mikir nak bagi yang terbaek untuk korang...Bagi ambo rehat dulu... bila-bila ambo sambung semula..

Thanks reader
Jumpa lagi
Read more >>

27 November 2011

OS1-Sotong Pahang

Salam untuk semua pengunjung dan pelawat sotonglaut.blogspot.
Sorang rakan maya dari Pahang biasanya menggunakan nama samaran Anonymous (anda boleh baca komennya di dalam post Trip Mabang 15-2011) yang bermurah hati send gambar peribadinya untuk dikongsi kat sini. Nama panggilan mEjiX.. (sorry kalau silap).ensem. Bila dapat gambar mancho jugak orangnya. Sapa nak berkenalan? kih..kih.. Aku minta gambar nak post kat dalam ni... tak nak bagi, katanye kurang
 
Korang tengok je sotong yang dicandat beliau.. sume saiz bagak . Aku boleh bayangkan bagaimana bestnya pengalaman menarik sotong mabang saiz macam kat bawah tu. Teknik dan gaya pancingan mungkin berbeza mengikut tempat. Mungkin mEji sudi cerita dan berkongsi di lain kali.


 
Sume ada sembilan, kat dalam tong banyak lagi.. hehe 
E_mail :Sunday, November 27, 2011 7:52 AM

Lastly aku nak ucap ribuan terima kasih kepada bro mEji kerana sudi berkongsi pengalaman dia kat sini. Tidak ramai yang sanggup kongsi macam ni, menyebabkan ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya diwarisi terpadam begitu sahaja. Gua respek sama lu bro...

Aku sangat berharap.. siapa sahaja kat luar sana sudi share pengalaman mereka kat blog seperti pemancing haruan yang semakin popular sekarang ni. Korang boleh send gambar kat e-mail aku : colourless_orchid@yahoo.com Korang bagi le summary dia sikit, lebih kurang.. baru nampak gempak. sotong ni. Moga-moga peminat pancingan sotong akan semakin bertambah di Malaysia

Bagi sesiapa yang berminat untuk test aktiviti ni... korang study info dalam blog ni dulu... dapat ijazah..korang test kat lokasi. Senang, mudah, dan cepat. Kalu tak tau, tanya.. Haha.. Sekian untuk kali ini.
Semoga berjumpa lagi
Abe Din
Read more >>

24 November 2011

Bersara Dulu !

Salam untuk semua pengunjung sotonglaut.blogspot.
Musim banjir dah tiba, air sungai dah mula naik di beberapa tempat, keruh dan laju. Kat tepi pantai takyah cerita le... ombak sampai atas kepala. Anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati. simpan barang-barang penting. Kalau ada anak tu... haaa jaga betul-betul. Budak-budak memang suka main air banjir. Bimbang gembira bertukar tragedi. Beringat sebelum nasi jadi bubur.

Tinjau luar rumah hujan tak berhenti. Nak gi jalan-jalan pun tak de mood.. sejuk ooo... Nak gi candat sotong... jangan harap le. Last sekali, pergi buka kotak candat dan gewang... terubat juga rindu nak mancing. Terdetik dalam hati... kena simpan elok-elok. Tahun depan tak payah beli... harga candat bukan semakin murah, makin mahal ada le...


Haa... ni le kotak candat aku
Sume cute belaka...Banyak dah dapat sotong


Koleksi candat laut dalam
Sume tu memang berbahaya untuk kesihatan sotong


Candat mini yang cantik dan berkesan menangkap sotong
Jangan terkejut.. harga sekor RM 27..


Candat bola yang mengancam (pembunuh no-1)
Asal sekor RM15... bila disolek, RM27 pun aku tak jual


Ini le.. senapang patah untuk aku memburu sotong
Banyak jasa kalau korang nak tau..

Masa aku sedang create post ni, rupa-rupanye dah hampir ke penghujung tahun 2011. Sekejap je nak masuk 2012. Tanpa sedar umur yang dikatakan bertambah pada hakikatnya semakin tinggal sikit je... Aku juga berharap, apa yang aku usahakan di blog sotonglaut ini tidak sia-sia. Semoga aku dapat bantu dan berkongsi pengalaman dengan ramai orang. 

Selagi tengkujuh belum reda, kenalah bersara dulu. Diharap kehadiran musim ini akan memberi ruang untuk sotong dan ikan kat laut tu membesar dan membiak tanpa diganggu manusia. Bulan April depan...jika diizinkan-Nya, bolehlah kita cari rezeki semula. Pada semua kaki-kaki sotong dan ikan, inilah masa yang sesuai untuk menyelenggara dan membaiki peralatan memancing anda. Jangan dah rosak dan berkarat baru nak baiki. Jangan membazir.. tak baik. Kalau tokse... heh heh... bagi je kat aku... dapat gak pahala.

Musim ni jangan pula ngegada nak gi laut dengan bot kecil. Jangan korang nak tunjuk hero lak.. Kalau dah kena baru korang menyesal. Itu pun kalau idup lagi. Kat member baik, aku dah warning awal-awal. kalau jumpa... aku bagi penampor terus. Kih..kih, orang ganu kata "bekeng".

Kalau korang gian sangat nak mancing... pergi je kolam komersial. Duduk le  lapan jam pun takde orang marah.. tapi kena bayar le. Cari ikan sungai, memukat pun ok gak.. tapi berhati-hati sikit dengan air banjir. Kalau dah tahu diri tak reti berenang.. duduk le jauh-jauh sikit. Jangan berlagak, bahaya tau.. Orang yang reti berenang pun  ramai yang lemas.. hok dok reti lagi le ramai yang lemas, siap mati sekali. Aku nasihat ni sebab aku sayang kat korang.. kihkih. Fikir positif lah ye..

Semoga bertemu lagi. Utamakan keselamatan anda.
Abe Din
Read more >>

20 November 2011

Pindahnya Si Camar

Salam untuk semua pelawat dan pengikut setia blog sotonglaut.
Dah masuk bulan November ni... laut nampaknya sudah memberi tanda yang musim tengkujuh akan berkunjung tiba. Burung-burung camar laut yang kebiasaanya dijumpai di unjam dan laut terbuka sudah kelihatan berlegar-legar di kawasan hutan bakau. Tidur dan cari makan di situ. Sesekali terlihat kumpulan burung laut terbang dalam bentuk 'V' meninggalkan lautan menghala ke darat.

Camar laut selalu dijumpai di boya-boya unjam


Kehadirannya di kawasan pantai memberi 
mesej bahawa tengkujuh bakal tiba

Penghijrahan burung laut ke daratan kerana mereka sukar untuk mencari makanan di laut disebabkan kelajuan angin dan ombak yang melampau. Kalau musim macam ni jangan haraplah nak mencandat sotong. Ombak sampai atas kepala. Kalau nak mati... gi le candat kat sana.



Selalunya time gini, Abe Din terpaksa bersara seketika dari mencandat sotong. Tahun depan bulan April.. baru start balik. Kami akan memilih untuk memancing ikan di sungai atau kolam-kolam komersial. Nak lepaskan gian le katakan.

Waktu gini seeloknya, baik pulih pancing dan menyimpan candat dengan baik. Moga-moga tahun hadapan boleh guna lagi. Nak beli bukan murah... kalau orang kaya takpe lah. Begitulah putaran hukum alam kekadang cuaca baik, kekadang tidak. Cuma mereka yang bersyukur dan berserah diri sahaja akan mendapat ganjaran daripada-Nya. Amin.

Jumpa lagi,
Abe Din
Read more >>

19 November 2011

Trip Kecundang

Salam untuk gang, rakan blogger dan pelawat semua.
Malam ni, rasa rimas duduk saja kat rumah. Tengah dok pening, kawan tipon ajak candat.. cantik. Bak kata orang pucuk dicita ulam mendatang.

Terus gi ambik saing dan terus ke port candat. Dalam kereta nampak macam takde orang kat lokasi. Kami dah mula tersenyum, baham kite sotong malam ni. Turun kereta..masing masing terlopong. Ombak boleh main ski. Alang-alang dah sampai gi juga leah campak sekali dua. Tau dah memang tak dapat, saje nak lepas gian.

Kesian pancing aku... 
tak dapat rasa tarikan sotong malam ni.

Lampu dari api menara Petronas


Sepasang pancing dan sebatang gaik sedang melepak

Nak buat macamana, rezeki di tangan-Nya. Kami duduk berdua di tepi pantai lebih kurang setengah jam bagi melepas rindu pada pantai dan angin laut. Lepas tu terus lepak kat kedai makan, kenyang balik. Huuu...
Jumpa lagi.


Read more >>

Tinjauan Lokasi 5

Salam untuk semua pelawat.
Tinjauan lokasi kali ini adalah di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Masa balik kampung dulu singgah kejap kat pantai ni... kononnya nak cari port baru sotong mabang. Kata orang, di sini banyak sotong.. tambahan pula orang kat sini tak pandai mencandat dari kawasan pesisir pantai.

Letih juga cari port. Rupa-rupanya, kat sini pantainya agak landai dan tiada kawasan berbatu. Selalunya kawasan begini kurang menjadi tumpuan sotong mabang kerana dia susah anak sembunyi jika ada musuh.

Masa tengah rehat.. ternampak pokok ni. Tak tau nama apa. Sekali tengok macam mengkuang je, tapi dia ada batang yang besar. Buah dia cantik. Tak tau samada boleh dimakan atau tidak. Ambo tak berani nak test.. takut masuk spital. Saja je aku post kat sini untuk share dengan korang. Kalu sapa-sapa ada info lebih tentang pokok ni, kabo le kat kitorang. Ambo dan pelawat tentu nak tau juga.


Buah yang cantik
Hijau (muda), Merah (masak), coklat (tua)



Akar pun unik jugak

Dahan pokok mampu menahan terjahan angin


Haa. nia anak dia. Cun tak?
Nampak macam mengkuang masa kecil

Banyak sungguh pokok ni di sepanjang pantai, berselang seli dengan pokok ru. Bila dipikir-pikir, mungkin pokok ni juga membantu menghalang angin laut yang kuat walaupun ia lebih rendah daripada pokok ru. Tengok batang dan dahannya memang besar. Agung sungguh ciptaan tuhan.

K, jumpa lagi di lain masa.
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing